Saudara Edi. Sabar itu separuh daripada iman. Saudara kena tetapkan hati. 
jangan campur adukkan dengan perkara lain jika hendak menghasilkan penulisan 
novel. Saudara kena betul-betul tumpu pada tujuan itu. Kalau hati dan perasaan 
berkecamuk, sudah tentu kita tidak dapat menghasilkan apa yang kita mahu. 
saudara ada bakat. saudara sudah ada pengalaman dalam menghasilkan novel. Cuma 
saudara kena betul-betul tenang dan lapangkan dada untuk menghasilkan novel 
kali ini.
Hahaha...saya ni bab bagi pandangan, bolehlah. Tapi saya sendiri pun macam tu 
jugak. Selamat menghasilkan novel kepada saudara Edi.

--- On Mon, 6/9/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } Sukarkah menulis novel
To: [email protected]
Date: Monday, June 9, 2008, 10:13 AM






Beruntung sungguh mereka yang dikurniakan bakat dan berkesungguhan yang
tinggi kerana dapat hasilkan karya dalam waktu yang tak panjang.

Sebaliknya saya merasa begitu sukar untuk menulis mungkin disababkan
menggunakan teknik yang tidak begitu betul dalam penulisan.

Setiap kali ingin menulis novel , saya mula dihambat oleh ketapatan fakta
yang tidak boleh tidak bagi saya.
Lalu mengambil masa yang begitu panjang untuk mengumpul bahan-bahan yang
diperlukan.

Terdahulunya saya ingin rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr.
Hashim Latiff, Sdr. Rozlan , sdr. Eziz Shukman , sdr. Zakaria Bs , Pak
Noshisham, Pak Darma dan beberapa orang rakan lainnya kerana baik secara
sedar atau tidak banyak membantu saya ke arah yang positif dalam penulisan
karya sastera.

Ediramle

 














      

Kirim email ke