Beruntung sungguh mereka yang dikurniakan bakat dan berkesungguhan yang tinggi kerana dapat hasilkan karya dalam waktu yang tak panjang.
Sebaliknya saya merasa begitu sukar untuk menulis mungkin disababkan menggunakan teknik yang tidak begitu betul dalam penulisan. Setiap kali ingin menulis novel , saya mula dihambat oleh ketapatan fakta yang tidak boleh tidak bagi saya. Lalu mengambil masa yang begitu panjang untuk mengumpul bahan-bahan yang diperlukan. Terdahulunya saya ingin rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr. Hashim Latiff, Sdr. Rozlan , sdr. Eziz Shukman , sdr. Zakaria Bs , Pak Noshisham, Pak Darma dan beberapa orang rakan lainnya kerana baik secara sedar atau tidak banyak membantu saya ke arah yang positif dalam penulisan karya sastera. Ediramle
