Terasa hidup suasana tu.... kembali pada nostalgia lama yang mungkin tak
berulang kecuali untuk untuk generasi terkini.
On 8/18/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Hemmm...seronok bacanya... Betul dan benar apa yang diluahkan
> Edi.Tapi, bagi saya yang dah berusia ni, rasanya...kena lupakan saja kot nak
> alami perkara-perkara macam ni lagi. Cuma menunggu anak-anak sajalah.
>
> --- Pada *Isn, 18/8/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>* menulis:
>
> Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
> Subjek: { PESISIR } HARI PERSANDINGAN
> Kepada: [email protected]
> Tarikh: Isnin, 18 Ogos, 2008, 7:00 PM
>
> HARI PERSANDINGAN
>
> Setelah sekian tahun bercinta dan berkasih sayang
> Tibalah masanya semalam kita dinikahkan
> Dengan berwalikan bapamu dan disaksikan keluarga
> Di hadapan iman mukim serta sanak saudara
> Yang jauh dan dekat
> Yang menetap dan yang berpulang.
>
> Dengan debar di dada, kusempurnakan suara cintaku
> Ijab Kabul lafaz berbalas lafaz
> Dan bermulalah saat ini, kau kekasihku berubah menjadi isteri.
> Kau cium tanganku bukan lagi seperti sepasang kekasih lain
> Bercumbuan dalam semak samun haram hukum adat
> Haram hukum agama dan silap tata budi bahasa bangsa.
> .
> Hari ini kutahu keluargamu yang juga kini keluargaku
> Dengan hilai tawa gurau senda
> Memeriahkan suasana upacara, memasak mengulai, menghidang
> Menyambut tamu dengan berbunga senyuman.
> Tanpa hiraukan penat lelah letih lenguh badan dan minda..
>
> Petang ini ketika aku tiba di perkarangan
> seperti seorang raja diiringi tingkahan irama gendang
> berpayung penuh keriangan, penuh kegembiraan
> menuju kepadamu isteriku yang menunggu di pelamin
> dengan senyuman mengharum semerbak mewangi.
>
> Renjisan air mawar, diiringi doa
> dan para jemputan menghulur pemberian
> hadiah hari persandingan ini
> Di pelamin indah ukiran mak andam
> Dan kilauan sinar menerjah merakam wajah
> Sebagai tanda kita pernah disandingkan di pelamin sejarah
>
> Isteriku,
> Biarpun kini kita bergelar suami isteri
> Tapi kita teruskan jua nada cinta kita
> Dari senja ke senja
> Dari dini ke dini sepanjang musim.
>
> Hari ini isteriku, kita harus mula berdendang
> Lagu-lagu kehidupan sepanjang musim,
> Lagu kebahagiaan kita hingga ke akhir zaman.
>
> Ediramle Ismail
>
> Sajak ini (kalau boleh dinamakan sajak) kutulis setelah lebih lima belas
> tahun aku tidak menulis puisi,
> Bermula dengan kutulis dalam ingatan ketika gendang dipalu mengiringi
> silat yang dipersembahkan untuk sepasang pengantin baru di majlis yang
> kuhadiri hari ini.
>
> Selama itu suara hatiku seakan berkata , bersajaklah biarpun sajak-sajak
> yang diukir hanya untuk sekadar tatapan jiwamu sendiri.
>
> 19 Ogos 2008 – Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
>
>
>
>
> ------------------------------
> Dapatkan alamat E-mel baru anda!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
> Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain
> mendapatkannya!
>
>
>