adakah saya ini juga seorang penulis? terkadang tertanya juga soalan ini kepada diri sendiri. saya suka menulis. terutamanya genre cerpen. malah di dalam simpanan sudah banyak dan boleh dibuat buku seandainya semua karya itu dikira baik dan mencapai standard sebuah penulisan yang bermutu.tetapi saya tahu tidak kesemua karya itu bermutu. terkadang ianya cuma luahan rasa di atas sekeping kertas, yang di temukan sebuah plot cerita dan dihidupkan dengan watak-watak halusinasi sahaja.
penulis.... sebenarnya sebanyak manakah karya-karya yang harus dihasilkan dan diagungkan kepada orang ramai sehingga kita layak di gelar seorang penulis. apakah seandainya kita hanya menghasilkan satu dua karya, kita masih tidak layak lagi dipanggil seorang penulis? --- On Sun, 15/2/09, Hong siu Long <[email protected]> wrote: From: Hong siu Long <[email protected]> Subject: { PESISIR } kenapa penulis gagal digelar penulis To: [email protected] Date: Sunday, 15 February, 2009, 9:33 PM salam.... ini mungkin isu basi tetapi ramai yang masih terperangkap didalam kemelut ini.Sebagai contoh terdekat,saya sendiri banyak menulis tetapi tidak digelar penulis kerana tidak diterbitkan. Takut untuk dikomentarkan hasil tulisan.Terlalu memikirkan pandangan ramai. Mungkin juga terlalu dangkal ilmu menulis.Boleh bincangkan mengapa ini terjadi? --- On Fri, 2/13/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> wrote: From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> Subject: { PESISIR } Pesisir Berehat To: pesi...@yahoogroups .com Cc: illegal_fishing_ indonesia@ yahoo.co. id Date: Friday, February 13, 2009, 10:43 PM Dalam beberapa hari kebelakangan ini nampaknya tak ada sebarang e-mel dari warga pesisir yang dikirimkan bagi membincangkan sesuatu. Barangkali suasana ini seperti pesisir berehat seketika. Di sini saya ingin maklumkan bahawa domain laman pesisir.net berserta e-mel pesisir tergendala untuk beberapa hari yang belum dipastikan. Dimaklumkan juga, Pihak pesisir melalui saya telah buat pembayaran untuk sambung domain pesisir.net beberapa hari sebelum tamat tempohnya, bagimanapun ada masalah di pihak penyelenggara yang telah memaklumkan yang beliau juga telah menyambung semula domain tersebut, tapi pihak yang bertanggung jawab dengan pendaftaran domain masih belum mengaktifkan lagi. Oleh itu saya mohon kepada mereka yang guna e-mel pesisir.net agar bersabar. Sekiranya domain pesisir.net tidak dapat disambung lagi , saya akan mendaftar atas nama baru mungkin pesisir.org yang lebih tepat peranannya sebagai sebuah persatuan . Saya kira ada beberapa e-mel yang dikirimkan oleh ilegal fishing itu adalah tersasar tempat kerana beliau menganggap bahawa pesisir adalah pesisir pantai di Indonesia sana. Oleh itu e-melnya kelihatan tidak berkaitan dengan pesisir kita sebagai sebuah persatuan penulis Tumpat, Kelantan, Malaysia. Ediramle Ismail [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/ [Non-text portions of this message have been removed]
