saya ada menerima cadangan drpd mantan pengetua saya untuk mengikuti kursus ESQ yg akan diadakan di KB pada 12,13 14 mac nanti. malangnya kerana bayarannya tidak murah, maka saya hanya berdiam diri sahaja dan menyimpan hasrat utk mengikutinya bila mampu nanti. tapi beliau ada memberi saya pinjam buku berkenaan ESQ untuk dibaca tetapi belum berkesempatan untuk dibaca. saya dengar byk cerita yg bagus ttg ESQ, khabarnya sound system pun paling canggih.
________________________________ From: Manzaidi MohdAmin <[email protected]> To: [email protected] Sent: Monday, March 9, 2009 9:27:10 AM Subject: Re: { PESISIR } antara kenalan, kawan, sahabat dan teman Assalamualaikum rakan-rakan semua. Saya baru pulang dari mengikuti kursus ESQ Training di Matrade Exibition Centre, Kuala Lumpur. Pada saya, kursus ini memberi 1001 makna untuk saya kerana selama ini saya tidak tahu siapa saya. Kenapa saya dicipta. Kenapa saya dijadikan manusia bernama Manzaidi dan apa tujuan saya dicipta dan ke mana akhirnya saya. Ia meninggalkan kesan yang amat mendalam. Selama 46 tahun saya mempergunakan nafas yang diberikan Allah SWT, saya tidak pernah pun memikirkan siapakah saya, melainkan menganggap saya adalah manusia yang sempurna dan lengkap. Saya tidak tau pun sepanjang tempoh itu, ada ketikanya saya makan daripada hasil yang tidak direstukan Allah. Saya tidak tahu pun dalam tempoh itu, saya ada melakukan dosa besar (yang tergolong dalam tujuh dosa besar). Saya tidak tahu pun, saya telah melakukan bermacam-macam perkara yang dilarang oleh agama...saya langsung tidak tahu, melainkan saya menganggap apa yang saya lakukan itu adalah baik. Baik sebab saya menganggap apa yang saya lakukan itu orang lain tidak nampak. Saya tahu, Allah nampak apa yang kita lakukan, tetapi saya tidak ambil kisah. Saya tidak pedulikannya. Dalam hati ego saya mengatakan: "Ahhh...biarlah. ..itu urusan aku dengan Allah"... betapa ego dan sombongnya saya. Tetapi setelah genap 46 tahun, saya dipilih oleh syarikat untuk mengikuti kursus ESQ. Di situ (sepanjang tiga hari...dari 6 hingga 8 Mac lalu), saya menemui DIRI SAYA YANG HILANG selama ini. Baru saya tahu SIAPA DIRI SAYA. Dan baru saya mengenali siapa MAHA PENCIPTA LANGIT DAN BUMI. Betapa kerdilnya saya apabila menyaksikan bagaimana kita dijadikan sebagai manusia dari setitis darah (mani). Malah jika dibandingkan dengan sebutir pasir pun, saya lebih kecil dari itu. Alam sejagat yang dikelompokkan dari matahari, bulan, bumi dan empat planet lain rupanya adalah sebuah alam yang kecil. Rupanya masih ada beribu-ribu lagi alam lain di langit sana. Saya sangkakan, itulah (matahari, bulan, bumi, marikh, pluto dan lain-lain itu) alamnya, tetapi tidak. Saya bersama 649 peserta lain dibawa meneroka alam semesta. Alam yang asal mula jadi kehidupan ini. Hemmm...dashyat. Tak pernah jumpa modul kursus seperti ini sepanjang hidup saya. Akhirnya apa yang saya dapat daripada kursus itu ialah: JUJUR, TANGGUNGJAWAB, WAWASAN, DISIPLIN, KERJASAMA, ADIL DAN PRIHATIN. --- Pada Ahd, 8/3/09, azle abdullah <azlee...@yahoo. com> menulis: Daripada: azle abdullah <azlee...@yahoo. com> Subjek: { PESISIR } antara kenalan, kawan, sahabat dan teman Kepada: pesi...@yahoogroups .com Tarikh: Ahad, 8 Mac, 2009, 6:14 PM bunyinya sama makna, tetapi hakikatnya tidak sama --- On Sat, 3/7/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> wrote: From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> Subject: { PESISIR } Cerita hantu masih belum berakhir To: pesi...@yahoogroups .com Date: Saturday, March 7, 2009, 11:36 PM Cerita tentang hantu dan makhluk halus masih belum lagi berakhir dan ianya tidak pernah berakhir. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada sdr. Honggagah kerana sentiasa sudi berkongsi pengalaman mengenai kisah-kisah hidupnya yang sangat menarik . Begitu juga dengan pengalaman-pengalam an yang dikongsikan oleh sdr. manzaidi dan rakan-rakan lainnya yang banyak membantu. Dalam perbincangan yang lepas saya temui satu perkara yang nampaknya begitu berharga dan sekarang sedang menyelak-yelak helaian maklumat berkenaan perkara yang berkaitan. Ediramle * Ingin aku mengembara dari sajak ke angkasa dari angkasa ke batu permata, dari batu permata ke minda bawah sedar dan dari minda ke mata batin dan ingin berakhir ke dalam hal-hal keagamaan. * Aku mulai merasai kagum dengan kehidupan. Dalam ratusan ribu tahun lampau dan mungkinnya ratusan ribu tahun mendatang hanya dalam puluhan tahun sekarang aku hidup dalam kesedaran sebagai seorang diri dan kiranya tanpa hidup masa kini, aku tidak pernah tahu mengenai kehidupan keseluruhannya. Selepas ini setelah pergi meninggalkan kehidupan di dunia fana ini aku tidak lagi peduli dengan apa yang berlaku di bumi. [Non-text portions of this message have been removed] Dapatkan alamat E-mel baru anda! Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya! http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed]
