Begitulah adat di dunia ini, Di sini mereka boleh lakukan apa saja dan halalkan 
cara apa saja untuk memuaskakan hati pihak yang mahukan keputusan berpihak 
kepada mereka.
   
  Sebenarnya bukan sahaja kena kepada wau malah dalam banyak aspek kehidupan 
kita, ornag yang tidak banyak cakaplah yang terkena  bahana PENGADIL yang 
mrasakan merekalah yang BESAR.
   
  Apapun kita terima sajalah keputusannya dengan hati yang bergelodak dan rasa 
geram penuh di kesumat kerana ada kalanya yang memilih pengadil pun datangnya 
dari kalangan YANG TIDAK ADIL.
   
  Sama-samalah kita renungkan.  
  

Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
                    Wahh!!! marah benar sdr hashim kita ni.
   
  Saya setuju sangatlah dengan luahan sdr hashim. Kisah pengadil tidak adil 
memberi kemenangan kepada peserta wau senget, sama seperti majikan yang buta 
atau beku akal memberi keistimewaan kepada kaki bodek. Malas saya nak ulas. 
Cukuplah saya bagi intro saja. Kalau ada yang nak bincang atau luahkan 
pengalaman mengenai intro itu, silakan.
  
--- On Sun, 6/15/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

  From: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } WAU SENGET PUN MENANG
To: [email protected]
Date: Sunday, June 15, 2008, 11:05 AM

                Wau senget pun boleh menang kalau pengadil hendak memberikan 
kemenangan kepada wau tersebut.  Semuanya terletak di atas ketelusan, 
kebijakan, kewarasan, kerasuahan  pengadil menghakimi sesuatu pertandingan.  
Ribuan mata yang menyaksikan pertandingan itu bukan pengadil dan mereka tidak 
boleh melawan pengadil yang mana keputusan pengadil adalah muktamad.   
   
  Kadang-kadang wau senget memperolehi markah yang terlalu tinggi berbanding 
wau lain yang cantik dan tidak senget.  Peserta yang menyetai pertandingan 
tersebut tertanya-tanya di dalam hati, macam mana wau senget boleh menang 
sedangkan di dalam syarat pertandingan, kemenangan akan diberikan kepada wau 
yang tidak sengat.  Syarat boleh diubah ke?
   
  Aduhai pengadilÂ…
  Tak payahlah jadi pengadil kalau mengadili sesuatau pertandingan atau 
sayembara itu kerana mengenali peserta yang memasuki pertandingan.  peserta 
tahu advantage diberikan kepada pasukan tuan rumah tetapi janganlah wau senget 
pun memenangi tempat pertama di dalam pertandingan berprestij.  Jatuhlah air 
muka dan luruhlah aib tuan rumah.
   
  Ini tidak, asalkan peserta mengenali pengadil, bawa wau cabut ekor pun dapat 
hadiah.  Wau berputar macam gasing pun menang, mentang-mentanglah peserta tu 
anak murid pengadil, belajar buat wau dengan pengadil, belajar sobek wau dengan 
pengadil.  Porah! Pengadil apa kalau macam ni tak adil!  Bukan hadiah tercorot 
diberikan kepada wau senget dan wau tercabut ekor, tetapi hadiah utama.  
masyaAllah, pengadil apakah namanya itu.  Pengadil yang tidak adil!
   
  Kalau dah nak jadi pengadil, jadilah pengadil yang berprestij.  Pengadil yang 
berwibawa, pengadil yang ada hemah, ada tauliah, ada protocol ada visi ada misi 
bukan  misai, ada apa lagi?  Ada bakat memajukan peserta, tidak pilih kasih 
pilih rindu,  tidak mengatur bisik dan sosek-sosek dengan peserta.  
Mentang-mentanglah peserta bukan anak murid dia, tak dibaginya menang, walapun 
wau yang dibuat oleh peserta tu dah lapan belas kali memenangi pertandingan wau 
bukan peringkat kampung, tapi Negara dan dunia.
   
  Kalau dalam dada dah ada rasa tak mahu adil kepada mereka yang adil, tak 
payah jadi pengadil!
   







                           

       

Kirim email ke