Malaysia mahu kembangkan batik ke Itali

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap menjalin kerjasama serta berkongsi idea bagi 
mengembangkan fesyen berasaskan produk batik dengan Itali yang terkenal sebagai 
negara pengeluar dan rekaan fesyen terkemuka dunia.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, berkata pada masa ini, pihak 
berkaitan sedang berusaha memperkenalkan batik Malaysia ke seluruh dunia.

Justeru, beliau berharap pereka fesyen dari Itali dapat menimbangkan penggunaan 
batik Malaysia dalam rekaan fesyen mereka.

“Saya yakin kita boleh bekerjasama mengeluarkan produk yang lebih ekonomikal 
demi kepentingan kedua-dua negara. Saya juga berharap batik Malaysia dapat 
diterima di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada aspirasi fesyen 
dunia,” katanya ketika merasmikan Pameran 50 Tahun Fesyen Itali, di Balai Seni 
Lukis di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam 
Hoong; Duta Besar Itali ke Malaysia, Anacleto Felicani dan Pengerusi Lembaga 
Amanah Balai Seni Lukis Negara, Tan Sri Jamil Jaafar.

Pameran sembilan hari yang bermula semalam itu diadakan hasil gabungan idea dua 
penggiat seni dan fesyen Studio Galgano di Rom, iaitu Fiorella Galgano dan 
Allessia Tota dengan sokongan Kementerian Luar Itali.

Pameran 50 Tahun Fesyen Itali itu membariskan 43 nama terpenting dalam Haunte 
Courte dan Pret-a-Porter Itali seperti Alberta Ferretti, Giorgio Armani, Gucci, 
Fendi, Salvatore Ferragamo dan Versace.

Usaha mengadakan pameran itu bukan sekadar meningkatkan martabat dan prestij 
Kuala Lumpur sebagai bandaraya fesyen antarabangsa, malah memperlihatkan ikatan 
dua negara Malaysia dan Itali.


                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Yahoo! Mail - You care about security. So do we.

[Non-text portions of this message have been removed]






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Posting: [EMAIL PROTECTED]
5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke