Kelenjar tiroid

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Lain-lain artikel :

1. Tiroid : http://info.biovco.com/tiroid.html
2. Resdung : http://info.biovco.com/resdung.html
3. Ruam Lampin : http://info.biovco.com/ruamlampin.html
4. Darah Tinggi : http://info.biovco.com/darahtinggi.html

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

http://www.biovco.com

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia.
Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting
ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal
metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin
yang diambil dalam pemakanan manusia. Iodin ini akan bergabung dengan asid
amino tirosina yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam
keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5%
adalah hormon-hormon lain seperti T2.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah
lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh
enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini
berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di bahagian
otak.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan TSH.
Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh
oleh hipotalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula
akan menyebabkan tiroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang
mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah
tiroid.

Penyakit kelenjar tiroid

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid
ialah:

Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
Usia lebih 60 tahun
Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:

Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati
lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan
mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel
tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan

Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri

Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

Bengkak di leher
Cirit birit
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Gementar dan gelisah, terketar-ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
Angin yang tidak menentu
Kejang otot
Oesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tekanan darah naik
Turun berat badan walaupun selera naik
Lemah

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang
cukup.

TESTIMONI PENGGUNA : THYROID

Saudara/i yang dihormati,

Saya ingin kongsi pengalaman dan kesan setelah mengamalkan minyak kelapa
dara BIOVCO.

Saya mengidap penyakit thyroid yang kronik sejak remaja. Berat badan turun
dengan mendadak sekali dan rambut juga gugur hingga hampir botak. Saya
mendapat rawatan di HKL selama beberapa tahun sehingga saya penat nak
berulang kesana.

Apabila rambut dah tumbuh dan badan pun dah naik semula, saya ingatkan saya
dah pulih betul. Walaupun ada terdapat benjolan di leher saya. Doktor
syorkan supaya saya menjalani pembedahan tetapi disebabkan perasaan takut
maklumlah nak disembelih dileher, saya diamkan sahaja. Dan benjolan dileher
memang amat ketara. Kadang kadang terasa susah nak menelan.

Saya telah meminum biovco. Adalah dalam 9 hari saya mengamalkan biovco,
bengkak dileher telah hilang, leher saya sekarang ni boleh lah dikatakan 99%
pulih. Tiada benjolan lagi. Kita iktiar, usaha disertakan doa', insyallah
dimakbulkan.

Wallahualam.

Norriah Abd. Munir,
Shah Alam Selangor

Lain-lain Testimoni : http://www.biovco.com/testimoni.html

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Lain-lain artikel :

1. Tiroid : http://info.biovco.com/tiroid.html
2. Resdung : http://info.biovco.com/resdung.html
3. Ruam Lampin : http://info.biovco.com/ruamlampin.html
4. Darah Tinggi : http://info.biovco.com/darahtinggi.html

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

http://www.biovco.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke