Ni no telefon kawe 019-9665188.  

--- On Sun, 11/15/09, Ediramle Ismail <[email protected]> wrote:

From: Ediramle Ismail <[email protected]>
Subject: { PESISIR } Hilang telefon bimbit
To: [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected]
Date: Sunday, November 15, 2009, 3:33 PM







 



  


    
      
      
      


Malam tadi  (14 Nov 2009 ) semasa program 
Festival Dikir Barat Perpaduan Jiran Muda Rukun Tetangga Daerah Tumpat 
bertempat 
di Pejabat  Perpaduan Daerah Tumpat,.
saya telah tercicir talefon bimbit berserta simcard 
0129032948 yang saya gunakan.
 
Saya sedar kehilangan itu dalam perjalanan balik 
kira-kira jam 12 malam dan rakan cuba dail ke no telefon saya itu, tapi tiada 
jawapan.
Pagi tadi pagi-pagi  lagi saya dail beberapa 
kali, tapi tidak ada nada panggilan masuk seperti simcard telah dikeluarkan 
atau 
telefon ditutup. 
Kehilangan itu adalah atas kecuaian saya 
sendiri.
Telefon yang hilang jenama Motorola yang dibeli 
telah agak lama , semasa dibeli dulu harganya seratus lebih sahaja.  Yang 
lebih penting lagi ialah nombor telefon dan senarai nombor telefon yang 
sentiasa 
berhubung.
 
Saya ambil keputusan segera. Ambil cuti sehari dan 
uruskan untuk dapatkan semula nombor telefon 0129032948 untuk memudahkan 
dihubungi oleh saudara mara dan rakan-rakan tanpa menukar ke nombor 
lain.
 
Pukul 9.30 pagi ke Kota Bharu dan kena korek apa 
yang masih berbaki untuk beli telefon baru.  Selepas korek baki saya terus 
ke pusat khidmat Maxis di Jalan Kebun Sultan untuk melaporkan keterciciran dan 
bagi mendapatkan simcard baru dengan nombor yang sama.  Sebaik saja 
melangkah ke pusat tersebut saya dapat merasakan ketenangan di situ, warna 
dinding dan suasana dalaman berwarna tenang , tidak merah menyala seperti 
dulu-dulu.  Sejak akhiran ni saya menjadi alahan kepada warna yang merah 
menyala dan kuning membara.
 
Perkhidmatan yang cukup ramah dan mesra pengguna. 
Pengawal keselamatan yang bertugas di situ bertanya dengan ramah dan bila 
diberitahu masalah beliau terus memicit butang nombor giliran dan menghulurkan 
kertas giliran  kepada saya .  Tempat menunggu juga selesa , kaunter 
juga dalam keadaan selesa dan terbuka. Saya perhatikan petugas-petugas di 
kaunter juga semuanya ramah dan bercakap dalam bahasa yang lemah lembut.  
Tak sampat 5 minit menunggu nombor giliran saya dipanggil. Saya ke kaunter no 
2, 
kaunter itu cukup terbuka dan tidak dihadang oleh sebarang cermin. Dengan ramah 
sekali petugas bertanya masalah. Saya kata simcard hilang dan nak dapatkan yang 
baru dengan nombor yang sama.  Tanpa banyak soal,  hanya beberapa 
ketika saja urusan dibuat dan diselesaikan dengan capat dan mudah. Kata petugas 
di situ sejam lagi nombor itu akan aktif semula. 
 
Selesai urusan saya keluar dan sekali lagi 
diucapkan terima kasih oleh  petugas kaunter dan pengawal keselamatan di 
situ.  Saya cukup berpuas hati dengan keadaan seperti ini.
 
Lepas tu saya kena pergi beli telefon bimbit yang 
baru menggantikan yang hilang.  Saya singgah di Kedai jual telefon bimbit 
secara rambang saja dan dengan tak banyak berkira saya beli telefon jenis nokia 
yang harganya kurang lebih RM 150.  
 
Memang benar dalam masa sejam, telefon itu telah 
aktif dan saya sudah boleh membuat panggilan dan menerima panggilan semula. 
Bagaimanapun semua nombor yang tersimpan sebelum ini telah kosong dan ianya tak 
mungkin lagi untuk dapat semula seratus peratus seperti sebelumnya. 

 
Sekarang saya telah kehilangan banyak nombor 
telefon rakan-rakan terutamanya kerana sebelum ini tidak banyak yang tercatat 
di 
kertas untuk dirujuk semula.
 
Bagaimanapun sekiranya rakan-rakan yang ingin 
hubungi saya boleh teruskan menghubungi nombor sama seperti sebelum ini iaitu 
0129032948 .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


    
     

    
    


 



  






      

Kirim email ke