----- Original Message ----- 
  From: Ediramle Ismail 
  To: [email protected] 
  Sent: Friday, January 30, 2009 2:34 AM
  Subject: Re: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona


  Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

  Seorang demi seorang warga sastera kita telah berpulang ke rahmatullah tanpa 
mengira usia . 
  Terasa kecut perut juga , kerana dalam bulan Januari ni agak ramai yang pergi 
ke alam abadi , di Kampung kediaman pun bulan ni telah beberapa orang sudah 
meninggalkan aktiviti lazim seharian  . Banyak persediaan yang belum dipenuhi 
untuk bekalan.

  Nampaknya kena korbankan sebahagian daripada impian yang tak sudah dengan 
mendapatkan bekal untuk kemudian hari.

  Ediramle


    ----- Original Message ----- 
    From: Norhisham Mustaffa 
    To: [email protected] 
    Sent: Thursday, January 29, 2009 3:25 PM
    Subject: Re: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona


    Li,

    dimaklumkan bahawa saudara dan sahabat kita - SAMOZA atau Sabri Moh Zain 
yang telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh pagi kemarin (28hb), maka pada 
kira-kira jam 1.30 pagi tadi (29hb) beliau telah berpulang ke alam abadi.

    Jenazahnya telah dibawa pulang ke Kok Lanas dan selamat dikebumikan di 
tanah pekuburan Kg Gutung sekita jam 3 lebih sedikit petang tadi.

    Kita kehilangan seorang lagi penggiat sastera yang sering tampil terus 
terang dan kental dengan prinsip. Doakan agar ruhnya aman dan sejahtera. Amin.
    ----- Original Message ----- 
    From: Ediramle Ismail 
    To: [email protected] ; [email protected] 
    Sent: Saturday, December 13, 2008 12:38 AM
    Subject: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona

    Dengan hormatnya tuan/puan warga PESISIR sekelian dijemput hadir ke
    Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona, Sdr. Rozlan Mohamed Noor
    seperti berikut:

    Tarikh: 19 Disember 2008
    Hari: Jumaat
    Masa: 9.00 pagi.
    Tempat: Rumah Sdr. Anuar Musa , Ketua 2 PESISIR,
    Di Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
    (Belakang Pajabat Pos Pengkalan Kubor)

    Agenda: Sesi soal jawab mengenai Penerbitan di Tintarona.

    Kehadiran tuan/puan adalah sangat dialu-alukan bagi menjayakan lagi
    perjumpaan yang bakal diadakan.

    Terima kasih.

    Mohon Sms ke nombor telefon saya sekiranya dapat hadir 0129032948

    Ediramle Ismail
    Setiausaha Unit ICT PESISIR

    [Non-text portions of this message have been removed]



     


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke