Turut merasakan dukacita atas pemergian rakan seperjuangan scarlet. Semoga 
terpelihera anak-anak keturunannya yang kehilangan kasih sayang seorang ibu.
Semoga suaminya segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak menjadi masyarakat 
yang berguna di masa hadapan.

Petang kelmarin 28 Januari kira-kira jam 6.00 petang ,  saya juga kehilangan 
seorang rakan sekampung yang pernah sama-sama berusaha bangunkan minda 
masyarakat setempat agar menjadi warga yang sedikitnya membantu ke arah sesuatu 
yang bermanfaat.

Ediramle.


  ----- Original Message ----- 
  From: scarlet pimpernel 
  To: [email protected] 
  Sent: Thursday, January 29, 2009 9:06 AM
  Subject: { PESISIR } Kepulangan seorang rakan ke sana


  sejak akhir-akhir ini, kita menerima banyak berita kematian.
  saya sendiri pada awal pagi ini, kira-kira jam 6.30 dikejutkan dengan 
panggilan telefon menyampaikan berita kawan rapat, seperjuangan si SMK 
Kedondong, kembali ke rahmatullah. beliau kemalangan jalanraya di Mersing pd 
jumaat lepas dan mengalami pendarahan dalaman yang disangka tidak serius. ptg 
semalam saya bertukar-tukar sms dengan arwah dan dia mengatakan dia beransur 
baik.

  malam ini kami beramai-ramai menunggu kepulangan rakan yang disayangi dibawa 
balik dari Johor Bharu dengan menaiki kenderaan jenazah.Betapa lemah segala 
sendi badan menyambut kepulangan yang begitu pedih. dan dalam keheningan malam, 
dia dihantar ke tempat sementaranya di sana, diiringi doa dan airmata ahli 
keluarga, rakan-rakan dan para pelajar yang tidak pernah berhenti menyayangi.
  Al-Fatihah untuk seorang pendidik Puan Norhaslinda bt Ab Rahman- pergi pada 
usia 35 tahun... meninggalkan suami yang masih tenat di hospital Johor Bharu 
dan berjuang untuk hidup dengan kecederaan yang parah.

  Ini hanyalah ingatan daripada saya, seorang rakan yang sangat menyayanginya 
dan benar-benar berasa kehilangannya sehingga ke ulu hati.

  ________________________________
  From: Norhisham Mustaffa <[email protected]>
  To: [email protected]
  Sent: Friday, January 30, 2009 7:25:10 AM
  Subject: Re: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona

  Li,

  dimaklumkan bahawa saudara dan sahabat kita - SAMOZA atau Sabri Moh Zain yang 
telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh pagi kemarin (28hb), maka pada 
kira-kira jam 1.30 pagi tadi (29hb) beliau telah berpulang ke alam abadi.

  Jenazahnya telah dibawa pulang ke Kok Lanas dan selamat dikebumikan di tanah 
pekuburan Kg Gutung sekita jam 3 lebih sedikit petang tadi.

  Kita kehilangan seorang lagi penggiat sastera yang sering tampil terus terang 
dan kental dengan prinsip. Doakan agar ruhnya aman dan sejahtera. Amin.
  ----- Original Message ----- 
  From: Ediramle Ismail 
  To: ajkpesi...@yahoogro ups.com ; pesi...@yahoogroups .com 
  Sent: Saturday, December 13, 2008 12:38 AM
  Subject: { PESISIR } Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona

  Dengan hormatnya tuan/puan warga PESISIR sekelian dijemput hadir ke
  Perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona, Sdr. Rozlan Mohamed Noor
  seperti berikut:

  Tarikh: 19 Disember 2008
  Hari: Jumaat
  Masa: 9.00 pagi.
  Tempat: Rumah Sdr. Anuar Musa , Ketua 2 PESISIR,
  Di Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
  (Belakang Pajabat Pos Pengkalan Kubor)

  Agenda: Sesi soal jawab mengenai Penerbitan di Tintarona.

  Kehadiran tuan/puan adalah sangat dialu-alukan bagi menjayakan lagi
  perjumpaan yang bakal diadakan.

  Terima kasih.

  Mohon Sms ke nombor telefon saya sekiranya dapat hadir 0129032948

  Ediramle Ismail
  Setiausaha Unit ICT PESISIR

  [Non-text portions of this message have been removed]

  [Non-text portions of this message have been removed]



   


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke