kesedihan kawe tidak terkata bila melihat apa yang tercatat dan tertera di blog 
tersebut.  terasa kecil semangat besar ini.  sepatutnya kita bukan sekadar 
bercakap, tetapi melakukan sesuatau yang terbaik bagi memulihkan tulisan 
tersebut.  Jangan jadikan tulisan itu melukut di tepi gantang.  

tulisan itu adalah tulisan kita.  orang thai bangga dengan tulisan mereka.   
apa lagi dengan kaum lain.  tapi  kita boleh kelih tulisan kita itu  dibuang 
begitu sahaja.  nampak sangat hinanya.  ulama silam menulis dalam tulisan 
jawi.  ARwah Pak Leh Pedada menulis dalam jawi.  Apa lagi dengan Tok Guru haji 
Haji Wan Mat Jal, Tok Selehor dan ramai lagi menjadikan tulisan itu tulisan 
memperkasakan ukhwah.   

di manakah letaknya nilai patriotik  kita bila hal ini dicungkil?  apakah bila 
tiba musim  pilihanraya baru tercungkil nilai tersebut?  kepada mereka yang 
"masam kepala"   bercakap macam bertih goreng, sehinggakan gunung everest pun 
berasa nak pijak biar hancur, air di laut china selatan kalu boleh nak timba 
lagi, bila lagi nak bersatu hati memulihkan tulisan jawi.

Bila berlaku hal sedemikian, siapakah yang harus dipersalahkan?  apakah kita 
persalahkan burung-burung di angkasa, atau ikan di lautan, atau pokok kayu 
kayan yang memberikan kita buah dengan pelbagai rasa enak?  saya kira kita 
sendiri yang hebat berfikir memberikan jawapan setimpal dengan apa yang kita 
pandang.  tepuk dada batuklah sendiri.  itulah realiti.

 

--- On Sat, 8/30/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } Jawi oh Jawi
To: "pesisir" <[email protected]>
Date: Saturday, August 30, 2008, 11:14 PM










    
            Jawi oh Jawi, apalah malang nasib mu. secara terang-terangan 
kehadiran mu tidak disenangi oleh bangsa lain. Lebih malang bangsa Melayu/Islam 
tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankannya. Sikap berdiam diri dan sikap 
berlembut Melayu/Islam menyebabkan Bahasa Jawi hilang dari arus pembangunan. .. 
Tengok gambar-gambar yang membuktikan betapa malangnya nasib Bahasa Jawi di 
http://manzaidiamn. blogspot. com
 
 
 

        Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!  

Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke