Kalo pengurus zakat makan duit zakat 100% jg gpp koq, krn halal.

9:60. Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, 
orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk 
hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk 
jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai 
suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi 
Maha Bijaksana [647].

[647] Yang berhak menerima zakat ialah: 1. Orang fakir: orang yang amat 
sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi 
penghidupannya. 2. Orang miskin: orang yang tidak cukup penghidupannya 
dan dalam keadaan kekurangan. 3. Pengurus zakat: orang yang diberi tugas
 untuk mengumpulkan dan membagikan zakat. 4. Muallaf: orang kafir yang 
ada harapan masuk Islam dan orang yang baru masuk Islam yang imannya 
masih lemah. 5. Memerdekakan budak: mencakup juga untuk melepaskan 
muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir. 6. Orang berhutang: orang 
yang berhutang karena untuk kepentingan yang bukan ma'siat dan tidak 
sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara 
persatuan umat Islam dibayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia 
mampu membayarnya. 7. Pada jalan Allah (sabilillah): yaitu untuk 
keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin. Di antara mufasirin ada 
yang berpendapat bahwa fisabilillah itu mencakup juga 
kepentingan-kepentingan umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit dan
 lain-lain. 8. Orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan ma'siat 
mengalami kesengsaraan dalam perjalanannya.





>________________________________
>From: Hizamri Johari <hiza...@yahoo.com>
>To: Ingatan <inga...@yahoogroups.com>; IT Malaysia 
><it_malay...@yahoogroups.com>; Kelakar <kela...@yahoogroups.com>; Kenalan 
>Abadi <kenalan-ab...@yahoogroups.com>; Kerja-Lowongan 
><kerja_lowon...@yahoogroups.com>; "klmenje...@yahoogroups.com" 
><klmenje...@yahoogroups.com>; Mahligai Group <mahli...@yahoogroups.com>; 
>Malaysia Ria <malaysia...@yahoogroups.com>; MalaysiaNews 
><malaysian...@yahoogroups.com>; MANGKUKHAYUN <mangkukha...@yahoogroups.com>; 
>Mat Rempit Snatch Thieves 
><mat_rempit_snatch_thieves_violent_cri...@yahoogroups.com>; Melayu Boleh 
><melayu_bo...@yahoogroups.com>; Nurhikmah <nurhik...@yahoogroups.com>; Pak 
>Belang <pakbel...@yahoogroups.com>; Penawar Ku <penawa...@yahoogroups.com>; 
>Plus Program <plusprog...@yahoogroups.com>; Pro Letar 
><proletar@yahoogroups.com>; Promo-Bisnis <promo-bis...@yahoogroups.com>; 
>PromoAkbar <promoak...@yahoogroups.com>; YG - Melayu Cyber 
><melayucy...@yahoogroups.com>; YG - My Masjid <mymas...@yahoogroups.com>
>Sent: Monday, August 8, 2011 12:23 PM
>Subject: [proletar] MMB - Mereka memberkan bantuan 15... GADIS HILANG!!! MOHON 
>DICARI...
>
>
>  
>
>
>Salam
>
>Dulu ada saudara saya kematian suami.. janda anak 5.. ketika itu semua masih 
>belajar.. tertua tingkatan 4..
>
>Bila minta duit zakat.. Pusat zakat buat interview.. Dia bekerja dengan gaji 
>RM 650-700 sebulan..Menyewa rumah buruk RM 250/sebulan.. Ada 2 kereta buruk 
>pusaka arwah, nak jual tak boleh sebab jpj kata kereta potong.. sebiji lagi 
>dijual keluarga... sebuah motosikal yang masih berhutang.. Pusat zakat buat 
>keputusan tak layak menerima zakat..
>
>Hadith Riwayat ad-Dailami..
>Nabi SAW bersabda :
>Apabila Allah SWT menghendaki kebaikan kepada sesuatu kaum, maka dijadikan :
>* pemimpin-pemimpin mereka bijaksana
>
>* ulama-ulama mereka menangani hukum-hakam, dan keadilan
>* kekayaan ditangan orang-orang yang dermawan..
>
>Namun jika Allah SWT menghendaki kebinasaan kepada sesuatu kaum, maka 
>dijadikan :
>* pemimpin-pemimpin mereka dari golongan yang rendah akhlaqnya..
>* orang yang bodoh menangani hukum-hakam, dan keadilan
>* kekayaan ditangan orang-orang yang bakhil..
>
>[9.34] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara 
>pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang 
>ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan 
>Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak 
>serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka 
>dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
>
>Penyakit ini telah berjangkit ke pusat-pusat zakat Islam...
>
>WAllahua3lam
>Wassalam
>Hizamri
>
>===============================================================
>
>----- Forwarded Message -----
>From: FARIZfauzi AMALINAghazali <arshadfa...@gmail.com>
>
>  
>GADIS HILANG!!!
>
>KEPADA SESIAPA YANG MELIHAT/TERNAMPAK DIMANA2, SILA LAPORKAN KEPADA
>POLIS YG BERHAMPIRAN.
>
>HARAP DAPAT MEMBANTU
>
>TERIMA KASIH...
>
>===============================================================
>
>----- Forwarded Message -----
>From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
>To: 
>Sent: Sunday, August 7, 2011 1:51 PM
>Subject: [Idaman_Group] Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain
>
>Oleh Syed Mu’az Syed Putra
>Asri berkata semua pihak tidak patut menyalahkan penganut Kristian yang 
>menghulurkan bantuan. — Foto fail
>
>KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan 
>“bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada 
>mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa 
>berbuat demikian. 
>
>Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan 
>bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa 
>bergantung kepada orang bukan Islam.
>
>“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan 
>daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang 
>amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, 
>sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada 
>mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
>
>“Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh 
>menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak 
>setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” kata 
>beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut 
>peraturan dan undang-undang.
>
>Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan 
>malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling 
>Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan 
>agensi agama Islam melalui pemberian zakat.
>
>Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” 
>dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.
>
>“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu 
>tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.
>
>“Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, 
>tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan 
>mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.
>
>Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar 
>berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang 
>tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.
>
>Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai 
>akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal 
>dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka 
>keluar daripada agama itu
>
>Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama 
>di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”
>
>Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk 
>menarik umat Islam.
>
>Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
>menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara 
>Utama.
>
>Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa 
>Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.
>
>Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.
>
>Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas 
>alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.
>
>Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut 
>Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya 
>kepada diri sendiri.
>
>Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil 
>umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.
>
>“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang 
>diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin 
>ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ 
>kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir 
>miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan 
>dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan 
>RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.
>
>“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi 
>dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang 
>tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang 
>memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya 
>untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk 
>golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan 
>hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana 
>gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?” soalnya.
>
>Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia 
>menghulurkan bantuan kepada umat Islam.
>
>“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita 
>menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh 
>dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia 
>lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh 
>dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.
>
>“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh 
>menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat 
>Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama 
>lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang 
>tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya.
>
>===============================================================
>
>2011/8/7 amir jamal <savy2...@gmail.com>
>
>  
>>Pujukan gereja
>>
>>
>>2011/08/07
>>
>>
>>NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.Ibu tunggal tak 
>>dapat bantuan Baitulmal dalam dilema
>>
>>SEREMBAN:
>Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan
>untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak 
>lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di 
>Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.
>>
>>Wanita yang ingin 
>dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima 
>bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak 
>perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas 
>gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. 
>Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib 
>anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam 
>bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu. 
>“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali 
>untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah 
>dihadapi.
>>
>>“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak 
>tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup 
>menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan 
>persekolahan tapi saya menolak.
>>
>>“Bagaimanapun, sejak Januari 
>lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan 
>memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di 
>rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.
>>
>>Nur berkata, sejak 
>berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah 
>kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, 
>dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan 
>suami lalai memberi nafkah. 
>>Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan
>beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, 
>makanan segera dan juga buku sekolah tadika.
>>
>>“Namun sejak 
>pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah 
>tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal
>sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah
>mendapat bantuan sebelum ini.
>>
>>“Saya mengaku memang pernah 
>dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang 
>memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat 
>ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan 
>khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya. 
>>
>>
>>Senarai komen
>>
>>
>>samsyakir
>>jangan kita selalu menyalahkan sebelah pihak 
>sahaja marilah kita sama2 fikir di mana silapnya kita hingga terjadi 
>begini,ibarat pepatah melayu berkata kera di hutan di susukan anak di 
>rumah mati kelaparan marilah kita  kupaskan kata-kata itu
>>
>>Gmiey
>>Ini baru satu cerita kita dengar..bagaimana orang 
>lain pulak?mujur dia berani buat pendedahan.Bangun buka mata buat la 
>sesuatu jangan sampai jadi satu penafian jadi kenyataan....
>>
>>hayrul
>>Wahai menteri kerajaan bangunlah dari dibuai 
>kekayaan 2,terutama sekali pemimpin islam.. Tengok sana!!! Org susah pun tidak 
>mau ambil tahu.. Kalau tidak boleh bekerja untuk rakyat,p la 
>letak jawatan.. 
>>
>>Jalur Gemilang II
>>Byk kali Quran menyebut tentang zakat dan ianya 
>dilaksanakan secara ikhlas oleh umat Islam dan sebaiknya ia diagihkan 
>secara baik kepada yang memerlukan. Ayuh Baitulmal dan badan-badan Islam yang 
>lain, tunaikan pula tanggongjawab anda!!
>>
>>umangchye
>>Jangan salah anggap kan bantuan orang 
>lain..sekiranya orang ikhlas membarikan bantuan ..apa salahnya kita 
>meneriam dengan ikhlas dengan hati yang terbuka..jgan dok pikir dari 
>mane sumber...nampak sangan benda nie nak dipolitikkan gamaknya...sebab 
>saye rasa pun semua agama menyokong prinsip..tolong orang yang 
>memerlukan tanpa mengira latarbelakang agama...adious!!!..amigos!..
>>
>>x-man
>>Ke mana hilangnya mereka-meraka yang telah 
>diamanahkan untuk menjaga kebajikan orang-orang seperti ini..Jangan lah 
>asyik dok goyang kaki kat opis..kena bertindak segera sebelum mereka 
>hanyut dengan dunia lain..Turun padang dan cari mereka2 nie..Insyaallah 
>umat kita akan terpelihara..
>>
>>Man
>>Tugas Baitulmal tu.  Bila lari dari tanggungjawab 
>maka jawablah di akhirat. Kalau tak mampu buat tugas serah pada yang 
>mampu. Bagaimanapun tugas ini juga jatuh pada semua muslim.  Kita kena 
>tegur pada mereka yang tak buat tugas ni. Jangan asyik berpolitik 
>jerrr.. 
>>
>>rahimah ismail
>>sdih bl membaca berita ini.sepatutnya perkara ini 
>tak berlaku.pihak tertentu dan badan kebajikan sepatutnya prihatin pada 
>keluarga ini.jangan sampai terdesak perkara boleh terjadi dan boleh 
>terima bantuan dari sesiapa.padahal kerajaan ada peruntukkan kebajikan 
>mengapa masih berlaku seperti ini?
>>
>>CAPONE
>>Baitumal di setiap negeri,daerah perlu lngkh 
>segera...tak perlu tggu org2 susah dtg dftr ke ape....perlu pasukan khas 
>mengesan rakyat2 muslim yg miskin ....lihat ada pihak talam dua muka 
>cuba ambil kesempatan... 
>>bg org2muslim yg susah segera juga ke pusat zakat/baitulmal utk dptkn 
>>bantuan. 
>>Pihak istana perlu lebih agresif ttg hal ini kerana ada pihak cuba 
>melanggar undang2 perlembagaan negara sebelum ia menular.Ini kerana 
>wujud usaha ingin memurtadkn org Islam khususnya org Melayu. Tindakan 
>mereka ini melanggar undang2 negara yg menetapkn setiap org melayu itu 
>agamanya adalah Islam. Contohi Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A menentang
>hal2 murtad. 
>>Sudah tiba masanya,pihak istana dan pihak hal ehwal agama Islam 
>bertindak lebih agresif,efisien dan menyeluruh mengatasi perkara ini. 
>>MELAYU WAJIB KEKAL MUSLIM...MUSLIM TETAP IMAN. 
>>'Org murtad lebih hina dr seorg pembunuh,perompak dsb selagi dia tidak 
>>menduakn Allah.
>>batara
>>Dunia dah akhir zaman, semakin ramai orang islam 
>yang menuju ke arah murtad. Pihak kerajaan dan juga pihak-pihak 
>pembangkang terutama yang berteraskan Parti Islam seharusnya 
>bersama-sama mencari jalan untuk mengelakkan lebih ramai lagi umat islam 
>memilih untuk murtad. Disini lah sepatutnya peranan sebuah parti islam 
>memperjuangkan dan menolong golongan ini, jangan hanya tahu hendak 
>berceramah siang dan malam.
>>
>>kelly
>>Untk makluman pihak media jangan jadikan ISU AGAMA utk mengucar kacirkan 
>>negara yng sdng maju di mata dunia ini,krn tak 
>pernah pun kita mendengar bahawa MALAYSIA sbagai ngara ISLAM DIRAJA 
>sprti BRUNEI DSLM..untuk smua pemimpin dmanakah satu masa dulu yng semua org 
>dimsia ini boleh BEBAS BERUGAMA,ini kah di katakan 1 MALAYSIA...
>>
>>Mat Zaki Baharom
>>Orang Islam kena kemabali kepada Al-Quran dan Hadis.
>>
>>qisya mai
>>buat pusat2 yg berkaitan yg sepatutnya membantu 
>golongan yg memerlukan..tanya diri anda ;; tepuk dada tanya minda ''.. 
>mungkin ramai lagi di malaysia ini rakyat yg sangat memerlukan bantuan 
>sewajarnya tapi terlepas pandang oleh pihak2 tertentu.mungkin ramai yang di 
>ambil kesempatan di atas kesempitan yg di alami..pandang lah 
>kesusahan/kemiskinan rakyat sendiri..bantulah rakyat sendiri yg entah 
>byk lagi yg amat memerlukan.pandang dulu keperluan org sendiri sebelum 
>mendabik dada hulurkan bantuan berbilion2 kepada negara luar.
>>
>>Mentari siang
>>Saya rasa simpati di atas penderitaan ini dan rasa dukacita diatas ketidak 
>>perihatinan pihak yang telah dipertangojawabkan untuk memberi bantuan setelah 
>>dimaklukan sepatutnya terus  dibantu atau salurkan kepada agensi yang lain 
>>supaya bantuan terus diterima terutama sumbangan zakat orang ramai yang 
>>diberi mandat
>>
>>mariam said
>>pihak berkuasa tolonglah lakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur 
>>
>>amir
>>Kenapa Baitulmal tak hulurkan bantuan smpai dia 
>terpaksa terima bantuan dr gereja? takkan susah sagt nk tlg org ISLAM 
>sendri?? bhgn zakat plak? tak bntu ke? tiap2 tahun org byr zakat takkan 
>takleh bantu keluarga n saudara kita yg susah ni? zakat pnye pjabat 
>lawa,kereta mewah,tp ? 
>>
>>Mentari siang
>>Saya rasa simpati di atas penderitaan ini dan rasa dukacita diatas ketidak 
>>perihatinan pihak yang telah berta
>>
>>man
>>kita tidak boleh salahkan orang lain,dimana badan2 kebajiakn islam,kita hanya 
>>bermain politik saja..kesusahan  org lain 
>juga mesti diberi perhatian
>>
>>MOHD RIFAE BIN ISMAIL
>>Terkilan sangat kerana isu seumpama ini melanda 
>umat Islam ketika kita gah dengan kehebatan baitulmal, institusi zakat 
>dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, kita sekadar berbangga dengan kutipan 
>berjuta setahun namun.... umat Islam masih kekal sebagai kalangan 
>rakyat yang susah. Baitulmal dan zakat patut nilai semula fungsi dan 
>peranan. Uruslah amanah pemberi zakat dan penyumbang agar sampai kepada 
>ramai insan seperti ini diluar sana.
>>
>>yob
>>kisah ini diharap menjadi teledan kepada semua 
>pihak terutamanya mereka yang bertanggungjawab mengurus zakat kerana 
>masih ada suara yang layak tidak mendapat hak mereka.ertikata lain pihak 
>mengurus harta zakat ini perlu mengkaji keutamaan pemberian zakat 
>terutama kepada asnaf miskin yakni miskin kerana berhutang di jalan 
>Allah kerana kehilangan kebergantungan pendapatan seperti kisah di atas. 
>>
>>Yusof Mohamad
>>Susahnya kehidupan ini.....cuma puan perlu 
>bersabar dan jgn lagi menerima bantuan itu.insyaalah selepas ini ada 
>insan yang akan membantu puan
>>
>>Hahs Lufias
>>Salam.. Sebenarnya kejadian spt ini bkn kali 
>pertama. Di mana2 negara pun, tak mustahil t'jadi p'kara yg sama. 
>Setelah apa yg t'jadi, sbg muslim 1 agama, kite jgn menuding jari dan 
>menyalahkan mana2 pihak. Kita jgn keruhkan lg keadaan. Dan paling harus 
>dijauhi, kite b'gaduh sesama agama. Bg pihak BAITUMAL dan Jab Agama 
>Negeri sila b'tindak sewajarnya. Dan masyarakat teruskan sikap prihatin. 
>Hentikan menyalahkan dan telingkah sesama kita. Tidak patut kita 
>menuduh BAITUMAL m'curi zakat atau sbg nya. Kita m'bayar zakat, perlu 
>ikhlas. Dan b'hrap zakat itu di salur kpd fakir. Sekiranya b'laku 
>pnyelewengan, itu antara dia dgn tuhan..  B'satu padu tegakkan ISLAM. 
>Jgn kerana kita b'gaduh sesama sendiri, pihak lain tepuk tangan.. Sedar 
>dan bangkitlah kaum seagama ku.. BERSATU. Buka minda anda.. Kepada 
>Individu yg krg upaya, atau yg memerlukan bantuan, cuba sebaik mungkin 
>dan gunakan saluran betul utk dapatkn bantuan. Zaman Nabi Muhammad s.a.w dan 
>para sahabat lg hebat rintangan. Di dera dan di sula agar keluar dr agama 
>Islam. Kuatkan iman.. Tambahkan ilmu.  Allahuakbar!!
>>
>>Jaslan Jemain
>>Alhamdulilah Pn.Nur masih boleh berfikir dgn 
>waras.Saya berasa simpati dgn keadaan puan ini.Saya berharap ada pihak2 
>berwajib tampil membantu beliau.Kpd.pn tabah dan ingatkan Allah.Jangan 
>gadaikan segalanya kerana ujian ini.Setiap masalah tentunya ada 
>penyelesaiannya.Doa,doa dan terus berdoa agar puan terkeluar dpd 
>belenggu ini.Penyelesaian dgn cara menerima bantuan dpd pihak tersebut 
>memang mudah tapi takut2 akhirnya tergadai agama.Kesusahan di dunia 
>tidak semestinya susah di akhirat.Begitu sebaliknya.Saya doakan semoga 
>Pn.Nur terus dipelihara keimannya.Amin.........
>>
>>Solehah
>>sungguh menyedihkan kenapa pihak yg sepatutnya 
>bertanggungjawab tidak menunaikan kewajibannya  untuk membantu ibu 
>tersebut...siapa yg harus di persalahkan....akibatnya ada pihak lain 
>mengambil kesempatan dalam kesusahan wanita ini...wanita ini tidak harus 
>dipersalahkan kerana dia sebenarnya berada dlm situasi yg cukup 
>mendesak....dan tiada tempat bergantung...
>>
>>Sakit Hati
>>Birokrasi pihak berkenaan ... Dosa terpalit pada semua. Kerja tu amanah. 
>>Kalau kerja sambil-lewa, ingat gaji tu halal?
>>
>>mawi wie
>>kita terima sekiranya bantuan dari pihak tersebut 
>ikhlas dan berbentuk sumbangan ihsan iaitu tidak ada terselit 
>unsur-unsur yang membolehkan alasan bagi pihak mereka untuk masuk ke 
>dalam agama mereka.. 
>>
>>azuwan baharudin
>>sedih n geram bile bace cerita2 macam ni...kalau 
>betul dia xterima apa2 dr baitulmal atau pusat bantuan zakat,diharapkan 
>agar lakukan sesuatu,berikan bantuan....pleasa..akidah manusia lain2.. 
>>
>>
>>aloz
>>pandanglah perkara ini dri sudut yg 
>positif.mungkin pihk Gereja hendak menolong secara ikhlas.dan jgn lah 
>terlalu membenci agama orang lain.let u survive with u own way.anyway 
>berada di atas pagar dalam perkara ini kerana kita x berhak sama sekali 
>menentukan siapa yang betul mahupun yg salah.trima kasih kwn2.
>>
>>ridzuan_erid
>>maaflah sy bertanya, di mana fungdi Baitulmal 
>secara menyeluruh? daripada pihak baitulmal atau pjbt agama Islam 
>membiarkan kakitangan mereka terutamanya wanita tidak membuat kerja 
>secara praktikal, bergosip dan menambah dosa dengan tidak bekerja secara 
>jujur, baiklah kiranya mereka ke sana kemari mencari ibu tunggal yang 
>bermasalah macam ni. saya pernah berurusan di baitulmal beberapa kali. 
>memang jelas lagi bersuluh kakitangan baitulmal tidak rasional dan 
>praktikal! ini kesannya kalau kerja tidak berkualiti! pengurusan yang 
>tidak sistematik! Ingat! wanita tonggak keluarga. kalau dah wanita 
>bermasalah macam ini dituju, tak salah kalau baitulmal menggunakan cara 
>yang sama! Apa ni, institusi agama Islam sendri banyak kerenah. perlukah 
>dokumentasi disusuli dgn penyiasatan yang bersifat maya? yang mana 
>kakitangan sendiri tidak turun padang>? hanya berharap kepada pihak 
>penuntut menyediakan semua? menyedihkan! Maaf Baitulmal, anda salah satu sebab 
>kenapa sebenarnya perkara sebegini tak mungkin ujud sebenarnya. 
>Jangan salahkan Dana tak cukup tapi salahkan kebolehupayaan anda 
>menguruskan wang dengan tepat dan praktikal.
>>
>>Jamali Kadir
>>Tak salah pihak gereja atau sesiapa saja menghulur bantuan. Tetapi mengapa 
>>perlu menukar agama atau berpaling akidah. 
>Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan umatnya. Belum cukupkah 
>panduan yang Allah turunkan? Firman Allah yang bermaksud "Apakah 
>aku(ALLAH) akan memasukkan kamu ke dalam syurga sebelum aku (ALLAH) 
>menguji kamu dengan kesenangan dan kesusahan"
>>
>>Uda hero
>>Apa dh jadi dgn Baitulmal ni.knp terlalu byk sgt 
>protokol.Dimana amanah korang semua??Amanah korang dgn org2 muslim 
>apatah lagi dgn amanah Allah.Dimana tggjwb baitulmal yg perihatin 
>tu???Jgn cakap pandai aje.Tak boleh pimpin turun dari jawatan 
>tu.Celakalah kamu wahai org2 yg munafik.
>>
>>insan prihatin
>>sepatutnye pusat zakat ambil berat pasal bnde 
>ni....zakit kutip berjuta-juta...tapi rmai org islam yg miskin..jgn le 
>org2 di pusat zakat hanya megah dgn pejabat yg cantik2....dgn wang 
>zakat2 yg bnyk...spatutnye org islam yg miskin sentiasa terbela....jgn 
>le amir pengutip zakat je yg ambik duit zakat...asnaf len pn kne dpat 
>gk....~~
>>
>>maxy
>>karenah birokrasi oleh org  islam sendiri yg menyebabkan suadara2 mereka 
>>sentiasa di dlm kesusahan.....
>>
>>Buluh Perindu
>>'di telan pahit di buang sayang...."Berat mata memandang,berat lagi bahu yg 
>>memikul,....'
>>
>>suhairi
>>Ada mesej yang jelas kpd sejauh mana Baitulmal berfungsi kepada kemaslahatan 
>>umat islam yang memerlukan bantuan. 
>>
>>wahid alwie
>>mana pergi baitulmal n pusat zakat? bantu lah ibu tunggal nih.. kata ada 
>>zakat berjuta.. nakn glamor jer lebih.. 
>>
>>
>>wakatau fc
>>Mmg benar pun..sy sendiri pernah nmpk pegawai mais memaki hamun org2 islam kt 
>>semasa meminta bantuan.sedarlah,kamu hanye 
>bekerja..duit di baitulmal bkn main byk lagi..bkn duit awk pun yg 
>diminta.duit baitulmal yg diminta..fungsi baitulmal amat tidak 
>difahami,kalu xnak bantu,xperlu wujudkan baitulmal..biar masjid jadi 
>baitulmal,menggantikan baitulmal..so awk yg bekerja dibaitulmal pun xde 
>keje..then masa tu baru tau langit tinggi ke rendah.. 
>>
>>gio
>>apa salahnya tolong menolong..perbezaan agama 
>sepatutnya tak menjadi penghalang untuk membantu orang yg memerlukan.. 
>bukannya kena suruh masuk agama dorang...
>>
>>esma
>>Wahai orang  Baitulmal N. sembilan jangan nak 
>duduk terbelek-belek dokek korusi ompok tuuu...bangun doreh. Heboh nak 
>jago prosedur kojo dan ISO yoo... hari hari. Sampai umat Islam yang 
>susah jadi mangso...
>>
>>Othman
>>Namapaknya bantuan yg diberikan oleh pihak gereja 
>tersebut mempunyai agenda yg tersendiri.Puan Nur,perlulah berhati-hati 
>agar aqidah anda tidak terpesong.....kepada pihak BaitulMal..jgnlah 
>berdolak-dalik dlm soal memberikan bantuan kpd mereka yg benar2 
>memerlukan...jgn sampai disebabkan masalah kemiskinan aqidah umat Islam 
>tergadai....menjadi tanggungjawab besar pihak Baitulmal utk mengatasi 
>masalah ini.... 
>>
>>
>>suffian
>>Kes seperti ini seharusnya membuka mata & 
>mendapat perhatian yg serius terumanya kepada pihak yg bertanggungjawab 
>spt pihak Baitulmal. Jgn sampai saudara seIslam kita sendiri termakan 
>pujuk oleh mereka yg cuba utk mengambil kesempatan.
>>
>>Sham
>>Pihak berwajib khususnya Baitulmal perlu peka dan ikhlas dalam melaksanakan 
>>amanah terhadap mereka-mereka yang memerlukan
>>
>>Hj Zaki
>>Saya tidak mahu membahaskan tindakan licik untuk 
>memurtadkan umat Islam, tetapi mahukan pembahagian hasnaf oleh Baitulmal 
>dikaji semula, iaitu kurangkan membina bangunan tetapi lebih memberi 
>sumber/bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sudah tiba masanya kadar 
>pemberian bantuan itu dinaikkan mengikut peningkatan kadar inflasi dan 
>sara hidup semasa. Tambahan lagi, para pegawai Baitulmal lebih peka 
>kepada para ibu tunggal, mualaf, fakir dan sebagainya kerana mereka ini 
>lebih mudah terpedaya dengan bantuan kewangan dari golongan yang cuba 
>memurtadkan mereka.
>>
>>IZZUDDIN ALI
>>Kita ada Baitulmal, Pusat Zakat Negeri, YADIM, 
>YAPEIM, dan entah apa lagi nama yayasan di bawah NGO, tetapi karenah 
>birokrasi menyukarkan bantuan disalurkan kepada golongan yang 
>memerlukan. Ketika itulah missionary menggerakkan jentera mereka.
>>
>>-- 
>>Amir JAmal
>>Sunway Kuala Lumpur
>>
>
>===============================================================
>
>----- Forwarded Message -----
>From: Khauthar Salim <khautharsa...@gmail.com>
>Subject: RAMADHAN Tiba, Peluang Amal Jariah
>
>(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan 
>anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih) 
>السلام عليكم 
> 
>LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)adalah pusat kebajikan dan penempatan yang 
>menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak 
>yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
> 
>LIMPAHmemulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di 
>Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada 
>waktu itu dari sekitar Selangor.
> 
>Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAHkini 
>sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka 
>di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. 
>Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan 
>Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan 
>memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
> 
>Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAHtelah diamanahkan 
>untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru 
>Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri 
>daripada golongan miskin dan anak yatim.
> 
>Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, 
>LIMPAHsangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk 
>menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah 
>dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan 
>yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.
> 
>Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api 
>Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.
> 
>Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.
>  
> 
>BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
> 
> 
>1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama; 
> 
>LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
> 
>2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas 
>dan sebagainya.
> 
>3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ 
>puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
> 
>4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 
>sebulan)
> 
>5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan 
>sebagainya.
> 
>6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.
> 
>7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
> 
>8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang 
>dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
> 
>9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
> 
>10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). 
>(RM1,500 sebulan)
> 
>11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan 
>menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)
>  
> 
>LIMPAHsangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, 
>agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan 
>mereka ini sentiasa terbela.
> 
>Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta 
>menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi 
>Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
> 
>Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
>  
>LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
>No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri 
>Sembilan Darul Khusus
>E-mail: lamanas...@yahoo.com
>Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai 
>pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132 
>Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
>Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490) 
>
>===============================================================
>
>From: Anna Annisa <akma...@gmail.com>
>
>Assalamualaikum
>wrt. wbt.
> 
>Dato’/datin/Tuan/puan,
> 
>PER:
>PERSIAPAN AWAL UNTUK  KEPERLUAN RAMDAHAN & SHAWAL 1433 HIJRAH.
> 
>PERTUBUHAN
>KEBAJIKAN BAITUL KASIH WILAYAH PERSEKUATUAN & SELANGOR (BAITUL KASIH) akan
>memulakan usaha-usaha amal yang berkaiatan dengan persiapan Ramadhan dan Shawal
>lebih awal pada tahun ini. Hal ini ialah kerana, hasil dari pengalaman pihak
>kami, sekiranya usaha ini tidak dirancang awal dan tersusun, ianya akan
>menimbulkan berbagai-bagai masalah baik kepada pihak penganjur / penyumbang,
>lebih-lebih lagi kepada anak-anak penghuni rumah-rumah amal itu sendiri.
> 
>Layari
>Lamanweb kempen ini di: http://baitulkasih.org.my/ramadhan.htm
> 
>Bagi
>jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah
>bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dalam
>berbagai-cara:
> 
> (a)   Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan
>koporat dan individu
>(b)  Menaja majlis berbuka pusa dan sahur.
> (c)  Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya 
>samada dalam bentuk barangan atau kewangan.
>KEMUDAHAN
>MENYUMBANG
>(a)    Bagi
>penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak
>kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama  PK
>BAITUL KASIH: MAYBANK: 5621-8812-8345
> 
>(b)   Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau
>system perbankan online terus ke akaun Rumah Kasih Harmoni seperti berikut:
>MAYBANK: 5121-
>8313- 4032
>
>(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: p...@baitulkasih.org.my atau
>maklumkan terus sumbangan anda samada menalifon terus atau mengirim system
>pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.
> 
>Sebarang
>pertanyaan sila hubungi  wakil-wakil kami seperti  berikut:
> 
>(a)   Pengerusi BAITUL KASIH
>            - 
>Ustaz Zahari bin Alwi: 013-3303430
>(b)   Pengurus Rumah Kasih Harmoni -  Ustazah Noreha Sarip:
>013-9559985
> 
>Sekian,
>terima kasih.  Wassalam.
> 
> 
>Yang
>berusaha
>Rohana Ali
>Penasihat
>Rumah Kasih Harmoni
> 
>----------------------------------------------------------
>PERHATIAN!!!
>Sekiranya tuan/puan
>tidak berasa selesa dengan kehadiran email dari pihak kami, silalah nyatakan
>demikian melalui email ke: zah...@baitulkasih.org.my.
>ATAU sekiranya
>tuan/puan kerap dan berulang-ulang kali menerima emil yang sama dari pihak kami
>mohon juga dimaklumkan agar dapat kami menyelaraskan dan menyusun kembali
>pengkalan data email kami.
> 
> 
>RUMAH-RUMAH AMAL DIBAWAH
>NAUNGAN BAITUL KASIH:
> 
>(A) 
>RUMAH KASIH HARMONI - RKH
>No. 1,
>Jalan 13/3, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
>PENGURUS:
>Usth. Noreha bt . Mohd. Sarib:
>HP:
>019-3133430 / 013-9559985
> 
>(B) 
>BAITUL HANANI
>No. 89,
>Jalan AU 2A, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur. 
>PENGURUS:
>Ustaz Hamdan bin Harun
>HP:
>012-6715112
> 
> 
> 
>PERTUBUHAN
>KEBAJIKAN BAITUL KASIH WILAYAH PERSEKUATUAN & SELANGOR (BAITUL KASIH)
>No.27,
>Jalan AU 2A/13, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
>Tel:
>03-42567224 Fax: 603-42527527 | Email: p...@baitulkasih.org.my
>Mobile:
>HP: 0133303430| BBM Pin: 26879FE2
> 
>===============================================================
>
>[Non-text portions of this message have been removed]
>
>
> 
>
>

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke