Penulis yang ingin kembali itu seorang lelaki yang berusia lebih tiga pertengahan puluhan atau dekat mencecah 40an. Beliau tinggal di Kampung saya di Kok Pasir.
Beliau berkerja sebagai petani dan adakalanya tidak bekerja. Dari seorang penulis cerpen dan puisi. Kemudian cuba menulis lirik-lirik lagu. Saya sendiri kurang dapat berkomunikasi dengannya. Kadang-kadang saya bercakap dengan tulisan dan dia bercakap dengan mulut. Saya merasa agak terpukul juga ketika dia berkata untuk menulis dia perlu ada mentor. Beliau tak mampu untuk memiliki sebuah komputer dan alam baginya adalah kesunyian gamaknya. Hasil penulisannya sebelum ini bagi saya adalah bermutu dan tinggi nilainya. Tentang penulis yang tersembunyi yang saya maksudkan itu saya telah hubunginya dan bercakap dengannya selama 5 minit melalui telefon. Dia seorang pelajar tingkatan 6 . Dia tinggal tidak jauh dari sempadan Tumpat Pasir Mas. dia juga katanya tidak mampu miliki sebuah komputer kerana masih belajar lagi. Dia pernah hadir ke bengkel penulisan puisi pesisir tahun lepas di darul hanan. Saya hanya sempat berpesan, puisi yang dihasilkan itu simpan elok-elok jangan dibiarkan hilang, kerana itu sangat berharga suatu ketika nanti dan kalau boleh hantarlah ke akhbar atau majalah untuk disiarkan . Saya juga sempat berpesan novel yang ditulis di cyber cafe itu juga mesti disimpan baik-baik sebelum dihantar, kerana bimbangkan ianya akan hilang. Begitu juga dengan cerpen-cerpen yang ditulis itu hantarlah ke penerbitan dan jangan biarkan hilang. Saya sendiri tidak miliki kemampuan yang mengizinkan, kiranya saya ada kemampuan itu sudah tentu saya akan hadihkan sebuah komputer baru atau yang terpakai untuk keduanya dan untuk rakan-rakan penulis yang senasib dengannya. Saya rasa bersalah kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi orang berada agar dapat membantu rakan-rakan dalam keadaan seperti ini. Saya percaya ramai lagi penyair yang seperti ini yang boleh memeriahkan dunia penulisan kita. Ediramle Ismail On Mon, June 2, 2008 5:02 pm, Supian Hassan wrote: Siapakah gerangan penulis ini? On 5/31/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > > Ketika masih tidak ketemu penyair yang tersembunyi, saya terjumpa salah > seorang penyair yang ingin kembali kedunia kepenyairan . Orangnya > istemewa > sekali , pernah hasilkan cerpen-cerpen yang menarik dan sajak-sajak yang > baik. > > Dia bukan orang jauh. Orang dekat saja. Tapi beberapa masalah yang > dihadapi terutamanya mungkin masalah kekurangan kuasa pendorong > menyebabkan penyair yang ingin kembali ini tidak juga kembali. > > Dia kata ada masalah untuk cari mentor dalam penulisan. Saya rasa > terpukul > juga kerana saya boleh dijadikannya sebagai rakan penulisan beliau, > walaupun tidak boleh dipanggil mentor. > > Tapi kalau sesiapa sekalipun tentunya tidak sanggup menjadi mentor > kepada > beliau kerana mengalamai kesukaran untuk berbicara. Beliau alami masalah > pendengaran yang serius sehingga sukar untuk berbincang dengannya. > > Katanya lagi masalah yang lain ialah dia tidak ada kemudahan komputer > untuk menulis. Itu memang benar . Zaman sekarang kalau tiada kemudahan > komputer agak sukar sikit untuk jadi penulis, walaupun bukan tertutup > terus. > > Hal ini juga dialami oleh seorang pelajar yang saya beritahu sebelum > ini, > yang telah hasilkan sebuah novel dan puluhan cerpen serta ratusan sajak. > Saya kira beliau hasilkan novel itu di siber cafe mungkinnya.Katanya > sajak-sajak dan cerpen serta novelnya belum dihantar ke mana-mana > penerbit > kerana tak tahu cara nak hantar dan cara menyediakan manuskrip. > > Pelajar ini tentunya akan berjaya kiranya ada kelengkapan yang agak > baik. > Tapi siapakah yang sanggup membantu. > > Ediramle Ismail > > >
