Assalamualaikum rakan-rakan semua.
 
Saya baru pulang dari mengikuti kursus ESQ Training di Matrade Exibition 
Centre, Kuala Lumpur. 
Pada saya, kursus ini memberi 1001 makna untuk saya kerana selama ini saya 
tidak tahu siapa saya. Kenapa saya dicipta. Kenapa saya dijadikan manusia 
bernama Manzaidi dan apa tujuan saya dicipta dan ke mana akhirnya saya. Ia 
meninggalkan kesan yang amat mendalam. 
 
Selama 46 tahun saya mempergunakan nafas yang diberikan Allah SWT, saya tidak 
pernah pun memikirkan siapakah saya, melainkan menganggap saya adalah manusia 
yang sempurna dan lengkap. Saya tidak tau pun sepanjang tempoh itu, ada 
ketikanya saya makan daripada hasil yang tidak direstukan Allah. Saya tidak 
tahu pun dalam tempoh itu, saya ada melakukan dosa besar (yang tergolong dalam 
tujuh dosa besar). Saya tidak tahu pun, saya telah melakukan bermacam-macam 
perkara yang dilarang oleh agama...saya langsung tidak tahu, melainkan saya 
menganggap apa yang saya lakukan itu adalah baik.
 
Baik sebab saya menganggap apa yang saya lakukan itu orang lain tidak nampak. 
Saya tahu, Allah nampak apa yang kita lakukan, tetapi saya tidak ambil kisah. 
Saya tidak pedulikannya. Dalam hati ego saya mengatakan: "Ahhh...biarlah...itu 
urusan aku dengan Allah"... betapa ego dan sombongnya saya.
 
Tetapi setelah genap 46 tahun, saya dipilih oleh syarikat untuk mengikuti 
kursus ESQ. Di situ (sepanjang tiga hari...dari 6 hingga 8 Mac lalu), saya 
menemui DIRI SAYA YANG HILANG selama ini. Baru saya tahu SIAPA DIRI SAYA. Dan 
baru saya mengenali siapa MAHA PENCIPTA LANGIT DAN BUMI. 
 
Betapa kerdilnya saya apabila menyaksikan bagaimana kita dijadikan sebagai 
manusia dari setitis darah (mani). Malah jika dibandingkan dengan sebutir pasir 
pun, saya lebih kecil dari itu. Alam sejagat yang dikelompokkan dari matahari, 
bulan, bumi dan empat planet lain rupanya adalah sebuah alam yang kecil. 
Rupanya masih ada beribu-ribu lagi alam lain di langit sana. 
 
Saya sangkakan, itulah (matahari, bulan, bumi, marikh, pluto dan lain-lain itu) 
alamnya, tetapi tidak. Saya bersama 649 peserta lain dibawa meneroka alam 
semesta. Alam yang asal mula jadi kehidupan ini. Hemmm...dashyat. Tak pernah 
jumpa modul kursus seperti ini sepanjang hidup saya. 
 
Akhirnya apa yang saya dapat daripada kursus itu ialah:   
JUJUR, TANGGUNGJAWAB, WAWASAN, DISIPLIN, KERJASAMA, ADIL DAN PRIHATIN.
 


--- Pada Ahd, 8/3/09, azle abdullah <[email protected]> menulis:


Daripada: azle abdullah <[email protected]>
Subjek: { PESISIR } antara kenalan, kawan, sahabat dan teman
Kepada: [email protected]
Tarikh: Ahad, 8 Mac, 2009, 6:14 PM







bunyinya sama makna, tetapi  hakikatnya tidak sama
--- On Sat, 3/7/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> wrote:

From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
Subject: { PESISIR } Cerita hantu masih belum berakhir
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Saturday, March 7, 2009, 11:36 PM

Cerita tentang hantu dan makhluk halus masih belum lagi berakhir dan ianya
tidak pernah berakhir.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada sdr. Honggagah kerana sentiasa
sudi berkongsi pengalaman mengenai kisah-kisah hidupnya yang sangat
menarik .

Begitu juga dengan pengalaman-pengalam an yang dikongsikan oleh sdr.
manzaidi dan rakan-rakan lainnya yang banyak membantu.

Dalam perbincangan yang lepas saya temui satu perkara yang nampaknya
begitu berharga dan sekarang sedang menyelak-yelak helaian maklumat
berkenaan perkara yang berkaitan.

Ediramle

* Ingin aku mengembara dari sajak ke angkasa dari angkasa ke batu
permata, dari batu permata ke minda bawah sedar dan dari minda ke mata
batin dan ingin berakhir ke dalam hal-hal keagamaan.

* Aku mulai merasai kagum dengan kehidupan. Dalam ratusan ribu tahun
lampau dan mungkinnya ratusan ribu tahun mendatang hanya dalam puluhan
tahun sekarang aku hidup dalam kesedaran sebagai seorang diri dan kiranya
tanpa hidup masa kini, aku tidak pernah tahu mengenai kehidupan
keseluruhannya. Selepas ini setelah pergi meninggalkan kehidupan di dunia
fana ini aku tidak lagi peduli dengan apa yang berlaku di bumi.

[Non-text portions of this message have been removed]

















      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke