Salam

Bentuk Neraka Jahannam 


Dikisahkan dalam sebuah hadits bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah 
hitam gelap dan pekat, tiada cahaya dan tiada pula neraka itu menyala/terang.


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Api kamu ini hanyalah satu bagian dari tujuh puluh 
bahagian api di neraka 
jahannam.”


Para sahabat mengatakan, ”Yang ini pun sudah cukup berat 
panasnya.”


Nabi berkata lagi, ”Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak enam puluh sembilan 
kali ganda panasnya api dunia.”


“Api neraka jahannam juga telah dinyalakan seribu tahun sehingga 
menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi 
putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam, 
seperti malam yang gelap gelita.” (HR. Tirmidzi).


Jahanam memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, 
pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng 
itu terdapat 70,000 belahan tanah yang 
terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.


Disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api,
Pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, 

pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan kala, 

Setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 
ruas. 

Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 
qullah bisa.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Neraka_Jahannam


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/

===========================================================================

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Ku Li: Dedah video seks bukan budaya Melayu, Islam



Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membidas pihak 
yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. 
Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan 
tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggilgutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah 
tidak ada modal lagi. Ia 
timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan 
rakyat nampak tidak menerimanya. 

“Oleh kerana itu 
(mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat 
ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan menteri 
kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

Dalam wawancaranya di TV Selangor, Tengku Razaeligh yang juga dikenali 'Ku Li' 
menegaskan rakyat, 
khususnya masyarakat Melayu,  menolak cubaan mana-mana pihak menyerang 
keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya
 tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar 
yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua,
 tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog
 di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah.

"Perkara
 ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak 
faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini 
salah langkah," katanya.

Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya 
menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna 
dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa
 kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, 
kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak 
guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat 
tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," katanya.
Bukan budaya Melayu, Islam

Tiga
 individu - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, 
Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl 
Eskay mengaku mendalangi penayangan video itu kepada wartawan terplih 
pada 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan seorang pemimpin kanan pembangkang 
yang mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur 
di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Anwar kemudiannya membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa 
pelaku dalam rakaman itu.

Pada
 sidang mediannya, ketua umum PKR itu menjelaskan pada malam adengan 
rakaman itu, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya 
serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Razaleigh
 berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji 
seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam 
kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu di mana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata 
politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia 
punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak 
baik.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak 
patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. 
(Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas 
beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar 
membuat pengumuman bahawa video itu adalah tulen namun tidak mengulas 
sama ada pelakunya dikenal pasti.

Kenyataan Ketua 
Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah 
difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang 
relevan untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31633:ku-li-yakin-rakyat-tolak-tuduhan-video-seks-anwar&catid=1:utama&Itemid=50


===========================================================================

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [Idaman_Group] Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks 
aib Anwar

  
TERKINI  @ 07:14:19 AM 31-03-2011
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
March 31, 2011


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan 
tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak 
bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk 
Seri Anwar Ibrahim.


Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu 
didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan 
menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum 
PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.


“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak 
hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan 
bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak 
saksi yang boleh buktikan.


“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit 
sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya 
katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... 
yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah 
dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap 
Anwar tanpa bukti yang sahih.


“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi 
didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.


“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan 
lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.


Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin 
agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam 
diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas 
Anwar itu.


Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang 
respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal 
minggu lalu amat dikesali.


Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim 
Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari 
Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan 
tersebut.


Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman 
video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara 
peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.


Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.


Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang 
membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan 
peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.


“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia 
tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.


“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang 
benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan 
melalui gambar atau video.


“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan 
bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada 
empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” 
katanya.


Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar 
tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi 
yang menyaksikan ia berlaku.


“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan 
rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang 
lihat peristiwa itu berlaku.


“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau 
tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf 
(tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.


Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh 
dijadikan bahan bukti.


“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, 
tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu 
individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.


“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah 
seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” 
katanya.


Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu 
sepatutnya disiasat terlebih dahulu.


“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat 
dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan 
kepada khalayak.


“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan 
dedahkan kepada umum,” katanya.


Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan 
tuduhan yang bersifat peribadi.


“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena 
elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut 
dihentikan,” katanya.


Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan 
video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video 
turut diserahkan.


Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak 
terlibat dalam rakaman video seks itu.


Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat 
laporan polis.

===========================================================================

From: Anna Annisa <akma...@gmail.com>
Subject: Umno kian terdesak kini edar komik lucah!

Umno kian terdesak kini edar komik lucah! 
Selasa, 29 Mac 2011 16:55  BlogMaster  


Pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi, YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen 
Lembah Pantai telah membuat satu laporan polis mengenai kegiatan 
mengedar komik lucah bertajuk 'Kisah Juara Raja Lawak' kepada para pengundi 
baru kawasan Parlimen Lembah Pantai.


Kegiatan mengedar komik lucah 
membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini adalah merupakan siri tindakan 
keji pihak umno dan BN dalam usaha terdesak untuk mempertahankan kuasa 
yang semakin hilang menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. 


Usaha menayangkan video lucah yang 
kononnya melibatkan DS Anwar hanya mampu bertahan tidak lebih 24 jam 
apabila segala tipu helah dan niat jahat pihak umno dan BN terdedah 
dengan pengakuan 'Datuk Trio' yang terlibat dalam penayangan haram video lucah 
berkenaan.


Kini, muncul pula komik lucah yang diedarkan melalui pos kepada para pengundi 
baru di kawasan Lembah Pantai dan sekiranya dakwaan YB Nurul Izzah 
betul, ini bermakna, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut 
memainkan peranan dengan membekalkan alamat pengundi-pengundi baru 
berkenaan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.


Lakukanlah lagi kerja-kerja bodoh dan 
keji seumpama ini kerana ia umpama menggali lubang yang semakin dalam 
buat umno dan kerajaan Barisan Nasional. Semakin dalam lubang yang 
mereka gali, maka akan semakin sukarlah nanti umno dan BN untuk keluar 
menyelamatkan diri. Semoga umno (UMporNO) berjaya menguburkan diri 
mereka sendiri. Amin!!
 
 
Malaysia Kini: Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung 
sebuah komik yang memaparkan  
kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam 
pelbagai aksi.

Menurut  Nurul Izzah, komik 16 halaman 
bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang  mempersendakan Anwar - yang juga
 bapanya - dihantar kepada pengundi baru  di kawasan parlimennya di 
Lembah Pantai.

Dalam  laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya 
mendakwa, pengedaran komik itu  berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi 
dan kredibiliti Anwar serta  beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira 
jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR  cabang itu 
Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.
 

terima kasih kepada Zul Mamak Penang yg memanjangkan salinan Repot Polis ini.™ 
kaasii peecaahhh laaa...®

===========================================================================

From: Anna Annisa <akma...@gmail.com>
To: 
Sent: Tuesday, March 29, 2011 11:38 PM
Subject: Video Lucah: Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara


Video Lucah: Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara 
Selasa, 29 Mac 2011 00:23  BlogMaster

    
Isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan  masih terlalu awal untuk 
membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat  yang saya sampaikan 
ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan  pendengaran yang adil 
kepada semua pihak terlibat.
Apapun saya berharap  Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka 
hati Peguam Negara  seperti yang 
berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri. -Mat Zain bin Ibrahim
 
 Mat Zain bin Ibrahim,
SAC II G/5776(Retired), 
Email: matzainibrahim@gmail.comThis e-mail address is being protected from 
spambots. You need JavaScript enabled to view it 
 
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email: i...@rmp.gov.comThis e-mail address is being protected from spambots. 
You need JavaScript enabled to view it 
28hb.March 2010
 
YDH Tan Sri, 
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA 
HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK. 


Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.


2. Saya percaya Tan Sri sedar video 
lucah mana yang saya  maksudkan. Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu 
menjalankan tanggungjawabnya menjalankan siasatan tersebut secara 
professional dan  berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan 
mana-mana pihak  sekalipun, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Tan Sri 
ketika ini.


2.1. Namun begitu kertas siasatan ini 
kelak akan diteliti dan  diputuskan olih Gani Patail, Peguam Negara. 
Diperingkat inilah dijangka  akan berlaku, putar belit, manipulasi, 
penipuan dan pemalsuan apabila sedar  akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan 
menangani penyiasatan kes-kes  jenayah apabila melibatkan Anwar 
Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik  (Rahim) dimasa lampau.


2.2. Tidak syak lagi isu video ini 
adalah satu lagi “pertembungan”  di antara Anwar  dan Rahim. Adalah 
dipercayai juga motif  pendedahannya,tidak kira samada video tersebut 
adalah tulen atau  direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim 
terhadap Anwar atas  isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.
LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM


3. Di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 
1999,Anwar telah membuat  sejumlah empat (4) laporan Polis, mendedahkan 
perbuatan rasuah  pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. Dalam 
laporan-laporan berkenaan  Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan 
Perdana Menteri Tun  Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan 
Gani  Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah  
menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.


3.1. Pertembungan lampau antara Rahim 
dan Anwar adalah apabila salah  satu diantara laporan tersebut iaitu Tun 
H.S.Lee report 22517/99  bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar 
melibatkan Rahim.Dalam  laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir, 
Allahyarham Mohtar dan Gani  Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa 
mereka melindungi perbuatan  rasuah Rahim serta menutup siasatan dan 
tidak mengenakan sebarang  pendakwaan terhadap beliau.


3.2. Bersekali dengan report tersebut, 
Anwar telah menyertakan satu  set salinan laporan siasatan Badan 
Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim  yang disahkan oleh Bahagian 
Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dan ditanda  tangani oleh Gani Patail 
yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai  RAHSIA. Dokumen-dokumen ini 
dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam  Negara dan/atau Gani Patail 
ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.


4. Untuk makluman Tan Sri, secara 
kebetulan, saya yang menangani  keempat-empat laporan yang Anwar buat 
itu termasuk laporan melibatkan  Rahim atas sifat saya sebagai Ketua 
Jabatan Sisasatan Jenayah (KJSJ)  Kuala Lumpur ketika itu. Saya 
perhatikan juga amaun rasuah melibatkan  Rahim adalah antara yang paling 
sedikit jika dibandingkan dengan  laporan-laporan lain.Jumlah terlibat 
lebih kurang RM40 juta(Empat puloh  juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih 
tepat ialah RM 39,782,772.60  sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim 
menerusi salahguna kuasa  dan kegiatan rasuah setakat yang 
dapat dikesan menerusi siasatan  terperinci BPR dan disahkan olih Gani 
Patail.


4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun 
terbesar yang disebutkan dalam salah  satu laporan Anwar itu, melibatkan 
seorang pemimpin yang dikatakan  telah memperolehi harta berjumlah 
dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga  ratus tujoh puloh juta Ringgit) 
dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150  juta dalam bentuk 
saham,menerusi jalan rasuah.


5. Wajar saya jelaskan di sini bahawa 
terdapat perbezaan pendapat  antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan 
Peguam Negara mengenai cara  pendekatan menangani laporan-laporan Anwar 
tersebut.Jabatan Peguam  Negara menasihatkan supaya laporan-laporan 
tersebut diklasifikasikan  di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja. 
Manakala KJSJ berpendapat  klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan 
dan keterangan yang pengadu  kemukakan serta mencadangkan kesemua 
laporan berkenaan diklasifikasikan  di bawah Seksyen 2(1) Emergency 
(Essential Powers) Ordinance 2,1970  berkaitan kesalahan salahguna 
kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat  dalam fail rujukkan (PR)35/26 
bertarikh 25.8.1999. Siasatan dibawah  Seksyen ini dijangka akan 
membabitkan rakaman keterangan daripada Tun  Mahathir,Allahyarham Mohtar dan 
Gani Patail sendiri serta lain-lain  kenamaan.


5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya 
telah menerima satu surat  daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan 
PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang  dialamatkan kepada saya 
persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa  laporan yang Anwar buat 
melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan  setelah kononya Gani 
Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana  kesalahan di-bawah 
Akta Rahsia Rasmi.


5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani 
Patail dengan kemudahan yang  diberi oleh Musa Hassan telah 
menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar  yang melibatkan Rahim untuk 
menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta  Rahsia Rasmi.Lebih mudah 
untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim  itu telah di”hijacked” 
oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala  Lumpur.


5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat  oleh Gani 
Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh  Musa Hassan.Belum 
pernah juga berlaku 
Jabatan Peguam Negara pula yang  memilih Pagawai Penyiasat yang mereka 
berkenan menyiasat sesuatu laporan  polis.


5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan 
berkaitan peristiwa  diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan 
surat Jabatan Peguam  Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan. 
Walaupun ringkas, surat  ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani 
Patail,Musa Hassan dan saya  berkaitan siasatan laporan Anwar yang 
melibatkan Rahim.


5.3. Secara kebetulan saya telah 
melaporkan perkara ini ketika Tan  Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, 
menerusi surat saya  bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada 
YB Menteri Dalam Negeri.


6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani  siasatan 
terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa 
Hassan sanggup melakukan  apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan 
membuat beberapa laporan  palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan 
melakukan  tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan 
lojik untuk  mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.


6.1. Sebaliknya apabila menangani 
siasatan berkaitan Rahim pula, Gani  Patail dan Musa Hassan, sanggup 
melakukan apa sahaja antaranya,  menterbalikkan fakta dan 
memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan  Rahim daripada sebarang 
salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan  terhadap pengadunya 
pula.


6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara 
namun Gani Patail masih  berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan 
mengenai video lucah ini  sampai ketangan Jabatan Peguam Negara 
kelak,kita boleh menjangka  pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi 
apabila mengambil kira isu video  lucah ini juga adalah pertembungan 
antara Rahim dan Anwar.


6.3. Sekadar makluman Tan Sri 
juga,Dr.Abdul Rahman Yusof, Pakar  Forensic HKL,yang telah digunakan 
oleh Gani Patail untuk menyediakan 3  laporan palsu dalam siasatan kes 
Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic  yang sama terlibat dalam membuat 
pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes  seksual dengan gadis bawah umor 
berkaitan. Kebetulan juga saya pernah  menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur 
dan tidak munasabah jika saya  tidak meneliti kertas siasatan 
kes Rahim itu, walaupun saya bukan  Pegawai Penyiasatnya. Mungkin ini 
semua adalah “the long arm of  coincidences” sahaja.


7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim 
pula,BPR dan Jabatan Peguam  Negara mengesahkan dalam laporan mereka 
bahawa terdapat keterangan yang  mencukupi untuk membuktikan kes “prima 
facie” terhadap beliau. Malahan  Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat 
(4) pertuduhan kesemuanya.  Iaitu; 3 (tiga) pertuduhan dibawah 
Emergency (Essential Powers) Ordinance  No:22 of 1970 dan satu 
pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration  (SD) palsu dibawah 
Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun  Keseksaan.


7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh 
langsung, setelah Peguam Negara  “indemnify” segala kesalahan jenayahnya 
setelah Rahim dipercayai  bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam 
Kerajaan, Badan-Badan Berkanun  dan Parti Politik. Ini adalah apa yang 
terdapat di dalam laporan yang  disediakan oleh Jabatan Peguam Negara 
sendiri.


7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara 
pelupusan harta berjumlah hampir  RM40 juta yang Rahim perolehi secara 
rasuah itu .Tiada maklumat  mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan 
Peguam Negara berkaitan  harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 
5,439,796.40 sen  dalam kawalan peribadi Rahim sendiri, 
RM14,487,420.50 sen simpanan tunai  dalam beberapa buah bank dan 
RM19,855,555.70 sen harta  Syarikat-Syarikat.


7.3. Persoalan yang tidak kurang 
pentingnya ialah adakah Peguam  Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” 
kesalahan jenayah mana-mana  orang berdasarkan pertimbangan Politik?. 
Adakah Peguam Negara berhak  melepaskan wang Rakyat  RM 40 juta sebegitu mudah 
untuk Rahim  menikmatinya tanpa sebarang tindakan. Adakah ini 
sesuatu yang adil kepada  Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah 
mengesahkan bahawa Rahim  memperolehi harta sedemikian banyak menerusi 
salahguna kuasa dan  rasuah. Apa yang jelas dalam kes Rahim ini, Peguam 
Negara juga telah  menyalahgunakan kuasanya.


8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa 
secara peribadi saya tidak  mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan 
saya tidak pernah mengenali  beliau, sekalipun untuk berjabat salam 
dengannya seumor hidup. Saya  sendiri tidak sangka yang beliau akan 
muncul sebagai salah seorang  dibelakang tayangan video lucah berkenaan. 
Keterangan-keterangan yang  dikemukakan dalam laporan ini adalah 
berdasarkan pengalaman, pengetahuan  peribadi serta dokumen-dokumen 
berkaitan, ketika saya menangani kes  membabitkan beliau.


8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga 
ke peringkat YAB Perdana  Menteri secara persendirian, ialah bekenaan 
dengan salahlaku jenayah  Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja 
telah menjejaskan maruah  PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka 
mengkucar-kacirkan Sistem  Keadilan Jenayah kita. Saya tidak ralat 
mendedahkannya memandangkan saya  telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 
bahawa sebarang pemalsuan  dan penganiayaan akan terbongkar suatu 
hari nanti. Salahlaku jenayah  mereka bukan setakat dalam siasatan kes 
mata-lebam sahaja. Saya yakin Tan  Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara 
maklum akan pendirian saya  berkaitan perkara ini.


9. Walau bagaimanapun isu video lucah 
ini sedang dalam siasatan dan  masih terlalu awal untuk membuat 
kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat  yang saya sampaikan ini 
berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan  pendengaran yang adil 
kepada semua pihak terlibat. Apapun saya berharap  Tan Sri tidak akan 
merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara  seperti yang 
berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.
Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.


Yang ikhlas,
Mat Zain Ibrahim
28 March 2011

===========================================================================

From: halawah shop <mresp...@gmail.com>
Subject: RG09... Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng


Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng



TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan 
semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.


Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang 
menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka 
dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara 
terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas 
tuduhan rasuah.


Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 
kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati 
Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga 
maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa 
Mustafa masih seorang Adun yang sah.


“Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan 
rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan 
Nasional.
Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk 
meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, 
Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari 
ini.


Mengulas lanjut mengenai nasib Mustafa ketika disoal pemberita hari 
ini, Najib turut menegaskan bahawa Mustafa masih lagi Adun Lenggeng 
kerana beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh 
Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.


Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa kenyataan Najib 
seolah-olah dibuat tanpa melihat pada cermin kerana ia jauh berlainan 
dengan tindakan Barisan Nasional ketika mereka menyerang barisan 
pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan rasuah.


“Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai 
pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum 
mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan PR 
dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba Adun mereka yang disahkan 
terima rasuah adalah amat menghinakan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para 
pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes Adun 
Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti 
gagal untuk menjadi model yang baik bagi rakyat.


“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, 
bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara 
akan disapu?” soal Tuan Ibrahim.
Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Adun Lenggeng agar 
meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa 
tanggungjawab, maruah dan harga diri.
“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan 
maruah diri bagi menjaga nama baik,” tegur beliau.
Harakahdaily     

  ===========================================================================

Gambar di atas sekali - Bangunan dan tulisan macam dari Thailand je... 

From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: Fw: [Idaman_Group] Komik gambaran Siksa Neraka


  
Ini adalah gambar-gambar imajinasi Siksaan Neraka dengan melihat  
gambar-gambar di bawah ini mudah-mudahan kita akan ingat kematian dan  
kehidupan di akhirat kelak.
Dan semoga kita menjadi takut dan memperbaiki diri dengan beriman dan  
bertaqwa kepada Allah SWT, semoga kita termasuk orang-orang yang  
terhindar dari siksa akhirat.
- Amiin -
 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke