Wau senget pun boleh menang kalau pengadil hendak memberikan
kemenangan kepada wau tersebut.  Semuanya
terletak di atas ketelusan, kebijakan, kewarasan, kerasuahan  pengadil 
menghakimi sesuatu pertandingan.  Ribuan mata yang menyaksikan 
pertandingan itu
bukan pengadil dan mereka tidak boleh melawan pengadil yang mana keputusan
pengadil adalah muktamad.   

 

Kadang-kadang wau senget memperolehi markah yang terlalu
tinggi berbanding wau lain yang cantik dan tidak senget.  Peserta yang 
menyetai pertandingan tersebut
tertanya-tanya di dalam hati, macam mana wau senget boleh menang sedangkan di
dalam syarat pertandingan, kemenangan akan diberikan kepada wau yang tidak
sengat.  Syarat boleh diubah ke?

 

Aduhai pengadil…

Tak payahlah jadi pengadil kalau mengadili sesuatau
pertandingan atau sayembara itu kerana mengenali peserta yang memasuki
pertandingan.  peserta tahu advantage
diberikan kepada pasukan tuan rumah tetapi janganlah wau senget pun memenangi 
tempat
pertama di dalam pertandingan berprestij. 
Jatuhlah air muka dan luruhlah aib tuan rumah.

 

Ini tidak, asalkan peserta mengenali pengadil, bawa wau
cabut ekor pun dapat hadiah.  Wau berputar
macam gasing pun menang, mentang-mentanglah peserta tu anak murid pengadil,
belajar buat wau dengan pengadil, belajar sobek wau dengan pengadil.  
Porah! Pengadil apa kalau macam ni tak adil!  Bukan hadiah tercorot 
diberikan kepada wau
senget dan wau tercabut ekor, tetapi hadiah utama.  masyaAllah, pengadil 
apakah namanya itu.  Pengadil yang tidak adil!

 

Kalau dah nak jadi pengadil, jadilah pengadil yang
berprestij.  Pengadil yang berwibawa,
pengadil yang ada hemah, ada tauliah, ada protocol ada visi ada misi 
bukan  misai, ada apa lagi?  Ada
bakat memajukan peserta, tidak pilih kasih pilih rindu,  tidak mengatur 
bisik dan sosek-sosek dengan
peserta.  Mentang-mentanglah peserta
bukan anak murid dia, tak dibaginya menang, walapun wau yang dibuat oleh
peserta tu dah lapan belas kali memenangi pertandingan wau bukan peringkat 
kampung,
tapi Negara dan dunia.

 

Kalau dalam dada dah ada rasa tak mahu adil kepada mereka
yang adil, tak payah jadi pengadil!

 




      

Kirim email ke