Dan banyak orang Islam yang berotak babi yang berkesimpulan bahwa tu mesjid 
tetap berdiri karena dilindungi Allah yang tidak bisa mereka buktikan memang 
ada.


--- In proletar@yahoogroups.com, "ndeboost" <rambitesemak@...> wrote:
>
> Subhanallah.
> --- In proletar@yahoogroups.com, "Tawangalun" <tawangalun@> wrote:
> >
> > Dari gambar ini akuilah bahwa kok masjidnya rapopo padahal sekitarnya
> satupun gak ada bangunan yg berdiri.
> >
> > Coba bukak ini:
> >
> http://www.google.com/imgres?imgurl=http://testingunderground.files.word\
> press.com/2011/03/masjid-kobe-old1.jpg&imgrefurl=http://testingundergrou\
> nd.wordpress.com/2011/03/09/kisah-masjid-kobe-jepun/&h=363&w=500&sz=99&t\
> bnid=usd9OCRGnoV8PM:&tbnh=94&tbnw=130&prev=/images%3Fq%3Dmasjid%2Bkobe&z\
> oom=1&q=masjid+kobe&usg=__o_t9ZtpAkVMsmMuyX0Lmw7cMWco=&sa=X&ei=Vjl-TbQHx\
> 8qsB6yS-P0O&ved=0CEYQ9QEwBA
> >
> >
> >
> > Kisah Masjid Kobe Jepun
> > Posted: March 9, 2011 by Administrator in New
> > 0
> > Siri pengeboman daripada 17 Mac sehingga 30 Jun 1945 oleh pesawat
> pengebom milik Amerika Syarikat, American B-29 telah meranapkan hampir
> keseluruhan bangunan-bangunan di bandar Kobe. Ekonomi bandar Kobe turut
> sama runtuh akibat daripada pengeboman besar-besaran Amerika Syarikat
> tersebut. Kobe yang dahulunya menempatkan kilang industri dan perlabuhan
> terpenting Jepun telah musnah teruk hanya dalam masa beberapa bulan
> sahaja.
> >
> >
> >
> > Dianggarkan bahawa sebanyak 8,841 nyawa penduduk Kobe terkorban samada
> akibat daripada impak pengeboman dan kebakaran yang dasyhat. Manakala
> penduduk Kobe yang terselamat pula kehilangan seluruh rumah dan desa
> penempatan mereka. Dengan kata lain, ia bagaikan padang jarak padang
> terkukur. Impaknya sungguh dasyhat sehingga novelis kelahiran Jepun,
> Akiyuki Nosaka mengabadikan nostalgia tersebut dalam novel terkenal
> karyanya, A Grave of Fireflies.
> >
> > Namun, tahukah pembaca semua bahawa terdapat sebuah keajaiban yang
> perlu pembaca ketahui selepas siri pengeboman dasyhat itu berakhir.
> Apakah keajaiban tersebut?
> >
> > Masjid yang tidak musnah
> >
> > Di saat bangunan di sekelilingnya rebah menyembah bumi, bangunan yang
> dijadikan masjid di Kobe atau lebih dikenali sebagai Kobe Muslim Mosque
> langsung tidak terusik. Bagai mempunyai kekebalan yang luar biasa, Kobe
> Mosque hanya mengalami `luka-luka' ringan sahaja. Hanya kaca tingkap
> yang musnah akibat kekuatan ledakan bom dan juga bahagian luar
> bangunannya yang retak sedikit impak daripada bom. Walaubagaimanapun,
> warna asal Kobe Muslim Mosque bertukar menjadi hitam akibat asap yang
> dihasilkan oleh bom dan jelaga daripada bangunan sekitarnya yang
> terbakar teruk.
> >
> >
> > Hanya Kobe Muslim Mosque(dalam bulatan) yang berdiri teguh miskipun
> bangunan di sekelilingnya hancur lebur dibom Amerika Syarikat.
> > `Kekebalan' Kobe Muslim Mosque turut melindungi tentera-tentera Laut
> Jepun yang berlindung di dalamnya. Malahan, senjata yang disimpan di
> dalamnya juga tidak musnah. Dan ia merupakan satu-satunya peralatan
> perang yang berjaya diselamatkan oleh tentera Jepun daripada serangan
> bom tersebut. Namun, jumlah senjata yang terselamat tidak mampu
> menyelamatkan Jepun daripada menyerah kalah kepada Pakatan Berikat pada
> Julai 1945.
> >
> >
> >
> > Ia amat menakjubkan lebih-lebih lagi gambar di mana Kobe Muslim Mosque
> tidak rosak mahupun musnah telah diabadikan dalam banyak imej dan novel
> berkaitan dengan bandar Kobe era Perang Dunia Kedua.
> >
> > Bagaimana boleh Kobe Mosque dibina di tengah-tengah bandar Kobe?
> >
> > Kobe mengalami pengembangan Islam yang sangat pesat menjelang kurun
> ke-20. Ia disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat
> Turki-Tartar yang beragama Islam ke Kobe setelah berlaku peralihan kuasa
> daripada sistem monarki kepada sistem Komunis pada tahun 1917 di Rusia.
> Sejak daripada peralihan kuasa itu, pemerintah Komunis yang diketuai
> oleh Vladimir Lenin dengan rakusnya menceroboh negara-negara jirannya
> yang lemah termasuk negara yang dikuasai oleh orang Islam. Pemerintah
> Jepun yang bermusuhan dengan Rusia telah memberi suaka kepada seluruh
> pelarian beragama Islam tersebut di Jepun terutama di bandar Kobe.
> >
> >
> > Masjid ini menjadi mencu tanda bandar metropolitan Kobe. Ia masih
> digunakan oleh umat Islam Kobe sehingga ke hari ini.
> > Sejak daripada detik tersebut, Islam terus berkembang pesat di Kobe
> sehingga berdirinya sebuah masjid yang pertama di Jepun iaitu Kobe
> Muslim Mosque pada Oktober 1935. Masjid yang didirikan atas dasar
> ketaqwaan kepada Allah swt ini telah dibantu dengan tajaan wang oleh
> Sultan Turki Othmaniyyah dan Komuniti Muslim Kobe. Bangunan bersejarah
> ini telah direka persis seperti Masjid Biru di Turki oleh seorang
> arkitek berbangsa Czech, Jan Josef Svagr. Ia siap sepenuhnya pada
> Oktober 1935 dan digunakan secara rasminya sejak daripada tarikh
> tersebut sehingga ia diambil oleh Tentera Laut Imperialis Jepun pada
> 1943. Namun, selepas terselamat daripada binasa semasa pengeboman
> besar-besaran pada tahun 1945, masjid ini telah diberi mandat untuk
> digunakan secara bebas oleh seluruh umat Islam Kobe tanpa sebarang
> masalah dan birokrasi kerajaan.
> >
> > Terselamat daripada musnah buat kali KEDUA
> >
> > Samaada ia adalah kebetulan ataupun rahmat Allah Taala di bumi Kobe,
> Kobe Muslim Mosque sekali lagi terselamat daripada binasa pada 17hb
> Januari 1995 susulan gempa bumi berukuran 6.5 MMS(moment magnitude
> scale). Gempa bumi dashyat itu memusnahkan hampir keseluruhan sistem
> penghubungan bandar Kobe terutama Hanshin Expressway, Kobe Rapid Railway
> dan pelabuhan Kobe. Pelabuhan Kobe yang dulunya adalah pelabuhan paling
> sibuk di Jepun telah rosak teruk sehingga ia jatuh ke tangga ketiga
> selepas daripada tragedi Januari 1995 itu.
> >
> > Tragedi yang dikenali sebagai Hanshin Great Earthquake ini telah
> memakan korban sebanyak 6,434 orang di seluruh bandar Kobe manakala
> 300,000 orang mangsa yang terselamat pula kehilangan tempat tinggal.
> Tetapi, alangkah ajaibnya apabila melihat bangunan masjid yang berusia
> hampir tujuh dekad ini masih lagi tersergam indah tatkala bangunan moden
> yang baru berusia satu dekad atau kurang runtuh menyembah bumi.
> >
> >
> > Masjid Kobe lama
> >
> > Masjid Kobe Baru
> > Itulah kekuasaan Allah swt terhadap rumah-Nya daripada sebarang
> bencana dan kerosakan. SubhanaAllah.
> >
> > Shalom,
> > Tawangalun.
> >
>




------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke