dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga 
pesisir..semoga ramadhan kali ini bertambah lagi amal dan ketakwaan kita pada 
yang khaliq...

--- Pada Ahd, 31/8/08, Nazmi Yaakub (Bukunota) <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

Daripada: Nazmi Yaakub (Bukunota) <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: Re: { PESISIR } Jawi oh Jawi
Kepada: [email protected]
Tarikh: Ahad, 31 Ogos, 2008, 10:40 PM







Saya diberitahu, persidangan meja bulat ttg pengajaran sains dan matematik 
dalam bahasa inggeris tempoh hari, bahasa melayu sudah diinjak2 dengan 
segila-gilanya. dalam persidangan tu ada juga timbalan menteri yg juga orang 
sastera/seni.

Nak harapkan tokoh besar politik untuk membela bahasa melayu. Puahhhhh (pinjam 
kalimah Shahnon Ahmad).

Ini mungkin membuatkan kita berfikir: Sebenarnya dalam kalangan menteri yg ada, 
siapa yang pernah melalui pendidikan kebangsaan untuk memahami, menyayangi, 
memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu?

 Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.


Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.




----- Original Message ----
From: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Sent: Sunday, August 31, 2008 5:42:52 AM
Subject: Re: { PESISIR } Jawi oh Jawi







kesedihan kawe tidak terkata bila melihat apa yang tercatat dan tertera di blog 
tersebut.  terasa kecil semangat besar ini.  sepatutnya kita bukan sekadar 
bercakap, tetapi melakukan sesuatau yang terbaik bagi memulihkan tulisan 
tersebut.  Jangan jadikan tulisan itu melukut di tepi gantang. 

tulisan itu adalah tulisan kita.  orang thai bangga dengan tulisan mereka.   
apa lagi dengan kaum lain.  tapi  kita boleh kelih tulisan kita itu  dibuang 
begitu sahaja.  nampak sangat hinanya.  ulama silam menulis dalam tulisan 
jawi.  ARwah Pak Leh Pedada menulis dalam jawi.  Apa lagi dengan Tok Guru haji 
Haji Wan Mat Jal, Tok Selehor dan ramai lagi menjadikan tulisan itu tulisan 
memperkasakan ukhwah.  

di manakah letaknya nilai patriotik  kita bila hal ini dicungkil?  apakah bila 
tiba musim  pilihanraya baru tercungkil nilai tersebut?  kepada mereka yang 
"masam kepala"   bercakap macam bertih goreng, sehinggakan gunung everest pun 
berasa nak pijak biar hancur, air di laut china selatan kalu boleh nak timba 
lagi, bila lagi nak bersatu hati memulihkan tulisan jawi.

Bila berlaku hal sedemikian, siapakah yang harus dipersalahkan?  apakah kita 
persalahkan burung-burung di angkasa, atau ikan di lautan, atau pokok kayu 
kayan yang memberikan kita buah dengan pelbagai rasa enak?  saya kira kita 
sendiri yang hebat berfikir memberikan jawapan setimpal dengan apa yang kita 
pandang.  tepuk dada batuklah sendiri.  itulah realiti.

 

--- On Sat, 8/30/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

From: Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: { PESISIR } Jawi oh Jawi
To: "pesisir" <[EMAIL PROTECTED] .com>
Date: Saturday, August 30, 2008, 11:14 PM









Jawi oh Jawi, apalah malang nasib mu. secara terang-terangan kehadiran mu tidak 
disenangi oleh bangsa lain. Lebih malang bangsa Melayu/Islam tidak berbuat 
apa-apa untuk mempertahankannya. Sikap berdiam diri dan sikap berlembut 
Melayu/Islam menyebabkan Bahasa Jawi hilang dari arus pembangunan. .. Tengok 
gambar-gambar yang membuktikan betapa malangnya nasib Bahasa Jawi di 
http://manzaidiamn. blogspot. com
 
 
 


Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.


 














      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. 
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke