Beberapa pandangan diterima tentang persoalan ini. Walaupun yang memulakan pertanyaan, saya juga ingin sampaikan pendapat saya pula.
Guru itu adalah seseorang yang mengajar . Guru boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan antaranya seperti berikut: 1. Cikgu - Cikgu adalah seseorang yang berkelayakan dan diiktiraf oleh sesebuah jabatan atau kementerian seperti kementerian pelajaran, kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah, kementerian perpaduan dan intergrasi nasional , kementerian pertahanan, kementerian kesihatan dan sebagainya. Cikgu selalunya mengajar sesuatu pelajaran yang ilmiah , biasanya di sekolah, di Taman didikan yang dikhaskan . Sempadan mereka adalah daripada mereka yang berumur 4 atau 5 tahun sehingga ke peringkat menengah atas (tingkatan 6) . Mereka ini berkerja sepenuh masa atau secara sambilan sama ada bergaji tetap atau tidak . Setelah bersara atau berhenti , panggilan cikgu akan terus terlekat sehingga ke akhir hayat. 2. Ustaz atau ustazah - Mereka adalah guru yang mengajar agama , baik di sekolah, di pusat-pusat pembelajaran termasuk di masjid dan di madrasah. Mereka juga sekali jadi ustaz tidak lagi hilang pangkatnya sebagai ustaz. Ustaz adalah seseorang watak yang menjadi contoh tauladan dan rujukan seseorang terutamanya berhubung soal-soal keagamaan , mahu cara hidup dan kehidupannya. Sebab itu seseorang ustaz adalah seorang yang berktrampilan dalam kalangan masyarakatnya. 3. Pensyarah - Mereka adalah guru yang mengajar di pusat-pusat pengajian tinggi seperti di universiti , di kolej-kolej, di maktab , sama ada pusat pengajian itu adalah milik kerajaan atau swasta. Mereka adalah seseorang yang diiktirafkan oleh kementerian pengajian tinggi dan yang berkaitan dengannya. 4. Jurulatih - Jurulatih adalah guru yang mengajar bidang-bidang tertentu yang khas seperti dalam bidang seni, bidang sukan , bidang nyanyian, bidang persilatan.Mereka mengajar sambil membabitkan diri secara langsung dalam pengajarannya. Seperti demo dan latihan. Sebagai contoh jurulatih bola sepak mereka perlu tunjuk aksi atau turut berlari semasa latihannya. Bagi saya mereka yang mengajar buat kuih juga adalah sebagai jurulatih begitu juga dengan mereka yang mengajar menari dan menyanyi. 5. Mahaguru - mahaguru adalah mereka yang mengajar sesuatu yang membabitkan soal-soal kebatinan dan tenaga dalaman , seperti dalam persilatan tenaga batin dan sebagainya. 6. Tok Guru - Mereka yang mengajar agama Islam baik mengajar mengaji atau mengajar di pondok-pondok tradisional, atau mengajar di tempat-tempat tertentu yang ditetapkan. 7. Sifu - sifu adalah seseorang guru yang hebat dan dijadikan idola kepada pelajarnya. 8. Tuan guru - adalah gelaran yang dipanggil kepada seseorang ustaz yang sangat tinggi ilmu keagamaannya. 9. Pembimbing - Mereka membimbing sesuatu yang khusus secara aktif . Contohnya ibu bapa dan adik beradik. istilah-istilah ini adalah tanpa merujuk kepada kamus dewan dan ia adalah pada pandangan saya , mungkin banyak lagi tambahan atau pembetulan. Terima kasih. * Sebelum ini saya kata ada jumpa seseorang di Kg. Laut yang membuatkan saya terlintas untuk membincangkan persoalan ini. Hari tu saya "berselisih jalan" dengan seorang cikgu yang mengajar saya daripada darjah 1 hingga darjah 6 kira-kira 40 tahun yang lalu. Sekarang beliau masih sihat dan usianya sudah lebih 70-anmungkin dah dekat 80 tahun. Ediramle ----- Original Message ----- From: scarlet pimpernel To: [email protected] Sent: Thursday, February 05, 2009 12:47 AM Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan bagi saya, sesiapa sahaja yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat, layak digelar cikgu. jangan dihitung kelulusan atau kelayakan kerana ilmu tidak terbatas. jika seorang surirumah mengajar saya membuat kuih pun, saya anggap dia guru saya kerana sebelumnya saya tidak pandai membuat kuih. ilmu bukan sahaja yang berbentuk akademik, apa-apa sahaja pengetahuan yang boleh dikongsi, diajar dan memberi faedah kepada yang mempelajarinya memberikan status 'guru' kepada yang mengajar. cuma bagi kebanyakan orang, mereka memandang guru itu ialah golongan yang mempunyai kelayakan dan kelulusan dalam bidang pendidikan dan bekerja di sekolah-sekolah. jika dilihat dari sudut jawatan, pandangan itu memanglah logik. tetapi kita harus melihat status guru dan cikgu dari sudut kehidupan, bukan perjawatan, barulah pengertiannya lebih luas. itu pendapat saya, apa kata rakan-rakan sekalian? ________________________________ From: Manzaidi MohdAmin <[email protected]> To: [email protected] Sent: Thursday, February 5, 2009 10:49:53 AM Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan Sesetengah daripada kita pun memanggil polis sebagai cikgu jugak. Saya kat sini, majoriti wartawan Sinar panggil sifu, manakala kumpulan editor serta sub editor panggil saya cikgu. Rasa luas jugakla lubang hidung tu bila dua groups ni panggil gelaran macam tu. Terasa dirinya macam M Nasir la pulak bila skuad sinar panggil sifu dan terasa macam pendidik pula bila groups satu lagi panggil cikgu. Dua gelaran ni saya dapat hasil daripada ilmu yang kita berikan kepada mereka. Tapi taraf saya tak sama macam cikgu Anuar, Cikgu Aminuddin dan warga pendidik. Mereka lebih mulia banding 'cikgu' tempelan. --- Pada Khm, 5/2/09, Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com> menulis: Daripada: Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com> Subjek: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan Kepada: pesi...@yahoogroups .com Tarikh: Khamis, 5 Februari, 2009, 9:44 AM Yang di sekolah confirm dipanggil cikgu oleh anak muridnya, yang ngajar ngaji Quraan/agama dipanggil Tok Guru Ngaji, Jurulatih seumpama Cikgu dengan Tok Guru, orang layak adalah orang yang adalah kelulusan, pengalaman dan mahir dalam satu-satu bidang, bilangan perkara subjektif... ..sekali dua pun dah boleh dipanggil Cikgu, sebab panggil eje tak jejas apapun.tapi kalau acap kali pasti jadi gurulah . dalam persilatan yang tertinggi dipanggil Mahaguru .Komen saya.tk On 1/31/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> wrote: > > Soalan tambahan. > Dalam kalangan guru juga kita temui pensyarah, ustaz, pak guru, ibu guru, > tok guru dan tuan guru juga tok ayah yang ajar mengaji. > > Semuanya boleh dikumpulankan sebagai guru . Apakah ianya kurang lebih > seperti puisi dengan sajak atau prosa dengan cerpen? > > Ediramle > > ----- Original Message ----- > From: scarlet pimpernel > To: pesi...@yahoogroups .com <Pesisir%40yahoogro ups.com> > Sent: Saturday, January 31, 2009 6:28 AM > Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? > > Terima kasih Abe Li. > Topik yang menarik, nanti saya cari buah fikiran yang baik untuk dikongsi. > > ____________ _________ _________ __ > From: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net <ediramle%40pesisir .net>> > To: pesi...@yahoogroups .com <Pesisir%40yahoogro ups.com> > Sent: Sunday, February 1, 2009 2:24:22 PM > Subject: { PESISIR } Siapa itu guru? > > Ini merupakan topik baru yang nak dibincangkan. Semoga mendapat sambutan > yang baik. > > Pertamanya pada perkiraan saya sebahagian besar daripada AJK Pesisir adalah > terdiri daripada cikgu dan cikgu adalah antara yang berdiri dalam barisan > pertama sebagai guru. > > Pertanyaan: > > 1. Siapakah guru? > > 2. Apakah beza antara guru dengan jurulatih? > > 3. Apakah perbezaan antara guru dan cikgu? > > 4. Siapakah yang layak dipanggil sebagai mahaguru? > > 5. Sekiranya seseorang mengajar sesuatu kepada seseorang lainnya, berapa > kali mengajarkah baru boleh dipanggil guru? > > Terima kasih. > > Ediramle > > [Non-text portions of this message have been removed] > > [Non-text portions of this message have been removed] > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > [Non-text portions of this message have been removed] Layari secara lebih pantas dan bijaksana dengan Firefox 3! http://my.downloads .yahoo.com/ firefox/ [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed]
