Tawang,

Kalau kamu kibul buat orang kampung udik bahwa di sekitar mesjid di Kobe tidak 
ada bangunan, akan mungkin mereka percaya. karena mereka  tidak tahu dan tidak 
mempunyai kemungkinan untuk menyelidiki, jadi akan percaya saja, karena kamu 
dianggap orang pintar iman jadi tau semua hal di dunia ini

Kota-kota di Jepang penuh sesak, tidak ada tanah kosong, terkecuali park atau 
tempat mainan untuk anak-anak, lalin dari itu padat. Di sekeliling mesjdi di 
Kobe itu penuh bangunan. 

Wass



  ----- Original Message ----- 
  From: Tawangalun 
  To: proletar@yahoogroups.com 
  Sent: Monday, March 14, 2011 9:54 PM
  Subject: [proletar] Re: Masjid Kobe Selamat dari gempa Jepang


    
  Dari gambar ini akuilah bahwa kok masjidnya rapopo padahal sekitarnya satupun 
gak ada bangunan yg berdiri.

  Coba bukak ini:
  
http://www.google.com/imgres?imgurl=http://testingunderground.files.wordpress.com/2011/03/masjid-kobe-old1.jpg&imgrefurl=http://testingunderground.wordpress.com/2011/03/09/kisah-masjid-kobe-jepun/&h=363&w=500&sz=99&tbnid=usd9OCRGnoV8PM:&tbnh=94&tbnw=130&prev=/images%3Fq%3Dmasjid%2Bkobe&zoom=1&q=masjid+kobe&usg=__o_t9ZtpAkVMsmMuyX0Lmw7cMWco=&sa=X&ei=Vjl-TbQHx8qsB6yS-P0O&ved=0CEYQ9QEwBA

  Kisah Masjid Kobe Jepun
  Posted: March 9, 2011 by Administrator in New 
  0
  Siri pengeboman daripada 17 Mac sehingga 30 Jun 1945 oleh pesawat pengebom 
milik Amerika Syarikat, American B-29 telah meranapkan hampir keseluruhan 
bangunan-bangunan di bandar Kobe. Ekonomi bandar Kobe turut sama runtuh akibat 
daripada pengeboman besar-besaran Amerika Syarikat tersebut. Kobe yang 
dahulunya menempatkan kilang industri dan perlabuhan terpenting Jepun telah 
musnah teruk hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

  Dianggarkan bahawa sebanyak 8,841 nyawa penduduk Kobe terkorban samada akibat 
daripada impak pengeboman dan kebakaran yang dasyhat. Manakala penduduk Kobe 
yang terselamat pula kehilangan seluruh rumah dan desa penempatan mereka. 
Dengan kata lain, ia bagaikan padang jarak padang terkukur. Impaknya sungguh 
dasyhat sehingga novelis kelahiran Jepun, Akiyuki Nosaka mengabadikan nostalgia 
tersebut dalam novel terkenal karyanya, A Grave of Fireflies.

  Namun, tahukah pembaca semua bahawa terdapat sebuah keajaiban yang perlu 
pembaca ketahui selepas siri pengeboman dasyhat itu berakhir. Apakah keajaiban 
tersebut? 

  Masjid yang tidak musnah

  Di saat bangunan di sekelilingnya rebah menyembah bumi, bangunan yang 
dijadikan masjid di Kobe atau lebih dikenali sebagai Kobe Muslim Mosque 
langsung tidak terusik. Bagai mempunyai kekebalan yang luar biasa, Kobe Mosque 
hanya mengalami `luka-luka' ringan sahaja. Hanya kaca tingkap yang musnah 
akibat kekuatan ledakan bom dan juga bahagian luar bangunannya yang retak 
sedikit impak daripada bom. Walaubagaimanapun, warna asal Kobe Muslim Mosque 
bertukar menjadi hitam akibat asap yang dihasilkan oleh bom dan jelaga daripada 
bangunan sekitarnya yang terbakar teruk.

  Hanya Kobe Muslim Mosque(dalam bulatan) yang berdiri teguh miskipun bangunan 
di sekelilingnya hancur lebur dibom Amerika Syarikat.
  `Kekebalan' Kobe Muslim Mosque turut melindungi tentera-tentera Laut Jepun 
yang berlindung di dalamnya. Malahan, senjata yang disimpan di dalamnya juga 
tidak musnah. Dan ia merupakan satu-satunya peralatan perang yang berjaya 
diselamatkan oleh tentera Jepun daripada serangan bom tersebut. Namun, jumlah 
senjata yang terselamat tidak mampu menyelamatkan Jepun daripada menyerah kalah 
kepada Pakatan Berikat pada Julai 1945.

  Ia amat menakjubkan lebih-lebih lagi gambar di mana Kobe Muslim Mosque tidak 
rosak mahupun musnah telah diabadikan dalam banyak imej dan novel berkaitan 
dengan bandar Kobe era Perang Dunia Kedua.

  Bagaimana boleh Kobe Mosque dibina di tengah-tengah bandar Kobe?

  Kobe mengalami pengembangan Islam yang sangat pesat menjelang kurun ke-20. Ia 
disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Turki-Tartar yang 
beragama Islam ke Kobe setelah berlaku peralihan kuasa daripada sistem monarki 
kepada sistem Komunis pada tahun 1917 di Rusia. Sejak daripada peralihan kuasa 
itu, pemerintah Komunis yang diketuai oleh Vladimir Lenin dengan rakusnya 
menceroboh negara-negara jirannya yang lemah termasuk negara yang dikuasai oleh 
orang Islam. Pemerintah Jepun yang bermusuhan dengan Rusia telah memberi suaka 
kepada seluruh pelarian beragama Islam tersebut di Jepun terutama di bandar 
Kobe.

  Masjid ini menjadi mencu tanda bandar metropolitan Kobe. Ia masih digunakan 
oleh umat Islam Kobe sehingga ke hari ini.
  Sejak daripada detik tersebut, Islam terus berkembang pesat di Kobe sehingga 
berdirinya sebuah masjid yang pertama di Jepun iaitu Kobe Muslim Mosque pada 
Oktober 1935. Masjid yang didirikan atas dasar ketaqwaan kepada Allah swt ini 
telah dibantu dengan tajaan wang oleh Sultan Turki Othmaniyyah dan Komuniti 
Muslim Kobe. Bangunan bersejarah ini telah direka persis seperti Masjid Biru di 
Turki oleh seorang arkitek berbangsa Czech, Jan Josef Svagr. Ia siap sepenuhnya 
pada Oktober 1935 dan digunakan secara rasminya sejak daripada tarikh tersebut 
sehingga ia diambil oleh Tentera Laut Imperialis Jepun pada 1943. Namun, 
selepas terselamat daripada binasa semasa pengeboman besar-besaran pada tahun 
1945, masjid ini telah diberi mandat untuk digunakan secara bebas oleh seluruh 
umat Islam Kobe tanpa sebarang masalah dan birokrasi kerajaan.

  Terselamat daripada musnah buat kali KEDUA

  Samaada ia adalah kebetulan ataupun rahmat Allah Taala di bumi Kobe, Kobe 
Muslim Mosque sekali lagi terselamat daripada binasa pada 17hb Januari 1995 
susulan gempa bumi berukuran 6.5 MMS(moment magnitude scale). Gempa bumi 
dashyat itu memusnahkan hampir keseluruhan sistem penghubungan bandar Kobe 
terutama Hanshin Expressway, Kobe Rapid Railway dan pelabuhan Kobe. Pelabuhan 
Kobe yang dulunya adalah pelabuhan paling sibuk di Jepun telah rosak teruk 
sehingga ia jatuh ke tangga ketiga selepas daripada tragedi Januari 1995 itu.

  Tragedi yang dikenali sebagai Hanshin Great Earthquake ini telah memakan 
korban sebanyak 6,434 orang di seluruh bandar Kobe manakala 300,000 orang 
mangsa yang terselamat pula kehilangan tempat tinggal. Tetapi, alangkah 
ajaibnya apabila melihat bangunan masjid yang berusia hampir tujuh dekad ini 
masih lagi tersergam indah tatkala bangunan moden yang baru berusia satu dekad 
atau kurang runtuh menyembah bumi.

  Masjid Kobe lama

  Masjid Kobe Baru
  Itulah kekuasaan Allah swt terhadap rumah-Nya daripada sebarang bencana dan 
kerosakan. SubhanaAllah.

  Shalom,
  Tawangalun.



  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke