Salam


Tudung rambut wanita disuruh dalam al-Quran.. Bukan hadith.. bukan ciptaan 
ulama'

[24.31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat 
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan 
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang 
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan 
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh 
mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka 
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, 
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi 
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau 
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan 
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi 
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk 
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
 perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai 
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 


Jilbab = tudung kepala / BUKAN selendang melayu.... memang sudah dipakai di 
zaman sebelum Islam.. oleh ahli kitab sebelum Islam.. Allah SWT telah menyuruh 
wanita muslim / mukmin melabuhkan jilbab tersebut hingga menutip dada mereka...


http://persepsi-fpi.blogspot.com/2010/01/aurat.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Aurat

Aurat hamba wanita = pusat hingga lutut..  BELUM jumpa lagi dalilnya..

Yang jumpa aurat lelaki dihadapan hamba wanitanya...
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba 
perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu 
memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka 
sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." 
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

http://www.youtube.com/watch?v=CI710Fd-QTk (AURAT WANITA PART 1 - UST KAZIM.wmv 
)


Wanita jadi hipokrit / munafiq jika dipaksa menutup aurat tanpa kerelaannya??

Sifat2 munafiq/mukmin itu adalah berlawanan.. 


Jika ada sifat munafiq.. dipaksa atau tidak.. dituruti atau dilawannya paksaan 
itu.. dia tetap munafiq.. tak kiralah lelaki atau wanita...

[9.67] Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan 
setengahnya yang lain; 

mereka masing-masing MENYURUH dengan perbuatan yang JAHAT, dan
MELARANGdari perbuatan yang BAIK, dan 

mereka pula menggenggam tangannya (BAKHIL KEDEKUT). 

Mereka MELUPAKAN(tidak menghiraukan perintah) Allah 

dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang 
munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.


Sifat mukmin pula.. terpaksa atau rela.. PASTI akan dituruti SEGALA perintah 
Allah SWT... dan dicegah SEGALA laranganNYA SWT..


[3.83] Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari 
lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang 
ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan 
kepadaNya lah mereka dikembalikan. 

[33.36] Dan TIDAKLAH harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan 
- apabila ALLAH dan RASULNya menetapkan keputusanmengenai sesuatu perkara - 
(tidaklah harus mereka)mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan 
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka 
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
On Sun, Apr 1, 2012 at 12:14 AM, zakariron <zakari...@gmail.com> wrote:


aurat hamba abdi perempuan hanya setakat pusat ke lutut,lelaki hamba alat 
kelamin sahaja.....
perempuan bukan hamba pula rambut di wajibkan tudung adalah kisah baru...


--- In chainz_of_fr...@yahoogroups.com, athool ath <athool5@...> wrote:
>
> apa pun keutamaan orang islam adalah tentang imannya. muslimin tak
> semestinya mukminin dan mukminin sewajibnya muslimin. hanya muslim yang
> mukmin saja, antara yang diredhai Allah untuk mendapat balasan baik di
> dunia dan akhirat. kalau dah macam itu, dalam solat adakah sah solat
> seseorang wanita itu jika tidak menutup rambutnya? sesungguhnya yang
> dikatakan menutup aurat itu, sah sewaktu menunaikan solat bagi wanita, itu
> yang dikatakan aurat bagi wanita.
> 
> bagi yang sudah menutup aurat, tapi masih berlaku maksiat, kemungkinan
> mereka menutup aurat tidak mengikut sunah nabi SAW atau mungkin di dalam
> solatnya masih kurang dari segi ilmunya(mungkin dari mereka membaca ayatnya
> tidak betul, tidak tahu maknanya, tidak kusyuk dalam solatnya). jika mereka
> tidak belajar tentang solat, dari segi akidah, dari segi tauhid atau mereka
> yang sekadar menjadi orang islam sekadar ikut tanpa belajar. besar
> kemungkinan mudah berlaku maksiat. WALLAHU ALAM
> 

> Pada 30 Mac 2012 11:38 PG, Mat Rock <matrock_e1@...> menulis:
> 
> > **

> >
> >
> > Oleh: Ibn Azhar
> > Rasanya macam kadang-kadang kita sendiri kabur tentang kaedah terbaik
> > dalam mengajak wanita ( terutamanya isteri ) kepada syariat. Bila kita
> > teliti semula khazanah sirah yang sahih, ia seolah-olah menggambarkan dalam
> > bab pakaian tak boleh terlalu memaksa walaupun melibatkan keputusan wanita
> > untuk pakai tudung atau tidak ( freehair ). Sebab dalam mengislah (
> > memperbaiki) manusia, Allah memerintahkan sesuatu peringkat demi peringkat.
> > Tidaklah Allah memerintahkan hijab serta merta selepas Nabi Muhammad SAW
> > dilantik menjadi Rasul bahkan ayat perintah untuk berhijab turun pada tahun
> > ke-5 Hijrah iaitu 5 tahun sebelum kewafatan baginda SAW dan 5 tahun sebelum
> > sempurnanya agama ! Contohnya ketika zaman Rasulullah SAW, kaum muslimin
> > selepas memeluk Islam makin hari makin rasa tak senang dengan keadaan
> > pakaian wanita mereka walaupun ayat perintah untuk wanita berhijab belum
> > lagi diwahyukan. Antara sahabat yang paling peka dan mampu meluahkan
> > perasaan tidak senang dengan keadaan cara berpakaian wanita mereka adalah
> > Umar Al Khattab RA yang terkenal dengan ilhamnya yang tajam dan tepat.
> > Perasaan tidak senang itu semakin hari semakin meningkat berkadar lansung
> > dengan peningkatan iman semenjak para sahabat memeluk Islam sehingga
> > akhirnya Umar Al Khattab meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW.
> >
> > Daripada Aishah RA, bahawa apabila para isteri nabi hendak buang air pada
> > malam hari, mereka pergi ke tanah lapang. Umar Al Khattab mengusulkan
> > kepada Nabi supaya menyuruh para isteri baginda memakai hijab, tetapi
> > Rasullullah tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam isteri nabi Saudah
> > Binti Zam'ah keluar waktu Ishak dan dia adalah seorang yang tinggi
> > perawakannya, lalu Umar menyapanya " Hai kami mengenal engkau, wahai Saudah
> > ". Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah
> > hijab) memang sesudah itu turun ayat hijab ( Riwayat Imam Bukhari dalam
> > Sahih Bukhari Jilid 1 )
> > Maka daripada pengajaran sirah ini, Allah lebih tahu perintah hijab wajar
> > turun di dalam Quran pada tahun 5 Hijrah. Mungkinkah Allah tidak mengetahui
> > kepentingan hijab sebelum tahun 5 Hijrah ? Allah tahu namun Allah
> > memerintahkan pada masa yang tepat apabila akidah dan iman mereka (para
> > sahabiah ) sudah dimantapkan dan digilap dari hari ke hari. Wanita mukminat
> > ketika itu makin sedar ada suatu yang tak kena pada pakaian mereka akibat
> > iman yang fitrah semakin mekar di dalam diri. Disebabkan itu wanita
> > mukminat di Madinah pada masa itu segera menutup apa yg diperintahkan untuk
> > ditutup sejurus selepas turunnya ayat perintah untuk berhijab kerana iman
> > mereka sudah dimantapkan dengan didikan madrasah Nabi SAW.
> >
> > Kesimpulannya di sini lelaki yang terlalu gopoh dalam memaksa pakaian
> > wanita akan menyebabkan lahiriah wanita itu lebih lajak dari laju dari
> > batiniah mereka. Sedangkan Islam mementingkan keseimbangan dalam
> > pembangunan lahiriah dan batiniah. Maka wanita itu akan jadi hipokrit atau
> > munafik tanpa disedari akibat melakukan sesuatu kerana terpaksa. Oleh sebab
> > itu kita lihat zaman ini wanita berhijab labuh juga terjebak dalam
> > gejala-gejala keji kerana mereka mementingkan pembangunan lahiriah namun
> > mengabaikan pembangunan jiwa dan iman.
> >
> > Mungkin para pembaca merasa terkejut saya menggunakan perkataan 'hipokrit'
> > yang sering digunakan sebagai hujah biasa wanita Freehair dalam
> > mempertahankan diri. Namun saya merasakan apa yang mereka cakap itu tidak
> > bersalahan dengan fitrah perasaan manusia dan memang benar manusia itu
> > tidak boleh dipaksa. Mungkin kita sendiri yang tersalah dalam menasihati
> > yakni meletakkan nasihat bukan pada tempatnya sehingga wujudnya ucapan bela
> > diri dari wanita Freehair.
> >
> > " Tidak ada paksaan dalam agama " ( Surah Al Baqarah : Ayat 256 )
> >
> > Ada yang mengatakan dalil di atas ini hanya dalam bab tidak ada paksaan
> > untuk memasuki Islam bukannya setelah memasuki Islam. Orang yang berkata
> > demikian mungkin agak terlalu sibuk dengan latar peristiwa dan sebab
> > turunnya wahyu ( asbabun nuzul ) sehingga melupakan illah hukum ( sebab
> > hukum ) dan psikologi fitrah manusia yang terkandung dalam ayat itu sebagai
> > ukuran yang lebih penting. Sebab teras hukumnya di sini ialah tak mungkin
> > manusia menerima sesuatu sebelum dia diyakinkan tentang sesuatu sehingga
> > dia sendiri ingin melakukannya dengan rela. Jika tidak , maka akan berlaku
> > kontradiksi yang hebat antara kadar iman yang tertanam dalam jantung hati
> > dan penampilan zahir yang saling sentiasa bercanggah satu sama lain. Jika
> > seseorang itu memahami bahawa iman itu bertambah dan berkurang serta
> > mengalami revolusi walaupun telah berada dalam agama Islam, maka semestinya
> > dia tidak menyempitkan tafsiran surah Al Baqarah ayat 256 hanya terhad
> > illahnya ( sebab hukum ) kepada kondisi ' tiada paksaan dalam memeluk Islam
> > sahaja '.
> >
> > Maka saya cenderung berpendapat lelaki yg lebih lajak dari laju dalam
> > membentuk penampilan wanita telah melakukan kesilapan yang nyata apabila
> > dia belum mampu memahamkan wanitanya mengenai keindahan islam dan
> > kecantikan sunnah. Bahkan kegopohan dalam memaksa pakaian wanita adalah
> > suatu yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan lebih mengeruhkan
> > keadaan. Sudahkah sang suami membuktikan sifat-sifat suami mukmin yang
> > dicontohkan oleh Rasulullah ? Rasulullah itu adalah orang yang terbaik
> > dalam memperlakukan Isteri seperti yang disebutkan baginda :
> >
> > Rasulullah bersabda : " Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang
> > terbaik dalam memperlakukan isterinya, dan aku adalah yang terbaik di
> > antara kamu terhadap isteriku " ( Riwayat Ibn Majah )
> >
> > Sudahkah kita mencontohkan kepada isteri kita akhlak yang baik dan
> > berhikmah ? Sudahkah kita mengaplikasikan sebaiknya konsep keadilan dalam
> > rumah tangga ? Sudahkah kita mampu menjadi seorang yang menarik rambut di
> > dalam tepung ketika mendidik isteri ?
> >
> > Rasulullah SAW sang suami mithali bersabda : " Sesiapa yang beriman dengan
> > Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia
> > menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan
> > daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah
> > yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan
> > mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh
> > itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. " (Hadis
> > riwayat al-Bukhari no: 4890)
> >
> > Rasulullah SAW sang suami terbaik bersabda : " Perempuan itu seperti
> > tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. "
> > (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4889).
> >
> > Wallahua'lam.
> >

> > <http://www.facebook.com/share.php?u=http%3A%2F%2Fhalaqah.net%2Fv10%2Findex.php%3Ftopic%3D16279.msg235928%23msg235928>

> >
> >
> > Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
> >

> >    *From:* Grine Boy <grine_boy@...>
> > *To:* chainz_of_fr...@yahoogroups.com
> > *Sent:* Friday, March 30, 2012 10:32 AM
> >
> > *Subject:* Re: [chainz_of_frenz] 'AURAT WANITA – APAKAH TUDUNG

> > DIPERINTAHKAN TUHAN?
> >
> >
> > saya amatlah bersetuju dengan pendapat KASSIM AHMAD

> >    *From:* xstream <pejal71@...>
> > *To:* chainz_of_fr...@yahoogroups.com
> > *Sent:* Thursday, March 22, 2012 10:02 PM
> > *Subject:* Re: [chainz_of_frenz] 'AURAT WANITA – APAKAH TUDUNG

> > DIPERINTAHKAN TUHAN?
> >
> >
> > Kassim Ahmad adalah anti hadis..semua org tahu hal ini.
> >

> > On Thu, Mar 22, 2012 at 9:26 PM, roslan mohd <mohroslan@...> wrote:
> >
> > **

> >
> >
> > (Versi yang dipinda dan diperpanjang sedikit.)
> >
> > Oleh: Kassim Ahmad

> > darul_hikmah33@...
> >
> > 9 Mac, 2012
> >
> > Sejak revolusi Islam Iran pada 1979, 33 tahun dulu, nampaknya, kebanyakan
> > wanita di Malaysia, malah di seluruh dunia, mulai memakai tudung, yakni
> > menutup kepala mereka, atas alasan rambut wanita itu `aurat. Sebelum itu,
> > adat wanita Melayu memakai selendang, yang dipakai di atas bahu tanpa
> > menutup kepala, tetapi kadang-kadang selendang itu diletak di atas kepala,
> > tanpa menutup semua kepala.
> > Perkataan ''aurat' itu berasal dari bahasa Arab. Satu daripada ertinya
> > `kebogelan', `kemaluan'. Berdasarkan erti ini, jika rambut wanita itu
> > `aurat, ia mestilah ditutup.
> > Ada banyak bukti – yang bersifat langsung dan tidak langsung -- bahawa
> > rambut wanita bukan `aurat.
> > Apabila kita mengambil wuduk, kita disuruh menyapu kepala, selain membasuh
> > muka, membasuh dua tangan dari pergelangan tangan hingga ke siku, dan
> > membasuh kedua-dua belah kaki. Ini menunjukkan bahawa kepala kita biasanya
> > terdedah; maka kita disuruh menyapu debu yang terlekat di kepala. Ini bukti
> > tidak langsung.
> > Bukti langsung dari ayat Quran. Perhatikan ayat ini: "Hai kamu yang
> > beriman, apabila kamu mendirikan sembahyang, hendaklah kamu basuh muka
> > kamu, basuh kedua belah tangan kamu hingga ke siku. Sapu kepala kamu dan
> > basuh kedua belah kaki kamu hingga ke pergelangan kaki..." (5: 6)
> > Kedua-dua bukti ini menunjukkan tanpa ragu bahawa rambut wanita bukan
> > `aurat.
> > Mari kita lihat perintah Tuhan tentang pakaian wanita. "Maklumkanlah
> > kepada perempuan-perempuan mukmin supaya mereka menundukkan mata mereka dan
> > memelihara kesopanan. Mereka hendaklah menutup anggota badan mereka,
> > kecuali apa yang biasanya terbuka. Selendang mereka hendaklah dilabuhkan
> > untuk menutup dada ..." (24: 31) (Perhatikan selendang atau tutup kepala
> > itu adat yang wujud sebelum Islam dan diteruskan selepas Islam dalam zaman
> > nabi Muhammad.)
> > Ayat di atas sangat jelas. Ia tidak menyatakan bahawa rambut wanita perlu
> > ditutup. Rambut wanita bukan `aurat. Ia telah diisytiharkan sebagai `aurat
> > setelah Revolusi Republik Islam Iran.
> > Harus diingat bahawa apa yang dipanggil Republik Islam Iran itu hanyalah
> > sebuah teokrasi, yakni pemerintahan berdasarkan ulama, yang tidak dipilih
> > oleh rakyat, tetapi yang sebaliknya dipaksakan ke atas rakyat. Dalam Islam
> > tidak ada kasta ulama. Kasta ulama ini kita tiru dari penganut-penganut
> > agama Hindu dan Kristian!
> > Namun demikian hasrat Iran untuk membangunkan tenaga nuklier, malah untuk
> > membuat bom nuklier, jelas haknya yang sah (sehingga kuasa-kuasa nuklier
> > Barat bersetuju untuk mengharamkan senjata nuklier).
> > Namun, masih tentang pakaian, perhatikan ayat ini: "Hai anak Adam, Kami
> > telah mengadakan bagi kamu pakaian untuk menutup kebogelan kamu, dan untuk
> > kecantikan, tetapi pakaian yang paling baik itu pakaian takwa..." (Quran,
> > 7: 26). Jadi, ada tiga peringkat pakaian: menutup 'aurat (peringkat
> > rendah); kecantikan (peringkat keuda); dan untuk memelihara dari kejahatan
> > (peringtakat tertinggi). Peringkat tetinggi ketiga meliputi dua peringkat
> > yang bawah. Sangat cantik susunannya, bukan?
> > Seperti yang telah saya nyatakan di atas, sebelum revolusi Iran,
> > wanita-wanita Melayu tidak memakai tudung. Adakah cendekiawan-cendekian
> > Islam sebelum ini jahil? Tentu tidak! Maka perlulah cendekiawan-cendekiawan
> > Islam sekarang membetulkan kesilapan ini.
> > Harus dingat agama Islam itu agama kebenaran (Ar. din'ul-haq) dan agama
> > Allah (Ar. din'ul-Lah). Seperti yang diisytiharkan dalam ayat 19, Surah
> > Ali-`Imran (3), "Agama di sisi Allah itu Islam."
> > Agama Islam berdiri di atas konsep tauhid. Tauhid itu percaya, berpegang
> > dan mengamalkan ajaran bahawa Tuhan itu Satu, tiada Tuhan melainkan Dia,
> > dan kita tiada menyembah yang lain, kecuali Dia. Tanpa pegangan ini, semua
> > kerja kita, termasuk amal `ibadah, seperti sembahyang dan lain-lain itu,
> > batal dan tidak sah! Siapa yang tidak tahu ini tidak tahu Islam.
> > Bandingkan pegangan tauhid dengan amalan baru kaum wantia menutup kepala!
> > Namun demikian, terdapat sesetengah kaum wanita kita yang membungkus kepala
> > mereka yang merasa diri mereka begitu mulia dan suci! Ini bukan prasangka
> > saya, tetapi realiti yang dinyatakan kepada saya oleh kaum wanita sendiri.
> > Menutup kepala kita seperti itu nyata tidak sihat, kerana udara bersih
> > tidak boleh meniup ke kepala kita. Kepala kita juga akan berbau busuk
> > kerana tidak mendapat udara bersih itu. Sebab itu kita dilarang
> > berlebih-lebihan apabila melakukan sesuatu. Tuhan telah meletakkan satu
> > sempadan (Ar. hudud'ul-Lah) dalam semua perbuatan kita. Hendaklah kita
> > jangan melanggar sempadan ini untuk mengelak kemudaratan. Sila lihat
> > risalah saya yang bertajuk Kontroversi Hukum Hudud (Pulau Pinang: 2002).
> >
> > ------------------------
> > KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau
> > www.kassimahmad.blogspot.com
> >
> >
> >
> >
> > --
> > Xstream-BOP
> >
> >
> >
> >
> > 
> >
>

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke