Dalam beberapa hari kebelakangan ini nampaknya tak ada sebarang e-mel dari warga pesisir yang dikirimkan bagi membincangkan sesuatu. Barangkali suasana ini seperti pesisir berehat seketika.
Di sini saya ingin maklumkan bahawa domain laman pesisir.net berserta e-mel pesisir tergendala untuk beberapa hari yang belum dipastikan. Dimaklumkan juga, Pihak pesisir melalui saya telah buat pembayaran untuk sambung domain pesisir.net beberapa hari sebelum tamat tempohnya, bagimanapun ada masalah di pihak penyelenggara yang telah memaklumkan yang beliau juga telah menyambung semula domain tersebut, tapi pihak yang bertanggung jawab dengan pendaftaran domain masih belum mengaktifkan lagi. Oleh itu saya mohon kepada mereka yang guna e-mel pesisir.net agar bersabar. Sekiranya domain pesisir.net tidak dapat disambung lagi , saya akan mendaftar atas nama baru mungkin pesisir.org yang lebih tepat peranannya sebagai sebuah persatuan . Saya kira ada beberapa e-mel yang dikirimkan oleh ilegal fishing itu adalah tersasar tempat kerana beliau menganggap bahawa pesisir adalah pesisir pantai di Indonesia sana. Oleh itu e-melnya kelihatan tidak berkaitan dengan pesisir kita sebagai sebuah persatuan penulis Tumpat, Kelantan, Malaysia. Ediramle Ismail [Non-text portions of this message have been removed]
