Salam



Umar Abdul Aziz ra : Contoh pemimpin berjiwa rakyat


Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi
Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi 
rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan 
kepada Baitulmal dan segala
perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas 
alasan ia adalah
harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat 
pegawai yang
boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta 
kerajaan. 

http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm

Petikan : Khalifah Zuhud - Umar Abdul Aziz 


Malik bin Dinar berkata :

Setelah Umar Abdul Aziz memerintah, maka berkatalah pengembala2 kambing  di 
puncak bukit :

Siapakah Khalifah SOLEH yang memerintah sekarang?
Maka bertanya orang kepada pengembala2 tersebut:

Bagaimanakah engkau tahu Khalifah sekarang SOLEH?
Jawab pengembala2 :

Kebiasaannya, apabila sesebuah kerajaan itu di perintah Khalifah SOLEH, maka 
SERIGALA & SINGA tidak mengkhianati ternakan kami.

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/message/239


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: Anna Annisa <akma...@gmail.com>
Subject: Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!
 



Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!
24/01/2012




SEBELUM ini telah didedahkan laporan portal berita berpengaruh Singapura, 
Asiaone berhubung perbelanjaan boros Rosmah di Australia di sebuah butik di 
Sydney, rujuk sini [Rosmah Boros].

Jika sebelum ini, Rosmah hanya perlu menyaman 3 buah media yang melaporkan 
cerita ini, kali ini sebuah lagi media berpengaruh Brunei turut menyiarkan 
laporan yang sama patut juga disaman. Itupun kalau cerita ini fitnah.

Di
 bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal 
berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan 
betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering 
menyuruh rakyatnya berjimat cermat.







Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis 
artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah 
Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar 
lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata 
Hornery dalam Twitternya kira-kira 4 jam yang lalu.

Isteri
 Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat 
dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, 
dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain
 perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga 
mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai 
A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" 
dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang
 ditempahnya




Ingatlah Rosmah, tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk 
menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil 
mengaku memfitnah.

Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini 
kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar 
agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.

Pendedahan lanjut di [Really Tigaline]

==================================================================================================

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>







IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang 
berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz 
Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang 
peguam.

Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti 
tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP 
Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang 
mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke 
dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 
tahun yang lalu.

Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara 
dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa 
yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.

Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk 
semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil 
rakyat Melayu.

“Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu 
pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini 
kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat 
tersebut.

“UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO 
kalah dalam pilihan raya?  Dan kemungkinan besar itu akan 
berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan 
membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu 
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelas 
beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan 
Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang 
Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang 
memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon 
dalam pilihan raya.

“DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah 
sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia 
berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi 
sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti 
komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO.”

“Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa 
DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri 
Besar di pelbagai negeri.
“Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi 
rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika 
cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan 
Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar 
(daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak,” katanya.

Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana 
tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin 
dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat 
akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung 
menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga 
pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

“Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut 
pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP 
adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, 
DAP  mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan 
kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan 
istimewa bumiputera.

“Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang 
kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP 
merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat 
daripada politik perkauman dan politik ketakutan.”

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, 
akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau 
Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan 
beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

“Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke 
peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan 
agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?
“Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran 
negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh 
mengimpikan itu di peringkat nasional?” katanya.



==================================================================================================

From: halawah shop <mresp...@gmail.com>
Subject: [UiTM-Melaka] Jangan pedulikan deklarasi DAP


Jangan pedulikan deklarasi DAP – Oleh Daing Yahya

Satira/cerpen

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Minggu lalu DAP telah mengadakan Persidangan Kebangsaanya di Shah Alam,
 Selangor. Saya tidak berminat mengulas apa yang mereka bisingkan. 
Cumanya, saya ingin berkongsi rasa sedih dan pilu apabila saya melihat 
bumi Selangor yang suatu ketika dahulu adalah bumi parti kita tetapi 
kini DAP bersama Pakatan Rakyat telah berjaya mengadakan kongres mereka 
dengan begitu megah sekali.

Saya menangis siang dan malam 
mengenang nasib parti saya yang telah kalah di Selangor. Air mata ini 
tumpah kerana tidak sanggup untuk melihat manusia seperti Lim Guan Eng, 
Karpal Singh, Lim Kit Siang dan konco-konco mereka menginjak-injak 
gembira atas kebebasan berhimpun di bumi Selangor.

Jika parti 
saya tidak korup di Selangor, pasti muka-muka DAP ini tidak akan dapat 
menjejakkan kaki mereka di bumi parti kita ini. Jika bekas MB Selangor 
tidak bermain politik penyapu, tidak bina mahligai besar, pasti habis 
Pakatan Rakyat kami sapu. Tapi apakan daya, nasi telah menjadi bubur 
nasi.

Bahasa Malaysia

Perisik-perisik saya telah 
memberitahu bahawa persidangan DAP kali ini, ramai perwakilan yang 
datang dari seluruh negara dan pelbagai kaum. Dalam ucapan perbahasan 
itu, saya diberitahu bahawa sudah mula ramai pembahas yang berucap dalam
 Bahasa Malaysia.

Saya diberitahu bahawa sebelum era tsunami 
2008, kongres DAP ini semuanya berbahasa Inggeris dan Cina. Sikit-sikit 
saja berbahasa Malaysia. Tetapi kini telah berubah.

Pada saya 
ini perkembangan yang sangat berbahaya kerana orang-orang DAP ini sudah 
mula pandai menguasai Bahasa Malaysia. Jika mereka pandai berbahasa 
Malaysia, ramai orang Melayu akan tertarik dengan parti ini. Ini pula 
bencana bagi parti kita.

Jika orang-orang DAP pandai berbahasa 
Malaysia, pastilah orang Melayu akan mudah faham tentang perjuangan DAP.
 Jika mereka sudah faham, pastilah pula mereka akan sedar bahawa DAP ini
 parti yang demokrat, adil dan bersih.

Sudah tentu perjuangan 
parti saya tidak akan releven lagi. Al-maklumlah, parti saya ini hanya 
untuk kaum Melayu, begitu juga dengan kawan-kawan kita MCA dan MIC, 
masing-masing untuk Cina dan India sahaja.

Generasi muda

Perisik-perisik saya juga ada melaporkan bahawa pada persidangan DAP 
itu kelihatan semakin ramai orang Melayu khususnya orang muda telah 
hadir sebagai penyokong dan pemerhati. Pada hemat saya, ini juga satu 
perkembangan yang bahaya.

Mengapa saya katakan bahaya?

Kerana, jika ramai orang muda Melayu yang menyokong atau masuk DAP, 
pastilah parti saya akan semakin pupus pemimpin pelapis di masa hadapan.
 Ini pasti akan merosakkan rancangan kita untuk melakukan transformasi 
parti. Nak harap ketua pemuda kita yang ada sekarang ini, susahlah, 
asyik main futsal dan tweetting saja.

Saya pelik melihat 
gelagat anak-anak muda Melayu ini. Kita dah bagi macam-macam. Dah bagi 
kebebasan berhimpun, dah bagi tahu akan pinda AUKU, sekarang ini saya 
juga dah bagi baucer bantuan untuk membeli buku berharga RM200. Tetapi 
hingga kini, budak-budak ini masih lagi berdegil tidak mahu menyokong 
parti kita.

Apa lagi yang mereka mahu? Duit dah bagi, kebebasan
 akan saya bagi, sekarang mereka nak apa lagi? Apa istimewa sangat parti
 DAP itu? Kan lebih baik sokong dan masuk parti saya, senang nak dapat 
biasiswa belajar macam si Saiful Bukhari tu, contoh dah ada depan mata, 
tapi masih keras kepala.

Budak-budak macam Adam Adli tu, apa 
dia tahu tentang kebebasan akademik? Dia hanya tahu turunkan bendera 
muka pemimpin saya sahaja. Memanglah itu bukan bendera Malaysia atau 
bendera negeri. Tapi mana kita boleh biarkan bendera pemimpin besar kita
 dipermainkan. Ha, sekarang dah kena gantung belajar, padan muka.

Err..bukan parti kita tak mahu kebebasan pelajar tapi cukuplah 
kebebasan yang kita tentukan. Pelajar tidak ada hak nak tentukan 
kebebasan sendiri.

Bukti transformasi

Ingatlah bahawa 
saya akan terus berjuang demi keadilan, transformasi yang sedang parti 
kita  lakukan ini pasti akan berjaya dengan syarat anda terus mengundi 
saya dan parti saya.

Contoh paling nyata adalah kes Lelaki X 
yang telah dibebaskan oleh mahkamah. Memangkah saya marah kerana hakim 
berani tunjuk pandai dengan mendaulatkan undang-undang. Sepatutnya hakim
 kena ikut cakap parti. Kalau bukan kerana parti kita, tak kan hakim tu 
dapat jadi hakim.

Tapi nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana 
hakim sudah membuat keputusan, kita pun terpaksa terima. Tentulah saya 
kena kata ia adalah bukti transformasi. Kalau tidak mana nak letak muka 
kita?

Apa pun media massa masih kita punya. Apa yang media 
massa tulis dan siar, itulah yang rakyat akan percaya. Tuan-tuan dan 
puan-puan pun mestilah percaya kerana masa depan anda bergantung kepada 
pemerintahan parti kita.

Apa deklarasi?

Berbalik 
kepada persidangan DAP itu tadi, perisik-perisik saya memberitahu bahawa
 DAP telah mengumumkan Deklarasi Shah Alam yang ada sebut tentang 
solidariti ekonomi iaitu:

Perlaksanaan gaji minimum
Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi
Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita
Mengurangkan pegntungan kepada buruh asing
Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi
Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan memalui pentadbiran berteraskan 
prinsip CAT ( cekap, akauntabel dan telus)
Meluhurkan undang-undang
Mempertahankan hak-hak sah pekerja
Memanglah semua itu baik tapi kalau dilaksanakan, hancurlah parti kita.
 Mana ada peluang untuk ketua-ketua bahagian dan kroni-kroni kita nak 
cari makan kalau semuanya cekap, akauntabel dan telus?

Memang 
kita tahu ramai kontraktor Melayu yang cekap dan berkelayakan. Tapi 
mereka bukan ahli parti kita. Seperti yang terjadi di Pulau Pinang, 
ramai kontraktor kita tak dapat projek kerana tak cukup kelayakan. Walau
 pun Melayu yang layak dapat projek, ini tidak adil kerana 
kontraktor-kontraktor parti kita yang kurang cekap tidak mendapat 
apa-apa.

Saya nak terangkan bahawa soal nak membanteras korupsi
 ini bukanlah satu kerja yang mudah. Rasuah di kalangan pemimpin parti 
kita sudah menjadi budaya. Kalau tak ada rasuah, susahlah  nak menang. 
Nasib baik kita kawal media massa. Jadi bolehlah kita gunakan istilah 
“politik wang” untuk menggambarkan rasuah. Kalau tidak malulah kita 
kerana orang Melayu di kampung akan tahu kita bergelumang dengan rasuah.

Transformasi yang pemimpin kita nak buat itu memang bagus. Tapi kalau 
nak ubah sesuatu yang sudah menjadi budaya macam parti saya ini, kenalah
 ambil masa. Lainlah DAP yang sudah lama mengamalkan budaya cekap, 
akauntabel dan telus.

Jadi, jangan pedulikan deklarasi DAP. 
Jangan pedulikan itu semua. Yang penting, terus sokong parti kita. Bila 
kita kekal berkuasa, yang mendapat pangkat, kedudukan dan projek adalah 
pemimpin kita juga.

Apa salahnya orang Melayu tumpang gembira 
dengan kejayaan para pemimpin kita. Atau adakah orang Melayu rela 
gadaikan maruah bangsa yang parti kita perjuangkan demi mewujudkan 
kerajaan bersih, cekap dan telus yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat?

Sanggupkah kita melihat orang Melayu maju tetapi para pemimpin parti 
kita hidup merempat? Sanggupkah kita melihat anak-anak Melayu mampu 
bersaing dengan kaum lain sedangkan para pemimpin parti kita tidak ada 
peluang lagi untuk mendapatkan projek-projek besar? 


==================================================================================================


==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================
==================================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to