Saya seperti merasakan pertanyaan yang dikemukakan kali ini belum terjawab. 
Walaupun ada beberapa jawapan yang diberikan ianya seperti masih berupa 
pandangan. Berbanyak terima kasih kerana beri pandangan dan pendapat yang 
sememangnya bernas dan menarik daripada rakan-rakan semua. Saya masih ingin 
panjangkan pertanyaan ini kepada Dr. Saiful Haq , Dr. Norhayati , sdr. Nassury, 
sdr. Aminuddin , Abang Sham atau kepada sesiapa yang sudi memperincikannya 
sebagai rujukan agar tidak bertukar antara guru dengan cikgu.

Ediramle


  ----- Original Message ----- 
  From: azle abdullah 
  To: [email protected] 
  Sent: Friday, February 06, 2009 2:41 AM
  Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan


  gelaran guru adalah satu profesion yang terdapat dalam salah satu peruntukkan 
undang-undang, atau juga dikenali sebagai pendidik. dan ramai yang mengelarnya 
cikgu. sesiapa sahaja yang suka memberi ilmu kepada orang lain (tak pasti juga 
ilmu yang baik atau tidak) lazimnya dipanggil cikgu. dalam buku rekod mengajar 
ada dinyatakan tentang siapa guru atau pendidik ini. 
  kalau zaman dahulu orang yang memkilih bidang ini dianggap mulia kerana 
minat, kesungguhan. dan sebagainya yang memungkinkan mereka memilih menjadi 
guru. tetapi zaman sekarang ada juga yang memilih guru kerana terpaksa 
mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. 
  guru aku yang pertama dalam bidang penulisan cerpen ialah Asmui Mustapa. 
Dalam Kewartawanan pula, En. Nordin Berita Harian Kelantan. 
  --- On Fri, 2/6/09, Ediramle Ismail <[email protected]> wrote:

  From: Ediramle Ismail <[email protected]>
  Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan
  To: [email protected]
  Date: Friday, February 6, 2009, 10:57 AM

  Beberapa pandangan diterima tentang persoalan ini. Walaupun yang memulakan 
pertanyaan, saya juga ingin sampaikan pendapat saya pula.

  Guru itu adalah seseorang yang mengajar .

  Guru boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan antaranya seperti berikut:

  1. Cikgu - Cikgu adalah seseorang yang berkelayakan dan diiktiraf oleh 
sesebuah jabatan atau kementerian seperti kementerian pelajaran, kementerian 
kemajuan luar bandar dan wilayah, kementerian perpaduan dan intergrasi nasional 
, kementerian pertahanan, kementerian kesihatan dan sebagainya. Cikgu selalunya 
mengajar sesuatu pelajaran yang ilmiah , biasanya di sekolah, di Taman didikan 
yang dikhaskan . Sempadan mereka adalah daripada mereka yang berumur 4 atau 5 
tahun sehingga ke peringkat menengah atas (tingkatan 6) . Mereka ini berkerja 
sepenuh masa atau secara sambilan sama ada bergaji tetap atau tidak . Setelah 
bersara atau berhenti , panggilan cikgu akan terus terlekat sehingga ke akhir 
hayat. 

  2. Ustaz atau ustazah - Mereka adalah guru yang mengajar agama , baik di 
sekolah, di pusat-pusat pembelajaran termasuk di masjid dan di madrasah. Mereka 
juga sekali jadi ustaz tidak lagi hilang pangkatnya sebagai ustaz. Ustaz adalah 
seseorang watak yang menjadi contoh tauladan dan rujukan seseorang terutamanya 
berhubung soal-soal keagamaan , mahu cara hidup dan kehidupannya. Sebab itu 
seseorang ustaz adalah seorang yang berktrampilan dalam kalangan masyarakatnya.

  3. Pensyarah - Mereka adalah guru yang mengajar di pusat-pusat pengajian 
tinggi seperti di universiti , di kolej-kolej, di maktab , sama ada pusat 
pengajian itu adalah milik kerajaan atau swasta. Mereka adalah seseorang yang 
diiktirafkan oleh kementerian pengajian tinggi dan yang berkaitan dengannya.

  4. Jurulatih - Jurulatih adalah guru yang mengajar bidang-bidang tertentu 
yang khas seperti dalam bidang seni, bidang sukan , bidang nyanyian, bidang 
persilatan.Mereka mengajar sambil membabitkan diri secara langsung dalam 
pengajarannya. Seperti demo dan latihan. Sebagai contoh jurulatih bola sepak 
mereka perlu tunjuk aksi atau turut berlari semasa latihannya. Bagi saya mereka 
yang mengajar buat kuih juga adalah sebagai jurulatih begitu juga dengan mereka 
yang mengajar menari dan menyanyi.

  5. Mahaguru - mahaguru adalah mereka yang mengajar sesuatu yang membabitkan 
soal-soal kebatinan dan tenaga dalaman , seperti dalam persilatan tenaga batin 
dan sebagainya.

  6. Tok Guru - Mereka yang mengajar agama Islam baik mengajar mengaji atau 
mengajar di pondok-pondok tradisional, atau mengajar di tempat-tempat tertentu 
yang ditetapkan.

  7. Sifu - sifu adalah seseorang guru yang hebat dan dijadikan idola kepada 
pelajarnya.

  8. Tuan guru - adalah gelaran yang dipanggil kepada seseorang ustaz yang 
sangat tinggi ilmu keagamaannya.

  9. Pembimbing - Mereka membimbing sesuatu yang khusus secara aktif . 
Contohnya ibu bapa dan adik beradik.

  istilah-istilah ini adalah tanpa merujuk kepada kamus dewan dan ia adalah 
pada pandangan saya , mungkin banyak lagi tambahan atau pembetulan.

  Terima kasih.

  * Sebelum ini saya kata ada jumpa seseorang di Kg. Laut yang membuatkan saya 
terlintas untuk membincangkan persoalan ini. Hari tu saya "berselisih jalan" 
dengan seorang cikgu yang mengajar saya daripada darjah 1 hingga darjah 6 
kira-kira 40 tahun yang lalu. Sekarang beliau masih sihat dan usianya sudah 
lebih 70-anmungkin dah dekat 80 tahun. 

  Ediramle

  ----- Original Message ----- 
  From: scarlet pimpernel 
  To: pesi...@yahoogroups .com 
  Sent: Thursday, February 05, 2009 12:47 AM
  Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan

  bagi saya, sesiapa sahaja yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat, layak 
digelar cikgu. jangan dihitung kelulusan atau kelayakan kerana ilmu tidak 
terbatas. jika seorang surirumah mengajar saya membuat kuih pun, saya anggap 
dia guru saya kerana sebelumnya saya tidak pandai membuat kuih.

  ilmu bukan sahaja yang berbentuk akademik, apa-apa sahaja pengetahuan yang 
boleh dikongsi, diajar dan memberi faedah kepada yang mempelajarinya memberikan 
status 'guru' kepada yang mengajar.

  cuma bagi kebanyakan orang, mereka memandang guru itu ialah golongan yang 
mempunyai kelayakan dan kelulusan dalam bidang pendidikan dan bekerja di 
sekolah-sekolah. jika dilihat dari sudut jawatan, pandangan itu memanglah logik.
  tetapi kita harus melihat status guru dan cikgu dari sudut kehidupan, bukan 
perjawatan, barulah pengertiannya lebih luas.

  itu pendapat saya, apa kata rakan-rakan sekalian?

  ____________ _________ _________ __
  From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
  To: pesi...@yahoogroups .com
  Sent: Thursday, February 5, 2009 10:49:53 AM
  Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan

  Sesetengah daripada kita pun memanggil polis sebagai cikgu jugak. Saya kat 
sini, majoriti wartawan Sinar panggil sifu, manakala kumpulan editor serta sub 
editor panggil saya cikgu.

  Rasa luas jugakla lubang hidung tu bila dua groups ni panggil gelaran macam 
tu. Terasa dirinya macam M Nasir la pulak bila skuad sinar panggil sifu dan 
terasa macam pendidik pula bila groups satu lagi panggil cikgu.

  Dua gelaran ni saya dapat hasil daripada ilmu yang kita berikan kepada 
mereka. Tapi taraf saya tak sama macam cikgu Anuar, Cikgu Aminuddin dan warga 
pendidik. Mereka lebih mulia banding 'cikgu' tempelan. 

  --- Pada Khm, 5/2/09, Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com> menulis:

  Daripada: Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com>
  Subjek: Re: { PESISIR } Siapa itu guru? - soalan tambahan
  Kepada: pesi...@yahoogroups .com
  Tarikh: Khamis, 5 Februari, 2009, 9:44 AM

  Yang di sekolah confirm dipanggil cikgu oleh anak muridnya, yang ngajar
  ngaji Quraan/agama dipanggil Tok Guru Ngaji, Jurulatih seumpama Cikgu dengan
  Tok Guru, orang layak adalah orang yang adalah kelulusan, pengalaman dan
  mahir dalam satu-satu bidang, bilangan perkara subjektif... ..sekali dua pun
  dah boleh dipanggil Cikgu, sebab panggil eje tak jejas apapun.tapi kalau
  acap kali pasti jadi gurulah . dalam persilatan yang tertinggi dipanggil
  Mahaguru .Komen saya.tk

  On 1/31/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> wrote:
  >
  > Soalan tambahan.
  > Dalam kalangan guru juga kita temui pensyarah, ustaz, pak guru, ibu guru,
  > tok guru dan tuan guru juga tok ayah yang ajar mengaji.
  >
  > Semuanya boleh dikumpulankan sebagai guru . Apakah ianya kurang lebih
  > seperti puisi dengan sajak atau prosa dengan cerpen?
  >
  > Ediramle
  >
  > ----- Original Message -----
  > From: scarlet pimpernel
  > To: pesi...@yahoogroups .com <Pesisir%40yahoogro ups.com>
  > Sent: Saturday, January 31, 2009 6:28 AM
  > Subject: Re: { PESISIR } Siapa itu guru?
  >
  > Terima kasih Abe Li.
  > Topik yang menarik, nanti saya cari buah fikiran yang baik untuk dikongsi.
  >
  > ____________ _________ _________ __
  > From: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net <ediramle%40pesisir .net>>
  > To: pesi...@yahoogroups .com <Pesisir%40yahoogro ups.com>
  > Sent: Sunday, February 1, 2009 2:24:22 PM
  > Subject: { PESISIR } Siapa itu guru?
  >
  > Ini merupakan topik baru yang nak dibincangkan. Semoga mendapat sambutan
  > yang baik.
  >
  > Pertamanya pada perkiraan saya sebahagian besar daripada AJK Pesisir adalah
  > terdiri daripada cikgu dan cikgu adalah antara yang berdiri dalam barisan
  > pertama sebagai guru.
  >
  > Pertanyaan:
  >
  > 1. Siapakah guru?
  >
  > 2. Apakah beza antara guru dengan jurulatih?
  >
  > 3. Apakah perbezaan antara guru dan cikgu?
  >
  > 4. Siapakah yang layak dipanggil sebagai mahaguru?
  >
  > 5. Sekiranya seseorang mengajar sesuatu kepada seseorang lainnya, berapa
  > kali mengajarkah baru boleh dipanggil guru?
  >
  > Terima kasih.
  >
  > Ediramle
  >
  > [Non-text portions of this message have been removed]
  >
  > [Non-text portions of this message have been removed]
  >
  > [Non-text portions of this message have been removed]
  >
  > 
  >

  [Non-text portions of this message have been removed]

  Layari secara lebih pantas dan bijaksana dengan Firefox 3!
  http://my.downloads .yahoo.com/ firefox/

  [Non-text portions of this message have been removed]

  [Non-text portions of this message have been removed]

  [Non-text portions of this message have been removed]

  [Non-text portions of this message have been removed]



  


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke