Hehehe... kalo orang Islam sih ngerampok dan malak kafir demi harta. Lalu 
hartanya dipake buat apa? Buat beli budak, beli emas dan foya2 lainnya.




>________________________________
>From: Hizamri Johari <hiza...@yahoo.com>
>To: Bukuku Kekasihku <bukukukekasi...@yahoogroups.com>; Indo - Pantau 
>Komunitas <pantau-komuni...@yahoogroups.com>; Kerja-Lowongan 
><kerja_lowon...@yahoogroups.com>; Poros-Tengah <poros-ten...@yahoogroups.com>; 
>Prilaku-Sukses <prilakusuk...@yahoogroups.com>; Pro Letar 
><proletar@yahoogroups.com>; Promo-Bisnis <promo-bis...@yahoogroups.com>; 
>Promo-Jogja <promojo...@yahoogroups.com>; PromoAkbar 
><promoak...@yahoogroups.com>; Promosi-Investasi 
><promosi-invest...@yahoogroups.com>; Promosi-Power 
><promosi-po...@yahoogroups.com>; Wawasan-Baru <wawasanb...@yahoogroups.com>
>Sent: Sunday, July 10, 2011 8:21 AM
>Subject: [proletar] BP - Bicara Politik 10 - Kisah benar di-Lokap
>
>
>  
>
>
>Salam
>
>Pesan Nabi SAW :
>
>“Jawatan kepimpinan itu 
>pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan 
>pada akhirnya azab pada hari kiamat”
>( al-Tabrani )
>
>http://salwa86.blogspot.com/2009/04/larangan-meminta-jawatan-sebagai.html
>
>Namun masih ramai yang berebut-rebut..
>
>[3.116] Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak 
>mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah 
>sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya. 
>
>[3.117] Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan
>dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang 
>membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri 
>mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya 
>mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. 
>
>http://www.PetitionOnline.com/Bersih2/
>
>WAllahua3lam
>Wassalam
>Hizamri
>
>============================================================
>
>http://ongjingcheng.wordpress.com/
>
>Oleh Ong Jing Cheng
>
>Eksklusif Saya Ong Jing Cheng (gambar kiri) dan seorang kawan saya 
>Yap Heng Lung telah ditahan ketika kami dalam perjalanan ke Akademik 
>Pengajian Islam (API), Univerisiti Malaya untuk berjumpa kawan yang 
>belajar di UM pada jam 8 malam, 12 Julai 2009. Motorsikal kami rosak 
>ketika menghampiri kolam renang pusat sukan, maka kami terus berjalan 
>kaki ke destinasi. Kami dipanggil seorang yang nampak garang dan tidak 
>beruniform, memperkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan di depan surau 
>API.
>
>Pengawal bercakap dengan suara garang ketika meminta kad pengenalan 
>saya. Saya agak takut dengan orang yang tidak saya kenali dan garang 
>itu. Saya cuba meminta kad identiti dia, tetapi dia menunjuk kad 
>identitinya dengan menutup nombor dengan tangan, namanya Izaham. Oleh 
>kerana dia menutup nombor, saya rasa lagi takut dan mahu terus masuk API untuk 
>berjumpa kawan, tetapi tidak dibenarkannya. Selepas itu, dua 
>orang yang tidak beruniform turut sampai, menambah ketakutan kami.
>Bekerjasama dengan polis
>
>Selepas itu, kawan kami Redzuan dan Aizat keluar jumpa kami, dan 
>membuktikan bahawa kami memang ada temujanji, tetapi kami tidak tahu apa 
>sebabnya mereka masih mendakwa kami sebagai penceroboh. Saya berasa 
>takut dan meminta bantuan polis dari balai polis Lembah Pantai.
>
>Tidak lama kemudian, polis beruniform datang dengan kereta polis, 
>mereka meminta kad pengenalan kami, kami terus serahkan dan bekerjasama 
>dengan polis, termasuk membuka beg untuk diperiksa polis.
>
>Seterusnya kami dibawa ke tempat letak motosikal kami, saya ditanya 
>polis tentang lakaran memorandum bertajuk “Jadikan Jalan Raya Kami 
>Selamat” (Making Our Streets Safe) yang terdapat di bakul motosikal saya bawa, 
>di mana memo ini ditulis kepada Perdana Menteri Najib Abdul 
>Razak, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Walaupun saya 
>telah menjawab kepada polis, bahawa itu ialah kertas untuk mengelap 
>kotoran motosikal, dan saya telah menggunakannya untuk mengelap rantai 
>motor yang penuh dengan minyak hitam.
>
>Apabila kami dibawa ke balai polis, kita mendapati polis memang tidak 
>profesional. Kami ingin membuat laporan tentang apa yang telah berlaku 
>tetapi tidak dibenarkan. Polis pula menahan kami atas laporan yang 
>dibuat oleh Izaham. Ini adalah double-standard. Membuat laporan polis 
>adalah hak asasi manusia.
>Setelah kami ditahan, kami diminta menandatangani satu dokumen tanpa 
>penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah dokumen yang menafikan 
>hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah 
>sampai di balai polis dan menyuruh saya supaya tidak menandatanganinya. 
>Mendapatkan bantuan peguam juga merupakan hak asasi manusia.
>
>Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta 
>untuk membuat laporan polis, namun dia jawab kami boleh buat 
>laporan polis pada pagi esok. Tetapi pada hari esok, iaitu 13 Julai, 
>kami terus dibawa ke Majistret untuk dipanjangkan tempoh tahanan. Pihak 
>polis meminta supaya tahanan disambung empat hari, atas nama tidak 
>bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menandatangani surat penafian 
>hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? 
>Akhirnya kami dipanjangkan tempoh tahanan selama dua hari.
>
>Tiada makanan dibekalkan
>
>Selepas balik dari majistret, kami terus dibawa ke balai polis 
>Brickfield dan tidak diberi makanan tengah hari. Kami meminta makanan 
>tengah hari, tetapi polis berkata tiada makanan di balai polis 
>Brickfield, makanan hanya dibekal di lokap. Kami dibawa ke balai polis 
>Brickfield untuk diambil keterangan oleh pegawai inspektor (IO). Saya 
>meminta supaya ditemani peguam ketika mengambil keterangan, tetapi tidak 
>dibenarkan atas sebab kami telah berjumpa dengan peguam pada malam 12 
>Julai. Akhirnya, kami tetap memberi keterangan.
>
>Pada pagi 14 Julai, kami dibawa untuk berjumpa special branch. Kami 
>diasingkan ketika soal siasat dijalankan. Mereka menanya tentang 
>maklumat peribadi saya, sama ada ahli keluarga terlibat dalam mana-mana 
>parti politik. Selain itu, mereka kelihatan sangat berminat untuk 
>mengetahui sebab saya berjumpa dengan kawan saya Redzuan. Oleh kerana 
>itu hak peribadi, saya tidak memaklumkan apa-apa.
>Candle Light Vigil budaya Kristian?
>
>Selain itu, mereka juga memberi keterangan tentang perhimpunan 
>menyalakan lilin (candle light vigil) ini ialah budaya kristian, saya 
>disuruh google Good Friday untuk maklumat yang lebih lanjut. Menurut 
>mereka, ISA ialah akta yang perlu untuk menjaga keamanan, tetapi ISA 
>ialah akta yang terakhir untuk digunakan, dan menasihati saya supaya 
>tidak menghadiri himpunan mansuhkan ISA pada 1hb Ogos ini. Kalau hadir, 
>kemungkinan besar akan masuk balik lokap.
>Atas usaha orang ramai termasuk rayuan segera (urgent appeal), 
>menelefon pegawai inspektor (IO) kami dan perhimpunan menyalakan lilin 
>(candle light vigil) pada 13 Julai malam, kami telah dibebaskan tanpa 
>bersalah. Saya tengah fikir, polis yang profesional harus menyiasat dan 
>mendapatkan bukti barulah menangkap, tetapi kami telah ditangkap baru 
>disiasat, ini telah menyebabkan kami ditahan dua hari, kehilangan 
>kebebasan sebanyak dua hari. Polis yang profesional seharusnya menyiasat 
>sebelum menangkap supaya rakyat tidak ditahan begitu sahaja.
>Macam-macam dalam lokap
>
>Selain itu, polis juga menangkap pembantu siasat sekali apabila menangkap 
>orang yang disyaki.
>
>Terdapat beberapa kes dalam lokap yang kami jumpai. Seorang didapati 
>memilik dadah maka empat orang lagi teman serumah juga ditahan. Kami 
>juga mendapati satu kes di mana seorang budak disyaki mencuri, tetapi 
>nenek, ibu dan lima kanak-kanak lagi juga ditahan termasuk seorang yang 
>berumur 1 tahun. Saya berasa kesian atas kejadian yang saya nampak.
>
>Di samping itu, kedua-dua malam saya dalam lokap, kami berjumlah 20 
>lebih orang tidur dalam satu ruang yang kecil, dan saya terpaksa tidur 
>dekat dengan tempat buang air kencing, mandi dan berak. Pengaliran air 
>itu tersumpat, bau memang cukup kuat dalam lokap itu.
>
>Polis Meminta Maaf
>
>Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan memberitahu mereka 
>bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan 
>besar mereka juga mengikut arahan atas yang sangat mengambil berat 
>tentang kawan yang saya mahu jumpa iaitu Redzuan, Pengerusi Majlis 
>Perwakilan Mahasiswa, dan memorandum kepada Perdana Menteri baru kami, 
>YAB Najib yang baru berkuasa 100 hari pada 11 Julai. Seorang lagi 
>pegawai inspektor (IO) memberitahu API (bukan Adademik Pengajian Islam) 
>panas pada malam Ahad yang saya ditahan. Saya sempat berjumpa dengannya 
>pada hari yang dibebas iaitu 14 Julai, tetapi dia tidak jawab soalan 
>saya, api siapa yang panas?
>
>*Ong Jing Cheng ditahan pada malam 12 Julai atas tuduhan “mencerobohi kawasan 
>Universiti Malaya”.
>============================================================
>
>8 TUNTUTAN UNTUK KEADILAN
>
>PELEKAT PALSU BERSIH USAHA SABOTAJ HIMPUNAN 9 JULAI – keadilan daily
>
>Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu
>yang mencetak dan mengedarkan pelekat palsu dengan tujuan mensabotaj
>Perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
>
>Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mendedahkan sebuah kilang di Johor
>Bahru yang mencetak pelekat palsu menggunakan logo Bersih tertera perkataan
>‘Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang, BuktIkan Kita Mampu Seperti
>Libya’
>
>“Semakan telah dibuat dan cetakan ini bukan daripada Bersih. Ini adalah
>usaha untuk menimbulkan suasana tegang.
>
>“Kita telah dimaklumkan bahawa pelekat ini dicetak dengan banyak untuk
>diedar kepada orang ramai,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen
>Kubang Kerian.
>
>Kenytaaan itu susulan dakwaan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),
>Badrul Hisham Shaharin hari ini bahawa pelekat berkenaan diletakkan pada
>puluhan kereta di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
>
>Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan, tindakan
>terancang itu merupakan usaha ‘reverse psychology’ bertujuan
>menimbulkan kemarahan kepada Pakatan Rakyat.
>
>“Sekarang ini merupakan kemuncak kemarahan rakyat Malaysia kepada Barisan
>Nasional. Percubaan ini bertujuan untuk mengalihkan kemarahan mereka kepada
>Pakatan Rakyat.
>
>NOTA:
>kita wajib waspada
>gerombolan yang semakin hilang sokongan
>semakin kelihatan gila
>jangan terperangkap dengan ajenda gerombolan
>
>pada 9 julai ini kita berhimpun
>dalam suasana santai
>kita berkumpul dalam suasana aman
>kita datang ke kuala lumpur bersama anak isteri dan keluarga
>kita berkeleh dalam pusat kota
>
>siapa yang bikin kacau
>siapa yang cuba buat onar
>siapa yang cuba membuat gaduh
>sah dan saheh orang ini adalah ajen gerombolan
>
>perhatikan kelakuannya
>ambil gambarnya untuk dijadikan kenangan abadi
>kah kah kah
>
>============================================================
>Subject:CIA, FBI dan PDRM
> 
>CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer 
>bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. 
>
>Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.
>
>CIA
>masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke 
>seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan 
>batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 
>bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.
>
>Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka 
>membakar 
>hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab 
>tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm 
>hutan itu.
>
>PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas 
>itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. beruang itu 
>menjerit, 'OK, oK... aku arnab... aku arnab!!
>
>P/s cekap tak PDRM? 
> 
>-- 
>Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam 
>Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian 
>Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati 
>atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'
> 
>============================================================
>Titah Seri Paduka
>Bila Agung bertitah
>Ada orang melatah
>Menteri menggelabah
>Fatwa bisa diubah
>Haram jadi mubah
>Kalau buat tidak salah
>Tak buat pun tak salah
>Apa kata ulama pemerintah
>Halal atau haram jadah
>Bila Israel serang Gazzah
>Bila kartun hina Rasulullah
>Ulama muda baik duduk rumah
>Kan haram berdemo rasa marah 
>
>Istihar pula Bersih haram
>Fatwa diumumkan Hisham
>Fatwa yang bau masam
>Penuh dengan rasa dendam
>Polis tangkap dan godam
>Pakai baju kuning kelam
>Pakai baju pun kira haram
>Provokasi kaum tak haram
>Tengok Berahim Perkasam
>BarCouncil dimaki anakharam
>Itu semua halalan toyibam
>
>Bersih haram tapi Agung jumpa
>Agung jumpa Zaid dan Ambiga
>Turut bersama Sasterawan Negara
>Rambut panjang tapi segak bergaya
>Kalau haram mana boleh ke istana
>Kalau komunis mesti Raja murka
>Jangan bawa keluar cerita auta
>Jumpa bom parang dan senjata
>Rakyat bukan tak tau baca
>Semua pandai cerdik belaka
>Ini pergi janji stadium bola
>Kalau PAS kalah pilihanaraya
>Oghe Kelate tok seh Anuar Musa
>Tok Guru for all pilihan semua.
>
>Keris Silau
>Rabu, 6 Julai 2011 
>============================================================
>Kehidupan yang Sementara
>
>Wahai saudara-saudara
>Dunia ini cuma sementara
>Bila sudah sampai masa kita
>Izrail datang mencabut nyawa
>Mati pasti datang untuk setiap manusia
>Masa itu tidak dapat lari ke mana
>Walaupun dikawal polis dan tentera
>Tiada siapa boleh menghalangNya
>Tinggallah kawan-karib sanak-saudara
>Tinggallah rumah kereta dan harta
>Tiada satu pun boleh dibawa
>Kecualilah amal dan taqwa
>
>Tinggallah sendiri dalam keranda
>Tanpa ditemani oleh sesiapa
>Menunggu malaikat untuk ditanya
>Siapa tuhan kamu Marabukka
>Kalau kita bertuhankan manusia
>Kalau tuhan kita Ringgit Malaysia
>Kalau kita sangsi dan kurang percaya
>Yang Allah ialah Maha Pencipta
>Yang bumi ini milik Allahuatala
>Lidah kita tidak akan berdusta
>Maka lidah akan berkata-kata
>Kita tidak akan dapat lebihan masa
>Tak boleh berpatah balik ke dunia
>Menyesal pun tidak berguna
>Nah masuk kamu ke dalam neraka
>Yang dipenuhi azab sengsara
>
>Hukuman bagi yang engkar
>Mereka yang tidak mahu dengar
>Tidak percaya Allah Maha Besar
>Mereka inilah golongan kufur tegar
>Walaupun sudah tua tapi tak sedar
>Jikalau berjanji mereka engkar
>Jikalau berhutang mereka tak bayar
>Tak kiralah dengan along atau chetiar
>Atau yang merompak bermiliyar-miliyar
>Sedangkan rakyat hidup miskin tegar
>
>Tinggalkan solat Isya Subuh serta Asar
>Solat puasa haji zakat selalu tersasar
>Perkara dunia senang tapi akhirat sukar
>Kalau soal bangsa semangat berkobar
>Kalau soal agama semangatnya pudar
>Membuat fitnah besar lalu disebar
>Menggunakan media dan jalur lebar
>Termasuklah alam siber dan suratkhabar
>Sedangkan Aishah pun difitnah inikan Anwar
>
>Perkara aqidah mereka buat-buat kelakar
>Kafirkan sahabat nabi AbuBakr dan Umar
>Imam MasjidilHaram pun juga diselar
>Mereka bertopengkan ijazah dari Azhar 
>Walaupun kepala dililit serban besar
>Kata-kata nista macam mulut lasar
>Golongan Ahbash suka buat tuduhan liar
>Malangnya bergerak bebas tulisan disiar
>Golongan inilah yang selalu buat mangkar
>Maka siksaan Allah amat dasyat didalam Nar
>
>Keris Silau
>28 April 2011
>============================================================
>Kegawatan Aqidah
>Apa jadi dengan orang kita?
>Itu tajuk forum ehwal semasa
>Ahli panel hebat-hebat belaka
>Para cendiakawan dan prof madya
>Yang bergelar datuk atau ulama
>Membahaskan isu yang melanda
>Melanda orang tua dan orang muda
>Orang dewasa dan juga remaja
>Tokoh politik dan rakyat biasa
>Ahli korporat dan golongan pekerja
>
>Apa jadi dengan orang kita?
>Masalah kegawatan aqidah agama
>Gawatnya aqidah macam satu bencana
>Walaupun kita tiada tsunami atau gempa
>Aqidah kita bak tsunami di Sumatera
>Indeks aqidah kita jatuh banyak anak tangga 
>Seharusnya kita hebat kerana agama kita
>Aqidah yang bertunjangkan Allah Maha Esa
>Yang menganjurkan akhlak dan nilai mulia
>Namun kita memilih jalan yang gelap gelita
>Walaupun kita sebenarnya memiliki cahaya
>
>Apa jadi dengan orang kita?
>Kita lebih gemar menganjurkan pesta
>Kita lebih suka berhibur mari berdansa
>Hiburan percuma di ambang merdeka
>Arak dan rokok semuanya ditaja 
>Itu yang kita sajikan setiap masa
>Kita paparkan lucah di akhbar perdana
>Kita siarkan keaiban dalam media prima
>Orang politik sanggup buat apa saja
>Demi untuk mereka kekal berkuasa
>Saban tahun lapuran Ketua Audit Negara
>Disana sini ketirisan dan tiada sebutharga
>Beli kapal selam komisen sampai 500 juta
>Namun lapuran cuma di arkibkan saja
>Yang menyeleweng dibiar tanpa bicara 
>
>Apa jadi dengan orang kita?
>Maka terjadilah kemungkaran berleluasa
>Rasuah dan pecah amanah amalan biasa
>Dari ikan bilis hingga merong mahawangsa
>Kita suka memaparkan dosa-dosa
>Pakaian yang ketat dan menjolok mata 
>Kawin disusahkan lebih mudah berzina
>Maka terjadilah buang bayi merata-rata
>Talian Nur cuma batuk ditangga
>Jenayah bunuh tiap-tiap hari di berita
>Bunuh saudara bunuh gadis mongolia
>Penagihan dadah kronik dikalangan remaja
>Mat-mat rempit jadi raja dijalanraya
>
>Apa jadi dengan orang kita?
>Adakah kita kekurangan alim ulama
>Tidak malahan ramai lulusan agama
>Tapi ramai yang menjual agama mereka
>Menjual agama demi pangkat dan harta
>Mereka juga suka mengejar gelayma
>Gemar mendampingi golongan berada
>Berdaawah dari bilik dingin yang selesa
>Makan minum pakaian orang jaga
>Hari kebesaran dapat datuk paduka
>Isu yang besar tak keluar fatwa
>Isu khilaf dijadikan agenda utama
>
>Apa jadi dengan orang kita?
>Sebab jalan gelap pilihan kita
>Walaupun kita memiliki cahaya
>Itu kata Abul Ala Maududi ulama terkemuka
>Junjungan kita Rasulullah juga bersabda
>Kutinggalkan untuk kamu dua perkara
>Supaya kamu tidak tersesat selama-lamanya
>Selama kamu masih berpegang kepada duanya 
>Iaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya
>Namun Melayu mudah lupa dan alpa
>Sebab tu pertimbangan kita tersasar landasannya
>Kita rela guna akal semata-mata
>Tanpa panduan dan wahyu Allahutaala
>
>Keris Silau
>8 April 2011 
>============================================================
>
>[Non-text portions of this message have been removed]
>
>
> 
>
>

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke