Refleksi : Raja kerajaan Indonesia bernama ..?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Indonesia sekat empat juta laman pornografi


JAKARTA 10 Ogos - Kerajaan Indonesia hari ini mengumumkan akan menyekat akses 
empat juta laman porno di Internet setelah menerima desakan masyarakat secara 
berterusan berhubung perkara itu, khususnya dalam usaha melindungi golongan 
remaja daripada bahaya pengaruh pornografi.

Sekatan akses itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi 
seperti aksi persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, 
penampilan visual alat kelamin dan simbol-simbol pornografi.

Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring berkata, langkah itu yang 
diambil bersempena bulan Ramadan, adalah selaras dengan kehendak undang-undang 
anti-pornografi Indonesia yang diluluskan pada 30 Oktober 2008.

"Pada masa ini, kira-kira 90 peratus laman porno sedang disekat aksesnya, kami 
akan melakukannya bertahap-tahap sehingga semuanya disekat," katanya pada 
sidang media di Jakarta, hari ini.

Laman pornografi sering dipersalahkan oleh masyarakat sebagai penyebab kepada 
masalah moral di kalangan anak-anak muda kerana ia telah memberi kesan yang 
nyata dalam suasana kehidupan masa kini.

Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia misalnya telah menyatakan bahawa 
penyebaran video porno artis popular dan selebriti Indonesia Ariel, Luna Maya 
dan Cut Tari baru-baru ini telah mendorong penontonnya memperkosa 33 
kanak-kanak.

Tifatul berkata, sekatan akses itu akan dikekalkan walaupun selepas bulan 
Ramadan, selagi undang-undang anti-pornografi berkuatkuasa.

Sekatan itu akan membabitkan semua kata kunci dalam pencarian yang boleh 
dikaitan dengan seks seperti "bogel" dan seumpamanya.

Walaupun berhadapan dengan kesulitan melaksanakan sekatan itu kerana adanya 
potensi kebocoran, segala langkah akan diambil untuk memastikan masyarakat 
dapat dilindungi daripada bahan pornografi. - BERNAMA






[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke