Persatuan Sasterawan Pahang dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka, Pejabat
Pelajaran Daerah Pekan, SMK Peramu Jaya, akan menganjurkan Bengkel Sastera
Remaja dan Malam Puisi Patriotik di Dataran SMK Peramu Jaya pada 27 Ogos 2008 .
Bengkel mulai jam 8.00 hingga 5.00 petang. Manakala MPP mulai jam 8.30 hingga
11.30 malam.
Bnegkel disertai 80 pelajar dan 20 guru dari 10 buah sekolah sekitar daerah
Pekan. Malam Puisi Patriotil pula dihadiri oleh:
YB dato Isjak hj Muhamad. Exco Pahang.
YB En. Ibrahim ADUN Peramu Jaya
YB En. Khairuddin ADUN Pulau Manis
Dato Pegawai daerah Pekan
Dato Pengarah Pelajaran Pahang
Pegawai Pelajaran Daerah Pekan
Ketua Polis Daerah Pekan
Pengetua SMK Seri Pekan
Pengetua SMK Peramu Jaya
Pn. Stella - Pen. PPD Pekan
manakala aktivis sastera pula:
Asmui Mustapa - Bendahari Persatuan sasterawan Pahang
Amaruszati Noor Rahim
Saruchi Sawal - Pen. Pengarah JPNP
Wilson - guru muzik
Mohd Razib- Guru muzik
juga pelajar yang cemerlang dalam deklamasi. teater dan lagu puisi.
salam,
mohd azli lee abdullah - penganjur bersama.
--- On Mon, 8/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } HARI PERSANDINGAN
To: [email protected]
Date: Monday, August 18, 2008, 7:00 PM
HARI PERSANDINGAN
Setelah sekian tahun bercinta dan berkasih sayang
Tibalah masanya semalam kita dinikahkan
Dengan berwalikan bapamu dan disaksikan keluarga
Di hadapan iman mukim serta sanak saudara
Yang jauh dan dekat
Yang menetap dan yang berpulang.
Dengan debar di dada, kusempurnakan suara cintaku
Ijab Kabul lafaz berbalas lafaz
Dan bermulalah saat ini, kau kekasihku berubah menjadi isteri.
Kau cium tanganku bukan lagi seperti sepasang kekasih lain
Bercumbuan dalam semak samun haram hukum adat
Haram hukum agama dan silap tata budi bahasa bangsa.
.
Hari ini kutahu keluargamu yang juga kini keluargaku
Dengan hilai tawa gurau senda
Memeriahkan suasana upacara, memasak mengulai, menghidang
Menyambut tamu dengan berbunga senyuman.
Tanpa hiraukan penat lelah letih lenguh badan dan minda..
Petang ini ketika aku tiba di perkarangan
seperti seorang raja diiringi tingkahan irama gendang
berpayung penuh keriangan, penuh kegembiraan
menuju kepadamu isteriku yang menunggu di pelamin
dengan senyuman mengharum semerbak mewangi.
Renjisan air mawar, diiringi doa
dan para jemputan menghulur pemberian
hadiah hari persandingan ini
Di pelamin indah ukiran mak andam
Dan kilauan sinar menerjah merakam wajah
Sebagai tanda kita pernah disandingkan di pelamin sejarah
Isteriku,
Biarpun kini kita bergelar suami isteri
Tapi kita teruskan jua nada cinta kita
Dari senja ke senja
Dari dini ke dini sepanjang musim.
Hari ini isteriku, kita harus mula berdendang
Lagu-lagu kehidupan sepanjang musim,
Lagu kebahagiaan kita hingga ke akhir zaman.
Ediramle Ismail
Sajak ini (kalau boleh dinamakan sajak) kutulis setelah lebih lima belas
tahun aku tidak menulis puisi,
Bermula dengan kutulis dalam ingatan ketika gendang dipalu mengiringi
silat yang dipersembahkan untuk sepasang pengantin baru di majlis yang
kuhadiri hari ini.
Selama itu suara hatiku seakan berkata , bersajaklah biarpun sajak-sajak
yang diukir hanya untuk sekadar tatapan jiwamu sendiri.
19 Ogos 2008 – Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.