Salam


Pesan Nabi SAW :

“Jawatan kepimpinan itu 
pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan 
pada akhirnya azab pada hari kiamat”
( al-Tabrani )

http://salwa86.blogspot.com/2009/04/larangan-meminta-jawatan-sebagai.html


Namun masih ramai yang berebut-rebut..


[3.116] Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak 
mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah 
sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya. 

[3.117] Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan
 dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang 
membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri 
mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya 
mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. 


http://www.PetitionOnline.com/Bersih2/

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

============================================================

http://ongjingcheng.wordpress.com/


Oleh Ong Jing Cheng


Eksklusif Saya Ong Jing Cheng (gambar kiri) dan seorang kawan saya 
Yap Heng Lung telah ditahan ketika kami dalam perjalanan ke Akademik 
Pengajian Islam (API), Univerisiti Malaya untuk berjumpa kawan yang 
belajar di UM pada jam 8 malam, 12 Julai 2009. Motorsikal kami rosak 
ketika menghampiri kolam renang pusat sukan, maka kami terus berjalan 
kaki ke destinasi. Kami dipanggil seorang yang nampak garang dan tidak 
beruniform, memperkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan di depan surau 
API.


Pengawal bercakap dengan suara garang ketika meminta kad pengenalan 
saya. Saya agak takut dengan orang yang tidak saya kenali dan garang 
itu. Saya cuba meminta kad identiti dia, tetapi dia menunjuk kad 
identitinya dengan menutup nombor dengan tangan, namanya Izaham. Oleh 
kerana dia menutup nombor, saya rasa lagi takut dan mahu terus masuk API untuk 
berjumpa kawan, tetapi tidak dibenarkannya. Selepas itu, dua 
orang yang tidak beruniform turut sampai, menambah ketakutan kami.
Bekerjasama dengan polis


Selepas itu, kawan kami Redzuan dan Aizat keluar jumpa kami, dan 
membuktikan bahawa kami memang ada temujanji, tetapi kami tidak tahu apa 
sebabnya mereka masih mendakwa kami sebagai penceroboh. Saya berasa 
takut dan meminta bantuan polis dari balai polis Lembah Pantai.


Tidak lama kemudian, polis beruniform datang dengan kereta polis, 
mereka meminta kad pengenalan kami, kami terus serahkan dan bekerjasama 
dengan polis, termasuk membuka beg untuk diperiksa polis.


Seterusnya kami dibawa ke tempat letak motosikal kami, saya ditanya 
polis tentang lakaran memorandum bertajuk “Jadikan Jalan Raya Kami 
Selamat” (Making Our Streets Safe) yang terdapat di bakul motosikal saya bawa, 
di mana memo ini ditulis kepada Perdana Menteri Najib Abdul 
Razak, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Walaupun saya 
telah menjawab kepada polis, bahawa itu ialah kertas untuk mengelap 
kotoran motosikal, dan saya telah menggunakannya untuk mengelap rantai 
motor yang penuh dengan minyak hitam.


Apabila kami dibawa ke balai polis, kita mendapati polis memang tidak 
profesional. Kami ingin membuat laporan tentang apa yang telah berlaku 
tetapi tidak dibenarkan. Polis pula menahan kami atas laporan yang 
dibuat oleh Izaham. Ini adalah double-standard. Membuat laporan polis 
adalah hak asasi manusia.
Setelah kami ditahan, kami diminta menandatangani satu dokumen tanpa 
penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah dokumen yang menafikan 
hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah 
sampai di balai polis dan menyuruh saya supaya tidak menandatanganinya. 
Mendapatkan bantuan peguam juga merupakan hak asasi manusia.


Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta 
untuk membuat laporan polis, namun dia jawab kami boleh buat 
laporan polis pada pagi esok. Tetapi pada hari esok, iaitu 13 Julai, 
kami terus dibawa ke Majistret untuk dipanjangkan tempoh tahanan. Pihak 
polis meminta supaya tahanan disambung empat hari, atas nama tidak 
bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menandatangani surat penafian 
hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? 
Akhirnya kami dipanjangkan tempoh tahanan selama dua hari.


Tiada makanan dibekalkan


Selepas balik dari majistret, kami terus dibawa ke balai polis 
Brickfield dan tidak diberi makanan tengah hari. Kami meminta makanan 
tengah hari, tetapi polis berkata tiada makanan di balai polis 
Brickfield, makanan hanya dibekal di lokap. Kami dibawa ke balai polis 
Brickfield untuk diambil keterangan oleh pegawai inspektor (IO). Saya 
meminta supaya ditemani peguam ketika mengambil keterangan, tetapi tidak 
dibenarkan atas sebab kami telah berjumpa dengan peguam pada malam 12 
Julai. Akhirnya, kami tetap memberi keterangan.


Pada pagi 14 Julai, kami dibawa untuk berjumpa special branch. Kami 
diasingkan ketika soal siasat dijalankan. Mereka menanya tentang 
maklumat peribadi saya, sama ada ahli keluarga terlibat dalam mana-mana 
parti politik. Selain itu, mereka kelihatan sangat berminat untuk 
mengetahui sebab saya berjumpa dengan kawan saya Redzuan. Oleh kerana 
itu hak peribadi, saya tidak memaklumkan apa-apa.
Candle Light Vigil budaya Kristian?


Selain itu, mereka juga memberi keterangan tentang perhimpunan 
menyalakan lilin (candle light vigil) ini ialah budaya kristian, saya 
disuruh google Good Friday untuk maklumat yang lebih lanjut. Menurut 
mereka, ISA ialah akta yang perlu untuk menjaga keamanan, tetapi ISA 
ialah akta yang terakhir untuk digunakan, dan menasihati saya supaya 
tidak menghadiri himpunan mansuhkan ISA pada 1hb Ogos ini. Kalau hadir, 
kemungkinan besar akan masuk balik lokap.
Atas usaha orang ramai termasuk rayuan segera (urgent appeal), 
menelefon pegawai inspektor (IO) kami dan perhimpunan menyalakan lilin 
(candle light vigil) pada 13 Julai malam, kami telah dibebaskan tanpa 
bersalah. Saya tengah fikir, polis yang profesional harus menyiasat dan 
mendapatkan bukti barulah menangkap, tetapi kami telah ditangkap baru 
disiasat, ini telah menyebabkan kami ditahan dua hari, kehilangan 
kebebasan sebanyak dua hari. Polis yang profesional seharusnya menyiasat 
sebelum menangkap supaya rakyat tidak ditahan begitu sahaja.
Macam-macam dalam lokap


Selain itu, polis juga menangkap pembantu siasat sekali apabila menangkap orang 
yang disyaki.


Terdapat beberapa kes dalam lokap yang kami jumpai. Seorang didapati 
memilik dadah maka empat orang lagi teman serumah juga ditahan. Kami 
juga mendapati satu kes di mana seorang budak disyaki mencuri, tetapi 
nenek, ibu dan lima kanak-kanak lagi juga ditahan termasuk seorang yang 
berumur 1 tahun. Saya berasa kesian atas kejadian yang saya nampak.


Di samping itu, kedua-dua malam saya dalam lokap, kami berjumlah 20 
lebih orang tidur dalam satu ruang yang kecil, dan saya terpaksa tidur 
dekat dengan tempat buang air kencing, mandi dan berak. Pengaliran air 
itu tersumpat, bau memang cukup kuat dalam lokap itu.


Polis Meminta Maaf


Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan memberitahu mereka 
bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan 
besar mereka juga mengikut arahan atas yang sangat mengambil berat 
tentang kawan yang saya mahu jumpa iaitu Redzuan, Pengerusi Majlis 
Perwakilan Mahasiswa, dan memorandum kepada Perdana Menteri baru kami, 
YAB Najib yang baru berkuasa 100 hari pada 11 Julai. Seorang lagi 
pegawai inspektor (IO) memberitahu API (bukan Adademik Pengajian Islam) 
panas pada malam Ahad yang saya ditahan. Saya sempat berjumpa dengannya 
pada hari yang dibebas iaitu 14 Julai, tetapi dia tidak jawab soalan 
saya, api siapa yang panas?


*Ong Jing Cheng ditahan pada malam 12 Julai atas tuduhan “mencerobohi kawasan 
Universiti Malaya”.
============================================================

8 TUNTUTAN UNTUK KEADILAN


PELEKAT PALSU BERSIH USAHA SABOTAJ HIMPUNAN 9 JULAI – keadilan daily

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu
yang mencetak dan mengedarkan pelekat palsu dengan tujuan mensabotaj
Perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mendedahkan sebuah kilang di Johor
Bahru yang mencetak pelekat palsu menggunakan logo Bersih tertera perkataan
‘Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang, BuktIkan Kita Mampu Seperti
Libya’

“Semakan telah dibuat dan cetakan ini bukan daripada Bersih. Ini adalah
usaha untuk menimbulkan suasana tegang.

“Kita telah dimaklumkan bahawa pelekat ini dicetak dengan banyak untuk
diedar kepada orang ramai,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen
Kubang Kerian.

Kenytaaan itu susulan dakwaan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),
Badrul Hisham Shaharin hari ini bahawa pelekat berkenaan diletakkan pada
puluhan kereta di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan, tindakan
terancang itu merupakan usaha ‘reverse psychology’ bertujuan
menimbulkan kemarahan kepada Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini merupakan kemuncak kemarahan rakyat Malaysia kepada Barisan
Nasional. Percubaan ini bertujuan untuk mengalihkan kemarahan mereka kepada
Pakatan Rakyat.

NOTA:
kita wajib waspada
gerombolan yang semakin hilang sokongan
semakin kelihatan gila
jangan terperangkap dengan ajenda gerombolan

pada 9 julai ini kita berhimpun
dalam suasana santai
kita berkumpul dalam suasana aman
kita datang ke kuala lumpur bersama anak isteri dan keluarga
kita berkeleh dalam pusat kota

siapa yang bikin kacau
siapa yang cuba buat onar
siapa yang cuba membuat gaduh
sah dan saheh orang ini adalah ajen gerombolan

perhatikan kelakuannya
ambil gambarnya untuk dijadikan kenangan abadi
kah kah kah

============================================================
Subject:CIA, FBI dan PDRM
 
CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer 
bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. 

Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA
 masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke 
seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan 
batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 
bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka 
membakar 
hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab 
tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm 
hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas 
itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. beruang itu 
menjerit, 'OK, oK... aku arnab... aku arnab!!

P/s cekap tak PDRM? 
 
-- 
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam 
Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian 
Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati 
atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'
 
============================================================
Titah Seri Paduka
Bila Agung bertitah
Ada orang melatah
Menteri menggelabah
Fatwa bisa diubah
Haram jadi mubah
Kalau buat tidak salah
Tak buat pun tak salah
Apa kata ulama pemerintah
Halal atau haram jadah
Bila Israel serang Gazzah
Bila kartun hina Rasulullah
Ulama muda baik duduk rumah
Kan haram berdemo rasa marah 

Istihar pula Bersih haram
Fatwa diumumkan Hisham
Fatwa yang bau masam
Penuh dengan rasa dendam
Polis tangkap dan godam
Pakai baju kuning kelam
Pakai baju pun kira haram
Provokasi kaum tak haram
Tengok Berahim Perkasam
BarCouncil dimaki anakharam
Itu semua halalan toyibam

Bersih haram tapi Agung jumpa
Agung jumpa Zaid dan Ambiga
Turut bersama Sasterawan Negara
Rambut panjang tapi segak bergaya
Kalau haram mana boleh ke istana
Kalau komunis mesti Raja murka
Jangan bawa keluar cerita auta
Jumpa bom parang dan senjata
Rakyat bukan tak tau baca
Semua pandai cerdik belaka
Ini pergi janji stadium bola
Kalau PAS kalah pilihanaraya
Oghe Kelate tok seh Anuar Musa
Tok Guru for all pilihan semua.

Keris Silau
Rabu, 6 Julai 2011 
============================================================
Kehidupan yang Sementara

Wahai saudara-saudara
Dunia ini cuma sementara
Bila sudah sampai masa kita
Izrail datang mencabut nyawa
Mati pasti datang untuk setiap manusia
Masa itu tidak dapat lari ke mana
Walaupun dikawal polis dan tentera
Tiada siapa boleh menghalangNya
Tinggallah kawan-karib sanak-saudara
Tinggallah rumah kereta dan harta
Tiada satu pun boleh dibawa
Kecualilah amal dan taqwa

Tinggallah sendiri dalam keranda
Tanpa ditemani oleh sesiapa
Menunggu malaikat untuk ditanya
Siapa tuhan kamu Marabukka
Kalau kita bertuhankan manusia
Kalau tuhan kita Ringgit Malaysia
Kalau kita sangsi dan kurang percaya
Yang Allah ialah Maha Pencipta
Yang bumi ini milik Allahuatala
Lidah kita tidak akan berdusta
Maka lidah akan berkata-kata
Kita tidak akan dapat lebihan masa
Tak boleh berpatah balik ke dunia
Menyesal pun tidak berguna
Nah masuk kamu ke dalam neraka
Yang dipenuhi azab sengsara

Hukuman bagi yang engkar
Mereka yang tidak mahu dengar
Tidak percaya Allah Maha Besar
Mereka inilah golongan kufur tegar
Walaupun sudah tua tapi tak sedar
Jikalau berjanji mereka engkar
Jikalau berhutang mereka tak bayar
Tak kiralah dengan along atau chetiar
Atau yang merompak bermiliyar-miliyar
Sedangkan rakyat hidup miskin tegar

Tinggalkan solat Isya Subuh serta Asar
Solat puasa haji zakat selalu tersasar
Perkara dunia senang tapi akhirat sukar
Kalau soal bangsa semangat berkobar
Kalau soal agama semangatnya pudar
Membuat fitnah besar lalu disebar
Menggunakan media dan jalur lebar
Termasuklah alam siber dan suratkhabar
Sedangkan Aishah pun difitnah inikan Anwar

Perkara aqidah mereka buat-buat kelakar
Kafirkan sahabat nabi AbuBakr dan Umar
Imam MasjidilHaram pun juga diselar
Mereka bertopengkan ijazah dari Azhar 
Walaupun kepala dililit serban besar
Kata-kata nista macam mulut lasar
Golongan Ahbash suka buat tuduhan liar
Malangnya bergerak bebas tulisan disiar
Golongan inilah yang selalu buat mangkar
Maka siksaan Allah amat dasyat didalam Nar

Keris Silau
28 April 2011
============================================================
Kegawatan Aqidah
Apa jadi dengan orang kita?
Itu tajuk forum ehwal semasa
Ahli panel hebat-hebat belaka
Para cendiakawan dan prof madya
Yang bergelar datuk atau ulama
Membahaskan isu yang melanda
Melanda orang tua dan orang muda
Orang dewasa dan juga remaja
Tokoh politik dan rakyat biasa
Ahli korporat dan golongan pekerja

Apa jadi dengan orang kita?
Masalah kegawatan aqidah agama
Gawatnya aqidah macam satu bencana
Walaupun kita tiada tsunami atau gempa
Aqidah kita bak tsunami di Sumatera
Indeks aqidah kita jatuh banyak anak tangga 
Seharusnya kita hebat kerana agama kita
Aqidah yang bertunjangkan Allah Maha Esa
Yang menganjurkan akhlak dan nilai mulia
Namun kita memilih jalan yang gelap gelita
Walaupun kita sebenarnya memiliki cahaya

Apa jadi dengan orang kita?
Kita lebih gemar menganjurkan pesta
Kita lebih suka berhibur mari berdansa
Hiburan percuma di ambang merdeka
Arak dan rokok semuanya ditaja 
Itu yang kita sajikan setiap masa
Kita paparkan lucah di akhbar perdana
Kita siarkan keaiban dalam media prima
Orang politik sanggup buat apa saja
Demi untuk mereka kekal berkuasa
Saban tahun lapuran Ketua Audit Negara
Disana sini ketirisan dan tiada sebutharga
Beli kapal selam komisen sampai 500 juta
Namun lapuran cuma di arkibkan saja
Yang menyeleweng dibiar tanpa bicara 

Apa jadi dengan orang kita?
Maka terjadilah kemungkaran berleluasa
Rasuah dan pecah amanah amalan biasa
Dari ikan bilis hingga merong mahawangsa
Kita suka memaparkan dosa-dosa
Pakaian yang ketat dan menjolok mata 
Kawin disusahkan lebih mudah berzina
Maka terjadilah buang bayi merata-rata
Talian Nur cuma batuk ditangga
Jenayah bunuh tiap-tiap hari di berita
Bunuh saudara bunuh gadis mongolia
Penagihan dadah kronik dikalangan remaja
Mat-mat rempit jadi raja dijalanraya

Apa jadi dengan orang kita?
Adakah kita kekurangan alim ulama
Tidak malahan ramai lulusan agama
Tapi ramai yang menjual agama mereka
Menjual agama demi pangkat dan harta
Mereka juga suka mengejar gelayma
Gemar mendampingi golongan berada
Berdaawah dari bilik dingin yang selesa
Makan minum pakaian orang jaga
Hari kebesaran dapat datuk paduka
Isu yang besar tak keluar fatwa
Isu khilaf dijadikan agenda utama

Apa jadi dengan orang kita?
Sebab jalan gelap pilihan kita
Walaupun kita memiliki cahaya
Itu kata Abul Ala Maududi ulama terkemuka
Junjungan kita Rasulullah juga bersabda
Kutinggalkan untuk kamu dua perkara
Supaya kamu tidak tersesat selama-lamanya
Selama kamu masih berpegang kepada duanya 
Iaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya
Namun Melayu mudah lupa dan alpa
Sebab tu pertimbangan kita tersasar landasannya
Kita rela guna akal semata-mata
Tanpa panduan dan wahyu Allahutaala

Keris Silau
8 April 2011 
============================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke