Terima kasih Kak Tie , nombor telefon Kak Tie telah Pakdo masukkan ke telefon 
Pakdo.  Banyak lagi no tel rakan-rakan Pesisir yang belum pakdo jumpa baik 
dalam komputer pakdo atau di arkib e-mel.

Untuk langkah keselamatan , elok juga kiranya nombor telefon  rakan-rakan 
dicatat secara bertulis pada mana-mana buku supaya ianya boleh dirujuk semula 
sekiranya berlaku kehilangan .

..............

Untuk semua warga Pesisir  jangan lupa Radio Puisi Pesisir kita masih lagi 
bersiaran sehingga ke hari ini dan semoga ada rakan-rakan yang tampil untuk 
bersama menjayakannya lagi , tentang hal teknikal boleh pakdo bantu. 




  ----- Original Message ----- 
  From: scarlet pimpernel 
  To: [email protected] 
  Sent: Sunday, November 15, 2009 4:45 PM
  Subject: Re: { PESISIR } Hilang telefon bimbit


    

  kak ti bersimpati dgn apa yg menimpa pakdo... mmg banyak susahnya jika 
kehilangan telefon bimbit atau telefon bimbit rosak atau kena virus hingga 
terpaksa diformat semula...

  yang paling susahnya kerana kita kehilangan nombor-nombor yang disimpan di 
'phonebook'... dan perkara-perkara lain seperti nota dan tarikh-tarikh penting 
yang direkod dalam memori telefon dan kad memori..

  walau apapun, alhamdulillah masalah pakdo sudah boleh dikira selesai...

  ni nombor kak ti.. 012-6311844




------------------------------------------------------------------------------
  From: Ediramle Ismail <[email protected]>
  To: [email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]
  Sent: Sun, November 15, 2009 3:33:03 PM
  Subject: { PESISIR } Hilang telefon bimbit

    

  Malam tadi  (14 Nov 2009 ) semasa program Festival Dikir Barat Perpaduan 
Jiran Muda Rukun Tetangga Daerah Tumpat bertempat di Pejabat  Perpaduan Daerah 
Tumpat,.
  saya telah tercicir talefon bimbit berserta simcard 0129032948 yang saya 
gunakan.

  Saya sedar kehilangan itu dalam perjalanan balik kira-kira jam 12 malam dan 
rakan cuba dail ke no telefon saya itu, tapi tiada jawapan.
  Pagi tadi pagi-pagi  lagi saya dail beberapa kali, tapi tidak ada nada 
panggilan masuk seperti simcard telah dikeluarkan atau telefon ditutup. 
  Kehilangan itu adalah atas kecuaian saya sendiri.
  Telefon yang hilang jenama Motorola yang dibeli telah agak lama , semasa 
dibeli dulu harganya seratus lebih sahaja.  Yang lebih penting lagi ialah 
nombor telefon dan senarai nombor telefon yang sentiasa berhubung.

  Saya ambil keputusan segera. Ambil cuti sehari dan uruskan untuk dapatkan 
semula nombor telefon 0129032948 untuk memudahkan dihubungi oleh saudara mara 
dan rakan-rakan tanpa menukar ke nombor lain.

  Pukul 9.30 pagi ke Kota Bharu dan kena korek apa yang masih berbaki untuk 
beli telefon baru.  Selepas korek baki saya terus ke pusat khidmat Maxis di 
Jalan Kebun Sultan untuk melaporkan keterciciran dan bagi mendapatkan simcard 
baru dengan nombor yang sama.  Sebaik saja melangkah ke pusat tersebut saya 
dapat merasakan ketenangan di situ, warna dinding dan suasana dalaman berwarna 
tenang , tidak merah menyala seperti dulu-dulu.  Sejak akhiran ni saya menjadi 
alahan kepada warna yang merah menyala dan kuning membara.

  Perkhidmatan yang cukup ramah dan mesra pengguna. Pengawal keselamatan yang 
bertugas di situ bertanya dengan ramah dan bila diberitahu masalah beliau terus 
memicit butang nombor giliran dan menghulurkan kertas giliran  kepada saya .  
Tempat menunggu juga selesa , kaunter juga dalam keadaan selesa dan terbuka. 
Saya perhatikan petugas-petugas di kaunter juga semuanya ramah dan bercakap 
dalam bahasa yang lemah lembut.  Tak sampat 5 minit menunggu nombor giliran 
saya dipanggil. Saya ke kaunter no 2, kaunter itu cukup terbuka dan tidak 
dihadang oleh sebarang cermin. Dengan ramah sekali petugas bertanya masalah. 
Saya kata simcard hilang dan nak dapatkan yang baru dengan nombor yang sama.  
Tanpa banyak soal,  hanya beberapa ketika saja urusan dibuat dan diselesaikan 
dengan capat dan mudah. Kata petugas di situ sejam lagi nombor itu akan aktif 
semula. 

  Selesai urusan saya keluar dan sekali lagi diucapkan terima kasih oleh  
petugas kaunter dan pengawal keselamatan di situ.  Saya cukup berpuas hati 
dengan keadaan seperti ini.

  Lepas tu saya kena pergi beli telefon bimbit yang baru menggantikan yang 
hilang.  Saya singgah di Kedai jual telefon bimbit secara rambang saja dan 
dengan tak banyak berkira saya beli telefon jenis nokia yang harganya kurang 
lebih RM 150.  

  Memang benar dalam masa sejam, telefon itu telah aktif dan saya sudah boleh 
membuat panggilan dan menerima panggilan semula. Bagaimanapun semua nombor yang 
tersimpan sebelum ini telah kosong dan ianya tak mungkin lagi untuk dapat 
semula seratus peratus seperti sebelumnya. 

  Sekarang saya telah kehilangan banyak nombor telefon rakan-rakan terutamanya 
kerana sebelum ini tidak banyak yang tercatat di kertas untuk dirujuk semula.

  Bagaimanapun sekiranya rakan-rakan yang ingin hubungi saya boleh teruskan 
menghubungi nombor sama seperti sebelum ini iaitu 0129032948 .















  

Kirim email ke