*5 rahsia utama kecap nikmat ibadat puasa*

>>> Sila fowardkan kepada rakan dan kenalan, semuga ia memberi manafaat.

Lain-lain info : http://www.maynetwork.net

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima
rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat
ini.

 Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun ia
sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud
berusaha untuk menguasainya.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar
akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan
pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada
kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya
bermaksud: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah
al-Jaathiyah, ayat 23)

 Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun
menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan
membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Puasa itu sebagai benteng" (daripada
serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh.
Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri,
walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

 Menyihatkan badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif
terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya
dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli
perubatan.

 Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada
manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan
diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

 Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan
yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera
berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara
penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan
berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat tidak hanya
bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran
jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Lain-lain info : http://www.maynetwork.net


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke