terima kasih diatas lantunan pujian itu. apa pun Allah memarahi sesiapa yang
merasakan dirinya hebat bila berjaya mencipta sesuatau , sedangkan kita
hanyalah meminjam kehebatan tersebut. ingatlah, kita sekadar berusaha dan
yang memperkenakan usaha kita itu Allah.
apa pun saya bersyukur dengan apa yang saya gapai dan miliki ini. barangkali
kekecewaan mengajar saya untuk terus mantapkan karya (kalau boleh dikatakan
mantap). barangkali juga kerana doa saya mahu menjadi seorang penulis
yang.........atau mungkin juga doa anak-anak saya atau barangkali juga tahajjud
isteri saya.
saya kira sdr. seruling senja juga hebat. pernah lonjakkan nama pesisir dalam
sajak. teruskan kehebatan itu kerana orang lain tidak memiliki apa yang kita
ada. memang benar, hidup kita berbeda dan bergerigis. setiap orang memiliki
kehebatan tersendiri. kadang-kdang kita nampak kehebatan mereka dan kita tidak
nampak jaguhan kita kerana kita dilindungi oleh ketersohoran mereka.
ah! kita sebenarnya hebat! cemerlang! contohnya mudah sahaaj. orang lain
tidak pandai berenang, tetapi pandai mengayuh perahu di dalam sungai, sedangkan
kita pandai berenang, pandai pula mengayuh perahu di dalam sungai, tetapi tidak
pandai menyelam.
sudah ada bedanya. justeru, teruskan dengan apa ayang kita miliki kerana
keterusan itu akan menunda kita ke arah hidup tersohor.
--- On Mon, 9/29/08, seruling senja <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: seruling senja <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: { PESISIR } menjarasajar.blogspot.com
To: [email protected]
Date: Monday, September 29, 2008, 11:18 AM
Memang tidak dinafikan lagi saudara Hashim Latiff merupakan seorang sasterawan
Pesisir yang hebat. Sejak saya dibangku sekolah lagi amat terpegun dengan
karya-karya Hashim Latiff. Bahasa yang digunakan cukup indah. Diolah, disusun,
dihias cantik agar ia terpahat dalam dada para pembaca. Saya cukup kagum dengan
saudara Hashim Latiff betapa ideanya melewati batas-batas bahasa nan indah...
To: [EMAIL PROTECTED] .com
From: hazafl17570@ yahoo.com
Date: Sun, 28 Sep 2008 04:02:23 -0700
Subject: Re: { PESISIR } menjarasajar. blogspot. com
cuba kita cari makna hebat dalam simpulan bunga cerpen karyawan nusantara.
saya kira saya cukup bahagia dan banyak syukur kerana dihulurkan sedikit benih
idea untuk sama-sama taburkan di padang sastera. kelak bila berbuah pohon
cerpen itu, marilah kita sama-sama menuainya untuk mengisi minda menjaras
ilmu. aroma bunga cerpen menusuk hidung penulis untuk terus menganyam karya
hebat dunia.
--- On Sun, 9/28/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Re: { PESISIR } menjarasajar. blogspot. com
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Date: Sunday, September 28, 2008, 6:16 PM
http://www.menjaras ajar.blogspot. com
Sebuah khazanah yang cukup bernilai dan
Penulisnya tidak lain tidak bukan seorang sasterawan pesisir yang sangat
dikenali.
Semoga akan tetap gagah dalam berkarya.
Edi
On Sun, September 28, 2008 4:26 pm, hashim latiff wrote:
kunjungi laman ini untuk baca cerpen yang menarik.
http://www.menjaras ajar.blogspot. com/
--- On Thu, 9/25/08, hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> wrote:
From: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
Subject: Re: { PESISIR } Persiapan pengisian acara Perjumpaan Hari Raya
Pesisir
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Date: Thursday, September 25, 2008, 12:28 PM
Always-on security tools provide safer ways to connect and share anywhere. Find
out more. Windows Live