Agama tumbuh kembang dalam lingkungan budaya dan standar yg berlaku pd waktunya. Di zaman Rasul Paulus perempuan masih dibatasi kebebasannya sesuai dengan standar pada waktu itu. Yg harus disadari ialah bhw zaman berubah, ilmu pengetahuan bertambah, ilmu sosial dan kekurangan di masa lalu diperbaiki. Mereka yg tidak mampu menyesuaikan dengan zamannya akan ketinggalan 'kereta-api'. Mulsimah yg mengenakan niqab cenderung menderita kekuarangan zat kapur dan menderita keropos tulang karena kekurangan exposure to sunlight. Gabriella
________________________________ From: ab rahim abdul hamid <arah1...@yahoo.com> To: Gabriella Rantau <gkran...@yahoo.com> Cc: "proletar@yahoogroups.com" <proletar@yahoogroups.com>; "debate-religious-spiritual...@yahoogroups.com" <debate-religious-spiritual...@yahoogroups.com>; "indonesia-ris...@yahoogroups.com" <indonesia-ris...@yahoogroups.com>; "islam-kris...@yahoogroups.com" <islam-kris...@yahoogroups.com>; "matius10...@yahoo.co.id" <matius10...@yahoo.co.id>; "murtadin_kafi...@yahoogroups.com" <murtadin_kafi...@yahoogroups.com>; "parapemi...@yahoogroups.com" <parapemi...@yahoogroups.com>; "rambitese...@rocketmail.com" <rambitese...@rocketmail.com>; "zama...@yahoogroups.com" <zama...@yahoogroups.com>; hans mandala <hans_manda...@yahoo.com>; Iman K. <alexander_soebr...@yahoo.com.sg>; kepalaemase01 <kepalaemas...@yahoo.com>; pinpinyuliansyah <pinpinyulians...@yahoo.com>; rezameutia <rezameu...@yahoo.com>; s s <suryaunivers...@gmail.com>; UangReceh. com <ad...@uangreceh.com>; "tawanga...@yahoo.com" <tawanga...@yahoo.com>; "yesus_bukantu...@yahoo.ca" <yesus_bukantu...@yahoo.ca> Sent: Wednesday, 4 September 2013 12:44 AM Subject: [Indonesia-Rising] WANITA DARI PANDANGAN KRISTIAN, YAHUDI DAN ISLAM APA KATA KRISTIAN TENTANG WANITA? “Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati. Aku tidak membenarkan wanita mengajar atau memerintah lelaki; wanita mesti berdiam diri. Hal ini demikian kerana Adam dicipta dahulu,kemudian barulah Hawa. Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.” (1 Timothy 2: 11-14) “Kaum wanita haruslah berdiam diri di dalam gereja. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat. Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seseorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.” (1 Korintus 14:34-35) “Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia memalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur. Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi sangat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya atau digunting rambutnya. Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya. Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki, kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki. Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki. Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia di bawah kekuasaan suaminya.” (1 Korintus 11:5-10) “Baiklah kamu pertimbangkan sendiri: patutkah seorang wanita berdoa kepada Tuhan di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?” (1 Korintus 11:13) “Manusia itu menjawab: “Perempuan yang Kau tempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka ku makan”. Maka berfirmanlah TUHAN kepada perempuan itu: “Apakah yang telah kau perbuat ini?”. Jawab perempuan itu: “Ular itu yang memperdayakan aku, maka ku makan”. Lalu berfirmanlah TUHAN kepada ular itu: “Kerana engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kau makan seumur hidupmu. Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanamu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya”. FirmanNya kepada perempuan itu: “Susah payahmu waktu mengandung akan Ku buat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan dia akan berkuasa atasmu”.” (Kejadian 3:12-16) “Katakanlah kepada orang Israel: Apabila seorang perempuan bersalin dan melahirkan anak lelaki, maka najislah dia selama TUJUH HARI. Sama seperti pada hari-hari dia bercemar kain dia najis. Dan pada hari yang kelapan haruslah dikerat daging kulit khatan anak itu. Selanjutnya TIGA PULUH TIGA HARI lamanya perempuan itu harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas, tidak boleh dia kena kepada sesuatu apa pun yang kudus dan tidak boleh dia masuk ke tempat kudus, sampai sudah genab hari-hari pentahirannya. Tetapi jikalau dia melahirkan anak perempuan, maka najislah dia selama DUA MINGGU, sama seperti pada waktu dia bercemar kain, selanjutnya ENAM PULUH ENAM HARI lamanya dia harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas.” (Imamat 12:2-5) “Dan aku menemukan sesuatu yang lebih pahit daripada maut: perempuan yang adalah jala, yang hatinya adalah jerat dan tangannya adalah belenggu. Orang yang dikenan Allah terhindar daripadanya, tetapi orang yang berdosa ditangkapnya. Lihatlah, ini yang kudapati, kata Pengkhutbah: Sementara menyatukan yang satu dengan yang lain untuk mendapat kesimpulan, yang masih kucari tetapi tidak kudapati, kudapati seorang lelaki yang lurus di antara seribu, tatapi tidak kudapati seorang perempuan yang lurus di antara mereka.” (Pengkhutbah 7:26-28) “Apabila seorang perempuan mengeluarkan lelehan, dan lelehannya itu adalah darah dari auratnya, dia harus tujuh hari lamanya dalam cemar kainnya, dan setiap orang yang kena kepadanya menjadi najis sampai matahari terbenam. Segala sesuatu yang ditidurinya selama dia cemar kain menjadi najis. Dan segala sesuatu yang didudukinya menjadi najis juga. Setiap orang yang kena kepada tempat tidur perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Setiap orang yang kena kepada sesuatu barang yang diduduki perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh diri dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Juga pada waktu dia kena kepada sesuatu yang ada di tempat tidur atau di atas barang yang diduduki perempuan itu, dia menjadi najis sampai matahari terbenam. Jikalau seorang lelaki tidur dengan perempuan itu, dan dia kena cemar kain perempuan itu, maka dia menjadi najis selama tujuh hari, dan setiap tempat tidur yang ditidurinya menjadi najis juga. Apabila seorang perempuan berhari-hari lamanya mengeluarkan lelehan, yakni lelahan darah yang bukan pada waktu cemar kainnya, atau apabila dia mengeluarkan lelehan lebih lama dari waktu cemar kainnya, maka selama lelahannya yang najis itu perempuan itu adalah seperti pada hari-hari cemar kainnya, yakni dia najis. Setiap tempat tidur yang ditidurinya, selama dia mengeluarkan lelahan, haruslah baginya seperti tempat tidur pada waktu cemar kainnya dan setiap barang yang didudukinya menjadi najis sama seperti kenajisan cemar kainnya. Setiap orang yang kena kepada barang-barang itu menjadi najis, dan dia harus mencui pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air, dan dia menjadi najis sampai matahai terbenam. Tetapi jikalau perempuan itu sudah tahir dari lelehannya, dia harus menghitung tujuh hari lagi sesudah itu barulah dia menjadi tahir. Pada hari yang kelapan, dia harus mengambil dua ekor burung tekukur dan dua ekor anak burung merpati dan membawanya kepada imam ke pintu Khemah Pertemuan. Imam harus mempersembahkan yang seekor sebagai korban penghapus dosa dan yang seekor lagi sebagai korban bakaran. Dengan demikian imam mengadakan perdamaian bagi orang itu di hadapan TUHAN, kerana lelehannya yang najis itu.” (Imamat 15:19-30) Dengan kata lain, Bible mengajar bahawa: 1. Wanita harus mendiamkan diri dan mengenepikan keinginan diri sendiri. 2. Wanita tidak patut mengajar. 3. Wanita tidak mempunyai kuasa ke atas lelaki, sebaliknya harus berdiam diri. 4. Adam dan Hawa tidak sama dalam dosa mereka. Adam tidak tertipu, sebaliknya Hawa tertipu. 5. Wanita diperintahkan mematuhi kaum lelaki. Tuhan menetapkan bahawa lelaki memerintah wanita selamanya. 6. Wanita mesti berdiam diri di dalam Gereja. Adalah memalukan jika mereka bercakap. Jika mereka mempunyai soalan, mereka perlu bertanya kepada suami mereka sebelum pergi ke gereja dan suami mereka akan bertanya bagi pihak mereka di gereja. 7. Wanita tidak boleh sembahyang atau membuat pengakuan dengan kepalanya tidak ditutup. 8. Jika wanita bersembahyang dengan kepalanya tidak ditutup, lebih baiklah dia mencukur kepalanya. 9. Lelaki dicipta daripada rupa dan kemuliaan Tuhan, dan wanita dicipta daripada kemuliaan lelaki, maka lelaki berkuasa ke atas mereka. 10. Wanita yang melahirkan bayi lelaki tidak suci selama seminggu, tetapi wanita yang melahirkan bayi perempuan tidak suci selama DUA minggu. Maka bayi perempuan adalah DUA KALI tidak suci berbanding bayi lelaki. 11. Adalah mungkin untuk menemui seorang lelaki yang lurus dalam seribu lelaki, tetapi adalah mustahil untuk menemui walau seorang wanita yang lurus dalam seribu wanita. 12. Wanita adalah perangkap, hatinya adalah jerat, dan tangannya adalah belenggu. Lelaki yang mematuhi Tuhan akan terlepas daripadanya, tetapi beliau akan memerangkap mereka yang berdosa. 13. Jika seorang wanita yang sedang haid menyentuh kerusi, katil atau apa sahaja, maka apa yang disentuhnya menjadi tidak suci. Sesiapa yang menyentuh barang tersebut juga menjadi tidak suci. Mereka mesti mandi dan membersihkan pakaian mereka kerana telah menyentuh barang yang disentuh oleh seorang wanita yang sedang haid. Apa yang dikata mengenai orang-orang kudus Kristian mengenai wanita: “Wanita adalah anak kepalsuan, pengawal neraka, musuh kedamaian; kerananya Adam kehilangan syurga” (St. John Demanscene) “Wanita adalah alat syaitan yang digunakan untuk mendapatkan roh kita” (St. Cyprian) “Wanita adalah lengan syaitan, suaranya adalah bisikan ular” (St. Anthony) “Wanita adalah racun ular, dan memiliki kejahatan naga” (St. Gregory) Semasa St. Tertulian bercakap dengan “saudara-saudara perempuan seagama yang dikasihinya”, beliau berkata, “Tidakkah kamu tahu bahawa setiap daripada kamu adalah Hawa? Hukuman Tuhan ke atas jantina kamu berterusan sehingga ke hari ini: kesalahan tersebut harus berterusan. Kamu adalah pintu masuk syaitan. Kamu adalah pembuka pohon terlarang. Kamu adalah yang pertama melanggar undang-undang tuhan. Kamulah yang memujuknya yang tidak dapat diserang oleh syaitan. Kamu dengan mudah telah memusnahkan rupa Tuhan, iaitu lelaki,.”. St. Augustine menulis kepada sahabatnya, “Apa bezanya jika dia adalah seorang isteri atau seorang ibu, dia masih Hawa, penggoda yang mesti kita berjaga-jaga terhadapnya.”. Beberapa abad kemudian, St. Thomas Aquinas masih menganggap wanita tidak sempurna, “Merujuk kepada sifat individu, wanita tidak sempurna, kerana kuasa aktif di dalam benih lelaki berkecenderungan untuk menghasilkan apa yang mirip kepada jantina lelaki yang sempurna; manakala wanita dihasilkan daripada kecacatan dalam kuasa aktif atau daripada bahan yang kurang sihat, atau daripada pengaruh luar.” (Semua petikan-petikan ini diperolehi daripada buku Karen Armstrong bertajuk “The Gospel According to Woman”, London: Elm Tree Books, 1986, m.s. 52-62. Juga lihat buku oleh Nancy van Vuuren, “The Subversion of Women as Practiced by Churches, Witch-Hunters and Other Sexists Philadelphis”, Westminster Press, m.s. 28-30). APA KATA YAHUDI TENTANG WANITA http://menjernihkanalam.blogspot.com/2013/01/wanita-dari-pandangan-kristian-yahudi.html ________________________________ [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: prole...@egroups.com Subscribe : proletar-subscr...@egroups.com Unsubscribe : proletar-unsubscr...@egroups.com List owner : proletar-ow...@egroups.com Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: proletar-dig...@yahoogroups.com proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com <*> To unsubscribe from this group, send an email to: proletar-unsubscr...@yahoogroups.com <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/