Bila Allah uji kita, kita boleh tahu siapa sahabat kita.  Kepada 
kawan-kawan yang cuba memimpin dan mengurangi masalah saya,  saya ucapkan 
jutaan terima kasih.  semoga Allah membalas jasa baik saudara semua.  
saya tahu.  saya tidak sendirian dalam merentas gerhana ini (meminjam 
tajuk novel abg. sham)  saya tahu saya masih berteman meskipun teman saya 
berada di kuala lumpur, pinang, pahang atau di mana saja di bumi Allah 
ini.  

Bila kawan-kawan mengucapkan takziah, saya menangis.  saya kira tidak 
salah saya menangis sewaktu menerima ucapan itu.  saya kira ada 
teman-teman yang ikut sama menumpangi tangisan saya.  ujian ini menjadikan 
saya tabah dan tahu bagaimana perasaan seorang ayah  yang kehilangan anak. 

saya telah kehiilangan ayah dan ibu.  antara ayah dan ibu, ada beda rasa 
kehilangannya dan bila kita kehilangan anak,  ada juga beda perasaannya, 
antara kehilangan ayah, ibu dan anak sendiri.  apa pun semua itu pekerjaan 
Allah.  ada hikmah dan rahmatnya.

dalam nestapa dan ngilu, sedih dan muram,  murung dan durja saya 
meneruskan juga dunia penulisan saya, meskipun pun sesekali timbul rasa putus 
asa.  mengenangkan anak-anak yang berada di rumah, tanpa pengawasan saya, 
melihat isteri yang koma di hospital, berderai lagi airmata saya.  isteri 
saya, tukang edit karya saya.   dia bukannya berpendidikan tinggi 
seperti isteri orang lain, tapi caknanya pada karya saya menyebatkan saya 
menangis bila melihat dia koma begitu.  bayangkan, seluruh tubuhnya di 
masukkan tiub alat bantuan pernafasan saya.  

4 hari isteri saya tidak sedarkan diri kerana melahirkan zuriat saya, terlalu 
panjang rasanya masa itu.  kadang-kadang saya rasa bersalah.  
kerana  saya dia jadi macam tu. apa pun saya tidak pernah lalai.  di 
waktu  senang saya seringkali ucapkan syukur dan ketika ditumpangi 
ujian,  saya pertingkatkan lagi syukur saya.  

selama Allah uji saya, saya rasa saya boleh siapkan sebuah novel yang cukup 
tebal dan bermanfaat buat semua.  bagaimana kehancuran hati seorang isteri 
yang akhirnya tidak lagi boleh melahirkan zuriat selepas bersalin.  ada 
konflik yang harus saya kongsikan bersama teman-teman pembaca.

kita seringkali fikirkan idea orang lain untuk dijadikan isi kandungan karya 
kita, walhal apa yang telah berlaku kepada kita, adalah isi kandungan yang 
paling hebat untuk ditangani dan dimumbui untuk dijadikan sebuah novel yang 
popular.   

Kepada kawan-kawan yang menziarahi saya bertanyakan khabar baik melalui telefon 
atau e mail, atau kunjungi isteri saya di HRPZ2, saya ucapkan jutaan terima 
kasih.  kepada yang tidak sempat, saya faham masalah anda.

terima kasih semua.  ujian Allah membezakan antara sahabat kedai kopi 
dengan sahabat sejati.  semoga Allah membalas kebaikan anda.
 




      

Kirim email ke