Pada mulanya ada cadangan untuk membabitkan semua jabatan yang ada di Tumpat, tapi setelah dibincangkan kembali ada beberapa masalah terutamanya dari segi peruntukan dan keterbatasan masa.
Sehingga mesyuarat terakhir semalam , TV3 sendiri telah menjadualkan aktiviti yang telah ditetapkan yang dipersetujui bersama masyarakat kampung. Sayang sekali saya agak lambat memaklumkan perkara ini di sini. Program ini adalah sederhana saja. Hebahannya setakat ni belum meluas. Acaranya dibahagikan kepada 3 peringkat pagi petang malam Untuk pagi - program sambutan duta-duta TV3 (ada artis dan selebriti) , perarakan, sambutan hari jadi ke-24 TV 3 , klinik bola sepak, pemeriksaan kesihatan percuma dan acara perasmian. Ada sikit persembahan silat dan tomoi dan gendang wayang kulit. Ada acara gotong royong dan sebagainya. Sebelah petang - Acara yang sangat padat. Sukan rakyat, bola, bola jaring dan sebagainya. Acara malam. Dikir Barat persembahan kumpulan unic persembahan betty beneffe persembahan Dayang nurfaizah Tayangan Wayang pacak - Euro - Italy melawan Romania Kami di kampung sangat berminat untuk adakan program bersama penerangan. Mungkin boleh kita bincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini apakah bentuk kerjasama yang dapat dilakukan. sebentar tadi sdr. Anuar Marzuki telah hubungi Tuan melalui E-mel. Ediramle Ismail On Tue, June 10, 2008 2:45 am, rajaothman rajaibrahim wrote: saudara edi, jabatan penerangan daerah tumpat,pohon satu slot yg bersesuaian dgn program tersebut.wpun tv3 rakan penyiar swasta apa salahnya kita join untuk membuktikan kita saling bekerjasama antara satu sama lain di peringkat daerah ni.lagipun saya dulu pernah bertugas sebagai PRO kemt Tenaga Air dan Komunikasi yg jaga Tv3 pun.cuba saudara edi contact siapa yg patut saya panjangkan hasrat ini.ok. satu lagi event yg saya ingin maklumkan bahawa pada 10 jun2008,bertempat di Dataran KRT Palekbang,Jabatan Penerangan Daerah Tumpat menganjurkan pertandingan Dikir Barat Kenegaraan Komuniti Bestari Peringkat Zon B(Tumpat-Pasir Mas)jam 9 mlm-12.00mlm.terdapat 4 pasukan yg akan bertanding iaitu Pasukan Dikir K-Bestari Kg Morak dan Pasukan dikir Sri Arena Kok Keli(K-Bestari Teluk Renjuna) mewakili Daerah Tumpat dan pasukan dari Pasir Mas iaitu Kumpulan Dikir barat k Bestari Kg Slow Machang dan K Bestari Gebeng pasir mas.datang lah beramai-ramai memberi sokongan kpd penggiat seni di daerah kita. Tema dikir pada malam tu ialah Rukun Negara Amalan Hidup kita.ok tq On 6/9/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Sukacitanya dimaklumkan Sambutan Hari Ulangtahun ke-24 TV3 tahun ini > antaranya dilangsungkan di Kelantan dan kali ini Kok Pasir, Tumpat > dipilih > sebagai salah satu lokasi sambutan perayaan ulangtahun MYTV3 yang > diadakan pada 13 Jun 2008. > > Tarikh: 13 Jun 2008 (Jumaat) > Tempat : Kg. Kok Pasir (Padang Bola sepak) > Masa: 8.30 pagi(Jumaat) hingga 2.15 pagi(Sabtu) > > Tuan/puan dijemput hadir. > > Antara pengisian yang diadakan. > > PAGI: > > -Pertandingan mewarna > -Ketibaan 'Rombongan Duta-Duta TV3 > -Perarakan ke Padang SK Kok Pasir, Tumpat > -Pertunjukkan 'Silat dan tomoi Gendang Wayang kulit. > -Ucapan Aluan dari Tuan Rumah > -Ucapan 'Terima kasih' oleh VIP TV3 > -Ucapan 'Selamat Datang' oleh VIP Tuan Rumah > -Penyampaian Hadiah Ulangtahun TV3 ke-24 > -Sumbangan TV3 kepada penduduk kampung > -'Sajian Pulut Kuning' - Perasmian Ulangtahun TV3 ke-24 > -Memotong Pulut Kuning simbolik kek harijadi > -Personaliti & artis mengagihkan pulut kuning > -Jamuan pagi > -Perasmian Klinik Kampung TV3 > -VIP Tuan Rumah & VIP TV3 menjalani pemeriksaan Tekanan Darah > -Perasmian Klinik Sukan Euro > -VIP Tuan Rumah & VIP TV3 bersama Dr.Freestyler > -Gotong- royong bersama personaliti & artis > -Kenduri Kampung / Makan Tengahhari @ Di Padang Bola > > PETANG: > > -Perlawanan bola-sepak 'Juara Kampung Euro' > -Bermain bola sepak dengan kain-pelikat > -Personaliti & artis (lelaki) bersama Persatuan Bola Sepak > -Perlawanan Netball > -Sukaneka Riadah > -MyTV3 Fun-match > -Terbuka untuk keluarga ( 1 artis + 1 dewasa + 2 kanak-kanak) > -Musical Chair > Telematch > - Rakit Darat > - Kaki Gajah > - Tarik upih > - Berlari dalam guni > - Kukur Kelapa > - Semakin Jauh Semakin Sayang > > - Lawatan ke Suluk Tok Selehor > > - Lawatan ke rumah orang tua dan Penyampaian Sumbangan > - Lawatan ke Sangkar Ikan > - Lawatan ke Homestay Kok Pasir > - Minum petang di Darul Hanan > > MALAM: > > FIESTA WAYANG PACAK EURO > > 9:30malam : Ucapan aluan oleh Tuan Rumah > > 9:45malam : Pelancaran Rasmi 'Wayang Pacak Euro' > - VIP Tuan Rumah & VIP TV3 menendang bola ke dalam tiang gol > > Fiesta Wayang Pacak bermula > 10:00malam : Persembahan Dikir Barat > 11.30malam : Kuiz pengguna Bijak > 12:00pagi : Pertunjukkan EURO 'LIVE" > Italy VS Romania > 2:00pagi : Wayang Pacak berakhir > 2:15pagi : Program selesai > > Ediramle Ismail, > Jk Hebahan. > http://www.kokpasir.com > > >
