Alhamdulillah....
Sama-samalah kita doakan semoga sdr Hashim dan isteri yang sedang melalui
hari-hari pemulihan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Ceria. gembira,
riang, tawa dan senyum, Syukurilah dengan apa yang ada. Ada hikmah di sebalik
tragedi dan peristiwa yang berlaku ke atas kita. Tuhan tidak pernah menganiayai
hamba-Nya. DIA sengaja menguji dan menduga kita dan para Malaikat-Nya akan
merekodkan sejauhmana kita dapat bersabar dan menerima Qada dan Qadar-Nya.
Sdr Hashim!
Anda seorang novelis yang tabah. Saya kagum dengan semangat yang dikurniakan
Tuhan kepada anda. Kadang kala saya cuba mencari semangat dan ketabahan itu,
malangnya ia tidak ada pada saya.
Walaupun saya sempat bercuti dua hari (diringkaskan satu hari - sepatutnya tiga
hari), saya tidak dapat bergerak ke mana-mana, hatta tidak ada kenderaan. Saya
minta maaf kepada sdr Hashim kerana sebelum itu saya berkira-kira untuk pergi
menziarahinya di HRPZ II, tetapi kepayahan yang saya alami ketika itu
menyebabkan hasrat itu terbeku begitu sahaja.
Apapun, saya mendoakan sdr Hashim dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.
Selamat Maju Jaya dan semoga sdr dapat menyiapkan novel sdr.
--- On Sat, 6/14/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } TERIMA KASIH
To: [email protected]
Date: Saturday, June 14, 2008, 6:09 AM
Bila Allah uji kita, kita boleh tahu siapa sahabat kita. Kepada kawan-kawan
yang cuba memimpin dan mengurangi masalah saya, saya ucapkan jutaan terima
kasih. semoga Allah membalas jasa baik saudara semua. saya tahu. saya tidak
sendirian dalam merentas gerhana ini (meminjam tajuk novel abg. sham) saya
tahu saya masih berteman meskipun teman saya berada di kuala lumpur, pinang,
pahang atau di mana saja di bumi Allah ini.
Bila kawan-kawan mengucapkan takziah, saya menangis. saya kira tidak salah
saya menangis sewaktu menerima ucapan itu. saya kira ada teman-teman yang ikut
sama menumpangi tangisan saya. ujian ini menjadikan saya tabah dan tahu
bagaimana perasaan seorang ayah yang kehilangan anak.
saya telah kehiilangan ayah dan ibu. antara ayah dan ibu, ada beda rasa
kehilangannya dan bila kita kehilangan anak, ada juga beda perasaannya, antara
kehilangan ayah, ibu dan anak sendiri. apa pun semua itu pekerjaan Allah. ada
hikmah dan rahmatnya.
dalam nestapa dan ngilu, sedih dan muram, murung dan durja saya meneruskan
juga dunia penulisan saya, meskipun pun sesekali timbul rasa putus asa.
mengenangkan anak-anak yang berada di rumah, tanpa pengawasan saya, melihat
isteri yang koma di hospital, berderai lagi airmata saya. isteri saya, tukang
edit karya saya. dia bukannya berpendidikan tinggi seperti isteri orang lain,
tapi caknanya pada karya saya menyebatkan saya menangis bila melihat dia koma
begitu. bayangkan, seluruh tubuhnya di masukkan tiub alat bantuan pernafasan
saya.
4 hari isteri saya tidak sedarkan diri kerana melahirkan zuriat saya, terlalu
panjang rasanya masa itu. kadang-kadang saya rasa bersalah. kerana saya dia
jadi macam tu. apa pun saya tidak pernah lalai. di waktu senang saya
seringkali ucapkan syukur dan ketika ditumpangi ujian, saya pertingkatkan lagi
syukur saya.
selama Allah uji saya, saya rasa saya boleh siapkan sebuah novel yang cukup
tebal dan bermanfaat buat semua. bagaimana kehancuran hati seorang isteri yang
akhirnya tidak lagi boleh melahirkan zuriat selepas bersalin. ada konflik yang
harus saya kongsikan bersama teman-teman pembaca.
kita seringkali fikirkan idea orang lain untuk dijadikan isi kandungan karya
kita, walhal apa yang telah berlaku kepada kita, adalah isi kandungan yang
paling hebat untuk ditangani dan dimumbui untuk dijadikan sebuah novel yang
popular.
Kepada kawan-kawan yang menziarahi saya bertanyakan khabar baik melalui telefon
atau e mail, atau kunjungi isteri saya di HRPZ2, saya ucapkan jutaan terima
kasih. kepada yang tidak sempat, saya faham masalah anda.
terima kasih semua. ujian Allah membezakan antara sahabat kedai kopi dengan
sahabat sejati. semoga Allah membalas kebaikan anda.