Salam

Kalau tak pernah dijajah.. maka tak perlulah dimerdekakan.. dan sambutan 
kemerdekaan pada 31-Aug setiap tahun hanyalah satu penipuan/pembaziran..
The establishment of the Straits Settlements followed the Anglo-Dutch Treaty of 
1824 between the United Kingdom and the Netherlands, by which the Malay 
archipelago was divided into a British zone in the north and a Dutch 
zone in the south. This resulted in the exchange of the British 
settlement of Bencoolen (on Sumatra) for the Dutch colony of Malacca and 
undisputed control of 
Singapore. The Settlements were largely Chinese in population with a 
tiny but important European minority.[2] Its capital was moved from Penang to 
Singapore in 1832. Their scattered nature proved to be difficult and after the 
Company lost its monopoly 
in the China trade in 1833 expensive to administer.[3]

http://en.wikipedia.org/wiki/Straits_Settlements

Pada saya.. tak kisahlah apa yang kita nak anggap.. kerana bagi kerajaan 
British dan rakyatnya.. Malaya/Tanah Melayu adalah sebahagian dari bekas tanah 
jajahan mereka..

The Malayan Emergency, as it was known, began in 1948 and lasted until 1960, 
but by 1957, Britain felt confident enough to grant independence to the 
Federation of Malaya within the Commonwealth. In 1963, the 11 states of the 
federation together with Singapore, Sarawak and British North Borneo joined to 
form Malaysia, but in 1965 Chinese-dominated Singapore was expelled from the 
union following tensions between the Malay and Chinese populations.[170] 
Brunei, which had been a British protectorate since 1888, declined to join the 
union[171] and maintained its status until independence in 1984.

http://en.wikipedia.org/wiki/British_Empire


Manusia yang mudah sesat.. adalah manusia yang lupa asal usulnya.. sehingga dia 
tak mampu untuk kembali kepangkal jalan ( samalah seperti cerita sitanggang.. 
kerana dia cuba melupa asal-usulnya, bahawa dia adalah anak orang asli.. ).

[3.86] Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang 
kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa 
Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada 
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan 
memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim. 


WAllhua3lam
Wassalam
Hizamri



________________________________
From: "lana.azmi....@akersolutions.com" <lana.azmi....@akersolutions.com>



Subject: 
 
TERIMA KASIH BRITISH KERANA TIDAK PERNAH MENJAJAH TANAH MELAYU, MALAH MENAUNGI 
DAN MELINDUNGI KITA SEMUA!!!
 
 
Hanya dengan sedikit fakta tentang Mat Indera yang disentuh oleh Mat Sabu 
mengenai isu perjuangan kemerdekaan di dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau 
Pinang pada 21 Ogos lepas, Timbalan Presiden
PAS itu sehingga kini masih teruk ‘dibelasah’ oleh UMNO dan para penyokongnya. 
Sudah tiga minggu isu ini dimainkan oleh media arus perdana untuk menghentam 
Mat Sabu habis-habisan, yang hakikatnya telah menambahkan lagi populariti 
pemimpin nombor dua PAS itu.
Bermula dengan isu Mat Sabu sokong Mat Indera dalam serangan ke atas balai 
polis Bukit Kepong, kemudian berkembang menjadi isu Mat Sabu sokong komunis, 
kemudian berkembang lagi menjadi isu PAS sokong komunis. Disusuli selepas itu 
dengan isu fakta sejarah negara
yang diberi amaran oleh UMNO agar tidak diubah oleh PAS.
 
Kali ini, UMNO nampaknya mengerahkan seluruh kekuatannya dari Perlis hingga ke 
Johor untuk men’diskredit’kan Mat Sabu yang disifatkan sebagai ayam sabung PAS 
itu. Pendek kata, selagi ada peluru, walau
sekecil mana sekalipun, selagi itulah UMNO terus menembak musuhnya itu. Mat 
Sabu, disamping mengemukakan pelbagai bukti dan hujah untuk mempertahankan 
pendapatnya, dalam masa yang sama menganggap bahawa isu ini sengaja 
diperbesarkan oleh UMNO untuk menutup
segala kepincangan parti Melayu terbesar itu sekaligus mengalihkan isu 
‘pilihanraya bersih’ yang diperjuangkan oleh PAS dan beberapa NGO lainnya. Dari 
isu ini juga, UMNO nampaknya cuba menyerlahkan ‘kebaikan’nya dengan terus 
memuji dan mempertahankan bekas
polis dan tentera beserta keluarga mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit 
Kepong yang selama ini tidak pernah diambil peduli pun.
 
Setelah segala berita dan putarbelit dimainkan untuk menaikkan kemarahan rakyat 
terhadap Timbalan Presiden PAS itu dengan menuduh beliau menyokong perjuangan 
komunis, UMNO nampaknya masih belum berpuas
hati kerana masih ada isu yang belum mereka jawab iaitu berhubung dakwaan Mat 
Sabu bahawa pemimpin awal UMNO dan juga pasukan keselamatan yang bertugas di 
Bukit Kepong adalah mereka yang berkhidmat di bawah penjajah British.
 
Dalam menjawab isu ini, Majlis Profesor Negara (MPN) dilibatkan untuk menolak 
dakwaan bahawa anggota polis dan pemimpin negara seperti Datuk Onn Jaafar dan 
Tunku Abdul Rahman di zaman pentadbiran
British di Tanah Melayu sebagai ‘polis British’ atau ‘pegawai British’. Ketua 
Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling 
tiba-tiba muncul di arena dan membuat satu pengisytiharan mengejutkan bahawa, 
meskipun British mengetuai
seluruh pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah 
Melayu bukan tanah jajahan British! Menurutnya, Tanah Melayu adalah negara 
naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya termasuk institusi dan Majlis 
Raja-Raja Melayu yang menjadikan
semua pegawainya adalah pegawai Tanah Melayu dan bukannya pegawai British. 
“Oleh itu, apabila golongan kiri seperti komunis menentang anggota polis maka 
mereka menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu, meskipun ianya diketuai oleh 
Pesuruhjaya British,” katanya.
Ini berdasarkan perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara Sultan Perak 
dengan pentadbir British pada tahun 1874 di mana dipersetujui bahawa Tanah 
Melayu sebagai ‘protectorate’ (tanah naungan dan lindungan), tegas Zainal [UM 
10/09/11]. Nah! Kita menyaksikan
kini satu peristiwa baru yang amat bersejarah telah tercipta di Malaysia, yang 
bakal menukar sejarah hitam Malaysia selama ini menjadi putih, bahawa 
sebenarnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, malah British adalah 
negara ‘penaung dan pelindung’
Tanah Melayu!!!
 
Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah?
 
Serangan terbaru ini merupakan kesinambungan dari serangan bertubi-tubi tanpa 
henti UMNO ke atas orang nombor dua PAS itu, di mana polemik ini bukan sahaja 
telah memuakkan rakyat,  malah kini telah
masuk ke tahap tak masuk akal dan menjadi bahan ketawa! Semua ini angkara 
keangkuhan UMNO yang tidak mahu mengaku bahawa para pemimpin awal mereka yang 
selama ini dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, hakikatnya adalah merupakan 
orang yang berkhidmat untuk
British! 
 
Seribu satu persoalan telah dan boleh diajukan kepada MPN dengan kenyataan amat 
naif yang telah dikeluarkan itu, yang hakikatnya telah menjatuhkan kredibiliti 
MPN di mata orang-orang yang berfikir.
Soalan pertama yang seharusnya dijawab oleh Zainal ialah, kenapa baru sekarang 
beliau mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Kenapa selama puluhan tahun menjadi 
profesor, beliau tidak pernah mendedahkan hal ini kepada umum? Atau mungkin 
lebih baik beliau mengaku
sahajalah bahawa kenyataan ini sebenarnya adalah sebuah “kenyataan politik”, 
bukannya kenyataan akademik, yang dikeluarkan kerana adamya sebuah keperluan.
 
Ramai pihak sebenarnya menuntut jawapan dari Zainal dalam hal ini, kerana jika 
benar kita tidak pernah dijajah, maka tidak timbul soal kita ‘merdeka’! 
Bagaimana mungkin boleh ada kemerdekaan jika
tidak ada penjajahan? Kemerdekaan dari siapakah yang disambut besar-besaran 
oleh kerajaan setiap tahun pada 31 Ogos, jika British tidak pernah menjajah 
Tanah Melayu? Bukankah Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota 
Commonwealth yang mana Commonwealth
hakikatnya adalah pertubuhan negara-negara bekas jajahan British? Kenapa ada 
istilah ‘pejuang kemerdekaan’? Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, maka ini 
bermakna kita tidak sepatutnya ada pejuang kemerdekaan, malah para pemimpin 
UMNO yang dijulang selama
ini sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ merupakan satu fakta yang salah. Gelaran 
‘Bapa Kemerdekaan’ yang telah diberi kepada Tunku Abdul Rahman juga sebenarnya 
adalah gelaran sia-sia yang tidak seharusnya wujud. Malah, kematian Tok Janggut 
dan ramai lagi yang berjihad
menentang British, kesemuanya adalah sebuah kebodohan dan kematian sia-sia 
kerana mereka mati menentang orang yang datang untuk menaungi dan melindungi 
kita!!!
 
Lebih naif, bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya itu merujuk kepada 
Perjanjian Pangkor untuk menegakkan pendapatnya dengan mengatakan bahawa di 
dalam perjanjian tersebut British tidak pernah
menyatakan bahawa mereka ingin menjajah tetapi ingin menjadikan Tanah Melayu 
sebagai ‘the protected Malay State’ atau disebut sebagai ‘protectorate’ (negeri 
naungan dan lindungan). Persoalannya, mestikah ada perjanjian bertulis dari 
penjajah (dan dipersetujui
oleh pihak yang dijajah) yang mengatakan bahawa “kami dengan ini menjajah 
kamu”, barulah sesebuah negara itu ‘sah’ dikatakan dijajah? Adakah wujud 
penjajah ‘sebaik’ ini yang akan buat perjanjian terlebih dahulu sebelum 
menjajah, dan tidak akan menjajah sesebuah
negara jika negara tersebut tidak bersetuju? MPN nampaknya macam sebuah badan 
yang langsung tidak cerdik untuk memahami kelicikan kuffar British selaku musuh 
Islam di dalam menjajah Tanah Melayu sebagai salah sebuah tanah umat Islam.
 
Penjajah British Yang Licik
 
Sesungguhnya British adalah negara penjajah. Ini adalah hakikat yang tidak 
boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Sewaktu zaman keemasannya, British telah 
menjajah puluhan negara umat Islam, baik di Asia
Barat, Asia Tengah mahupun Asia Tenggara. British adalah negara penganut dan 
pengembang ideologi Kapitalisme. Orang yang buta sekalipun mengetahui bahawa 
musuh utama ideologi Kapitalisme adalah ideologi Islam dan juga ideologi 
Sosialisme/Komunisme. Tiga ideologi
di dunia ini adalah ideologi yang saling bertentangan antara satu sama lain dan 
saling cuba menguasai di antara satu sama lain. British, sebagai salah sebuah 
negara di Eropah yang rata-rata penduduknya terdiri dari penganut agama 
Kristian, sememangnya telah
memusuhi Islam sejak sekian lama. Dendam kesumat mereka terhadap umat Islam 
sejak Perang Salib tidak pernah padam. Namun, kesan dari Perang Salib dan 
lain-lain peperangan mengajar mereka bahawa umat Islam amat sukar untuk 
dikalahkan di dalam peperangan fizikal.
Oleh kerana itulah mereka telah menukar serangan mereka ke dunia Islam dengan 
melakukan serangan pemikiran dan antara serangan pemikiran yang telah memberi 
kejayaan besar kepada mereka ke atas dalam dunia Islam adalah serangan 
assabiyyah (bangsa) dan wathaniyyah
(tanahair). 
 
Dari segi sejarah, penjajah kuffar Britsih telah berjaya menjajah negara Islam 
satu per satu setelah sebelumnya mereka sebarkan dengan racun assabiyyah dan 
wathaniyyah yang menyebabkan umat Islam
berpecah. Di waktu umat Islam berada di bawah kesatuan Negara Khilafah dan di 
bawah kepimpinan seorang pemimpin (Khalifah), puak kuffar British ini 
menusukkan jarum assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam diri setiap Muslim agar 
cintakan bangsa dan tanahair masing-masing.
Di zaman Khilafah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki, dengan racun assabiyyah 
dan wathaniyyah inilah, British telah berjaya menumbuhkan kebencian bangsa Arab 
terhadap bangsa Turki dan sebaliknya. Akhirnya British berjaya menggerakkan 
kekuatan Arab untuk menentang
Khilafah di Turki yang menyebabkan berlakunya peperangan sesama Muslim atas 
dasar assabiyyah dan wathaniyyah di mana umat Islam ketika itu ‘ingin merdeka’ 
dan memerintah tanahair sendiri. Perasaan ingin merdeka ketika itu hakikatnya 
adalah kemerdekaan yang
diingini oleh umat Islam dari Daulah Khilafah. Inilah yang diingini dan 
dirancang oleh British dengan licik.
 
Ringkasnya, dengan bantuan British, satu demi satu tanah umat Islam telah 
‘merdeka’ (terlepas) dari kesatuan Khilafah yang mana akhirnya British dapat 
masuk menjajah dengan mudah. Setelah satu demi
satu tanah Islam terkeluar dari Daulah Khilafah, tanah-tanah Islam ini akhirnya 
diperintah secara langsung oleh British dengan menerapkan undang-undang 
kufurnya dan Negara Khilafah yang tersisa menjadi semakin kecil dan lemah. 
Perasaan assabiyyah dan wathaniyyah
yang telah ditanam oleh British inilah antara penyebab kepada runtuhnya Daulah 
Khilfah dan dengan kehancuran Daulah Khilafah, kerja British untuk memusnahkan 
kekuatan umat Islam menjadi lebih mudah. Kuffar penjajah ini kemudiannya 
melantik dan melatih pemimpin
dari kalangan umat Islam untuk menjadi ejennya, yang memerintah dengan cara 
yang mereka kehendaki (sekular) dengan mencampakkan kesemua hukum-hukum Allah 
dari pemerintahan negara. Mereka melatih, menjaga, mendidik dan membesarkan 
ejen-ejen ini sehingga mereka
benar-benar berpuas hati bahawa pemimpin ini akan pasti mengikuti telunjuk dan 
‘menyembah’ mereka dari satu generasi ke satu generasi dan ke generasi 
seterusnya. Setelah yakin bahawa para pemimpin ini akan memerintah dengan 
sistem kufur yang mereka ajarkan
dan setelah yakin para pemimpin ini tidak akan menyatukan semula umat Islam di 
bawah kesatuan Khilafah, maka satu per satu tanah jajahan ini ‘dimerdekakan’ 
oleh British. Tanah Melayu juga tidak terkecuali dari kelicikan yang sama 
dilakukan oleh kuffar British
ini.
 
Antara Hak Dan Batil
 
Di antara kelicikan penjajah British adalah ‘mengangkat’ para pejuang 
assabiyyah dan wathaniyyah sebagai hero sehingga setiap orang Islam 
berebut-rebut ingin menjadi atau termasuk ke dalam kategori
‘pejuang bangsa dan tanahair’. British tidak akan membunuh para ‘pejuang 
bangsa’ ini kerana inilah yang dikehendaki oleh British, yakni lahirnya seramai 
mungkin pejuang bangsa dan tanahair. Tetapi British akan membunuh ‘pejuang 
Islam’ seperti Tok Janggut dan
lain-lain kerana pejuang Islam adalah musuh British. Begitu juga dengan pejuang 
komunis, akan dibunuh oleh British kerana komunisme adalah musuh kapitalisme. 
Ringkasnya, sesiapa yang menentang British atas nama bangsa dan tanahair, akan 
‘diredhai’ oleh British
dan dilayan dengan baik, tetapi sesiapa yang menentang British atas nama Islam 
(atau Komunisme), akan diperangi oleh British. Kerana itulah kita menyaksikan 
bahawa nama-nama pejuang bangsa dan tanahair seperti Tunku Abdul Rahman, Onn 
Jaafar dan lain-lain ‘diangkat’
oleh British, manakala nama-nama pejuang Islam (dan pejuang Komunis) dianggap 
sebagai pengkhianat oleh British.
 
Justeru, tidak hairan sekiranya kita melihat UMNO menjulang para pejuang bangsa 
dan tanahair kerana itulah hakikat perjuangan UMNO, yang telah terbius dengan 
didikan dari British selaku bekas tuannya.
Dan tidak hairan juga sekiranya kita melihat pemimpin UMNO (melalui pasukan 
polis) memantau, menangkap dan memenjarakan para pejuang Islam yang berdakwah 
ingin menegakkan Islam di Malaysia, kerana inilah juga didikan British yang 
telah dicerap oleh UMNO sejak
sekian lama yakni agar UMNO kekal sebagai pejuang sekularisme dan memusuhi 
Islam serta para pejuang Islam.
 
Kerana masih terpengaruh dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah, kita 
menyaksikan percakaran yang berlaku di antara UMNO dan PAS sekarang hanyalah 
seputar isu siapakah pejuang bangsa dan tanahair.
Perbalahan mengenai siapakah hero kemerdekaan negara yang sebenar, yang panas 
sejak tiga minggu lepas, adalah satu perbalahan yang langsung tidak ada kena 
mengena dengan Islam, bahkan tidak menguntungkan Islam sedikitpun. Baik Mat 
Indera mahupun Tunku Abdul
Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain (yang dikategorikan sebagai nasionalis kiri 
dan kanan), selama mana mereka berjuang atas nama bangsa dan tanahair, maka ini 
bukanlah satu perjuangan Islam dan merupakan satu perjuangan yang tidak perlu 
diperbalahi atau diangkat
atau dibangga-banggakan. Ini kerana berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis, 
perjuangan bangsa dan tanahair ini merupakan sebuah keharaman yang jelas lagi 
nyata! Sabda Nabi SAW,
 
“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah, orang yang 
berperang kerana assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR 
Abu Dawud].
 
Malaysia sebenarnya tidak pernah merdeka dalam ertikata yang sebenar. 
Kemerdekaan Malaysia daripada British hanyalah kemerdekaan dari kehadiran tubuh 
badan orang-orang kafir British, namun hakikatnya
pemikiran, sistem dan undang-undang kufur British masih tertancap kuat dan 
dalam, di dalam pemikiran para pemimpin di Malaysia. British menjajah Tanah 
Melayu dengan menyebarkan ideologi kufur mereka dan sehinggalah ke hari ini, 
kita menyaksikan betapa undang-undang
dan sistem pemerintahan di negara kita hakikatnya saling tidak tumpah dengan 
undang-undang dan sistem pemerintahan British, sama-sama diasaskan kepada 
ideologi Kapitalisme yang bertentangan dengan Islam. Perlembagaan yang digubal 
oleh si kafir Lord Reid yang
masih dipegang kukuh, ditaati baik oleh pemerintah mahupun pembangkang 
merupakan bukti betapa pemikiran, undang-undang dan sistem kufur masih menebal 
di dalam pemikiran sebahagian besar pemimpin dan umat Islam di Malaysia. 
Justeru, semua perbalahan yang sia-sia
ini harus ditinggalkan segera dan kesemua pihak harus kembali kepada perjuangan 
Islam!
 
Khatimah
 
Wahai kaum Muslimin! Kalau kita mengambil kira pandangan MPN, nampaknya, 
kerajaan Malaysia kena memohon maaf kepada British di atas keceluparan selama 
ini yang menuduh British sebagai penjajah. Mungkin
Dr. Zainal seharusnya menjadi orang yang pertama memohon maaf kepada British di 
atas keterlanjuran kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia selama puluhan tahun 
lamanya menuduh British sebagai penjajah. Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan 
rakyat Malaysia juga
seharusnya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada British kerana 
mereka sebenarnya datang ke Tanah Melayu bukan untuk menjajah, sebaliknya 
adalah untuk menaungi dan melindungi kita! Ya, British telah datang ke Tanah 
Melayu untuk ‘menaungi dan melindungi’
Tok Janggut dengan cara menyeksa dan membunuh pejuang Islam ini. British datang 
ke Tanah Melayu dan ‘menaungi’ kita dengan ideologi kufur mereka, dengan 
undang-undang dan sistem kufur mereka dan mereka memastikan yang pemimpin Tanah 
Melayu, setelah peninggalan
mereka, tetap menaungi kita dengan undang-undang dan sistem kufur yang sama. 
British datang ke Tanah Melayu dan telah ‘melindungi’ para pemimpin dan 
penduduk Tanah Melayu daripada Islam sehingga para pemimpin ini langsung tidak 
nampak Islam sebagai cara hidup
untuk mengatur negara. Inilah naungan dan perlindungan yang telah diberikan 
oleh kuffar British kepada kita di Malaysia! Justeru,  patutkah kita 
menghadiahkan kepada British sebuah ‘kesyukuran’ di atas ‘jasa baik’ British 
selama ini yang telah ‘menaungi dan
melindungi’ kita semua dengan kekufuran mereka?

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke