Salam

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan 
saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di 
sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang 
ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia 
tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke 
atasnya.” (Hadith riwayat Bukhari)


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab 
sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang 
tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang 
datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan 
zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa 
menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah 
(membunuh), dan memukul orang.Lalu diberi segala kebajikan itu 
kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis 
pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya 
(orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka 
dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya 
dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith riwayat Muslim)


http://hpacawjb.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 ----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

FITNAH VIDEO SEKS!!! Hishamuddin kena bayar RM 25,000 kepada Anwar bulatdusun


KUALA LUMPUR, 15 Nov - Mahkamah Tinggi  hari  ini 
 menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan  
beberapa  bahagian  dalam  kenyataan pembelaan difailkan oleh Ketua  
Pembangkang  Datuk  Seri  Anwar Ibrahim dalam kes fitnah dibawa oleh Menteri 
Dalam Negeri itu.

Sehubungan  itu  juga,  Hakim  Mahkamah  Tinggi  V.T.  Singham  mengarahkan 
Hishammuddin agar membayar kos RM25,000 kepada Anwar.

Hishammuddin  memohon bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar 
dalam  saman  fitnah  berhubung  video  seks  memaparkan pelaku mirip ketua 
pembangkang itu.

Hishammuddin  yang  diwakili  peguam  Sunil Abraham memfailkan saman fitnah 
terhadap  Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnahnya semasa temu bual 
dengan media pada 22 Mac lalu selepas membuat laporan mengenai video itu di 
balai polis Dang Wangi di
 sini.

Hishammuddin,  50,  berkata  kenyataan  itu  dilaporkan secara meluas dalam
media   dan   Internet   dan   difahamkan   membawa  maksud  bahawa  beliau
bertanggungjawab   menayangkan  video  itu  kepada  sekumpulan  editor  dan
wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri  itu  berkata  kenyataan  itu  juga  difahamkan membawa maksud yang 
beliau  telah  mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan 
Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

Dalam  pernyataan  pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu 
bual  dengan  media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di 
balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu
 diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang  dimilikinya  atas  
kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen  kawasan  
Permatang  Pauh,  kepada  orang  awam yang mempunyai hak kepentingan untuk 
menerima maklumat itu.

Lagipun,  beliau  mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen 
yang  adil  terhadap  perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat 
beliau  bahawa  Hishammuddin  telah  berkompromi  dengan  perbuatan jenayah 
kumpulan  lelaki  yang  digelar  'trio' dalam memaparkan video itu walaupun 
beliau tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan mereka.

Dalam  tuntutan  balasnya,  Anwar  menegaskan  kenyataan Hishammuddin dalam 
sidang  media  beliau  pada  21  Mac,  memperlihatkan  bahawa beliau adalah 
individu dalam
 video itu seperti mana ditegaskan oleh trio itu.

Hishammuddin,  dalam  jawapannya  kepada pernyataan pembelaan Anwar berkata 
ketua  pembangkang  itu  berniat jahat selepas mengeluarkan kata-kata dalam 
satu  persidangan akhbar yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan 
Internet.

Beliau berkata perkataan yang diterbitkan itu, tidak dipaparkan dengan niat
baik   dan   motif   utama   Anwar  adalah  untuk  memperlekehkan  reputasi
Hishammuddin sebagai menteri dan sebagai ahli politik.

tmi / PASPB


======================================================================================




Islamophobia: Tingkat kerjasama dakwah bukan muslim  | Print |  
Harakahdaily    

 
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Majlis Agama Islam 
negeri-negeri wajar meningkatkan kerjasama dakwah dan hubungan dengan 
bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam menangani Islamophobia dan 
religiophobia yang semakin meningkat.
Demikian antara cadangan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan 
Kerajaan (ACCIN) dalam merangka resolusi Kongres Majlis Agama Islam 
Negeri Seluruh Malaysia 2011 buat kali pertama selama dua hari yang 
bermula hari ini.
Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata kongres itu merupakan 
titik sejarah yang baru bagi melihat kerjasama yang lebih utuh dalam 
kalangan Majlis Agama Islam negeri-negeri dalam melaksanakan agenda 
pemartabatan Islam di tanahair.
Katanya, ACCIN percaya bahawa Kongres ini tepat pada masanya dan ia 
merupakan persidangan yang amat penting untuk merencana masa depan Islam dan 
umatnya.
Menurutnya lagi, ACCIN juga merakamkan penghargaan dan terima kasih 
di atas kesudian pihak penganjur menjemput pertubuhan-pertubuhan NGO 
Islam bagi berinteraksi dan terlibat sama dalam memberikan 
pandangan-pandangan yang boleh dijadikan panduan dan agenda bertindak 
dalam bentuk resolusi yang akan dirangka.
Untuk itu, tambah beliau, ACCIN ingin memberi cadangan kepada 
perkara-perkara berikut supaya diambil perhatian dalam merangka resolusi yang 
disimpulkan dalam 10 perkara.
1. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan komitmen 
terhadap prinsip-prinsip terkandung dalam Perlembagaan dan Syariah 
sebagai panduan umum dan Piagam Majlis untuk menghadapi era globalisasi 
kini.
2. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan kembali komitmen 
tingginya, bersesuaian dengan “Cairo Declaration of Human Rights in 
Islam”, untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dari 
perspektif Islam.
3. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menekankan kepentingan 
untuk menilai kembali semua aspek pentadbiran Syariah dan memastikan 
pendekatan yang adil dan seimbang terhadapnya.
4. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menyatakan keprihatinan, 
bersesuaian dengan "World Interfaith Harmony Week”, terhadap persamaan, 
perbezaan dan kehidupan harmoni antara agama dan kepercayaan tanpa 
mengabaikan asas dan kesucian Islam serta Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
5. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar melebarkan kerjasama 
(interaksi dan perkongsian pintar) untuk menghadapi cabaran ummat 
manusia, khasnya ummat Islam tanpa mengira ras, warna kulit, bahasa, 
jantina, agama/mazhab, sekutu politik, status sosial atau pertimbangan 
lain.
6. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar mengenal pasti sumbangan 
kepada NGO-NGO Islam, merangkumi kos bangunan, sekretariat, pengajian, 
kenderaan, program dan lain-lain, termasuk daripada sumber zakat.
7. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar meningkatkan kerjasama 
dakwah dan hubungan dengan bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam 
menangani Islamophobia dan religiophobia yang semakin meningkat.
8. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu memberikan perlindungan 
kepada muallaf dan meningkatkan usaha serta proaktif untuk dakwah 
non-Muslim di seluruh Malaysia, merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
9. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu mengurangkan birokrasi 
dalam pemberian bantuan zakat kepada para asnaf bagi mengelakkan 
golongan ini dieksploitasi oleh golongan lain.
10. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diminta sentiasa membantu 
meningkatkan sosio-ekonomi ummah dan memperkasa aspek pendidikan agama 
kepada anak bangsa.
“Semoga cadangan-cadangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya,” ujar Mohd 
Roslan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi pihak ACCIN, beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah 
kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di atas penganjuran 
kongres yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin 
di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini. 

======================================================================================


Universiti Kehidupan 63 – Rahsia Bintang Enam Israel 

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan 
apabila ia 
merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. 
Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami 
mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh 
Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan 
suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan 
agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana 
orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa 
tanah Palestin adalah tanah asal mereka. (saya akan tulis kemudian tajuk
 khas bab ini)

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan
 sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama 
hampir berumur 1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau 
membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan 
Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang 
berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun 
kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 
1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid 
ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid 
dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan 
dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, 
memberi salam dan memegang bahu
 saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau 
menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga
 ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan
 jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding 
ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya
 nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak 
ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai 
lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina 
tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai 
menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum
 Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur
 mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini 
berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 
100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah 
mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." 
Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu 
kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, 
menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam 
kaum itu".

Israel
 menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah
 penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan 
mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah 
penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda 
Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila
 sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. 
Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di 
sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna 
sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu 
dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel 
kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa 
dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport 
Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, 
tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan 
syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di 
sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, 
racunlah sejarah mereka"

Jika
 ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih 
selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu 
akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

12 Mei 09 jam 12.55 malam.
======================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to