*Diabetes potong kaki pilihan terakhir pesakit<http://www.biovco.com/?ref=yg> *
Luka, ulser serius boleh menyebabkan komplikasi serangan jantung, jangkitan kuman, LUKA yang terjadi di kaki pesakit diabetes, selalunya akan terlajak menjadi kecederaan yang besar dan akhirnya memaksa doktor memotong kaki pesakit terbabit. Bunyinya memang mengerikan dan kebanyakan orang tidak mahu kehilangan kaki, walaupun kaki itu tidak lagi sempurna. Oleh kerana tidak mahu dipotong, pesakit akan mencari rawatan lain. Bagaimanapun, mereka akhirnya meninggal dunia kerana komplikasi diabetes (seperti serangan jantung) dan jangkitan kuman tidak lama selepas itu. Pemotongan kaki (amputation) selalunya menjadi pilihan terakhir dalam merawat pesakit. Doktor biasanya akan mencuba pelbagai rawatan yang sesuai untuk menyelamatkan kaki daripada dipotong berdasarkan keadaan kesihatan pesakit. Antaranya, melakukan pembedahan pintasan saluran darah pada kaki atau prosedur angioplasti (membesarkan salur darah). Pakar Bedah Salur Darah, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Mazri Yahya, berkata 15 peratus pesakit diabetes akan mendapat luka atau ulser pada kaki sepanjang kehidupan mereka. Luka itu akan menjadi lebih serius sekiranya tidak diberi rawatan awal. "Lebih kurang 10 peratus pesakit diabetes tidak mempunyai pilihan rawatan lain selain kaki dipotong. Malah, di seluruh dunia, pesakit diabetis akan kehilangan kaki pada setiap 30 saat," katanya. Dr Mazri berkata, masalah kaki diabetes selalunya dikaitkan dengan PAD (peripheral arterial disease) iaitu penyempitan arteri pada kaki yang mengurangkan jumlah aliran darah. Walaupun ia boleh juga terjadi di kalangan mereka yang bebas diabetes, tetapi PAD lebih kerap dilihat pada mereka yang diserang diabetes. Keadaan lebih teruk jika pesakit juga merokok, kandungan kolesterol yang tinggi, obesiti, darah tinggi dan menghidap penyakit buah pinggang. Katanya, walaupun diabetes boleh menjejaskan saluran darah kecil dan besar (dikenali sebagai penyakit makrovaskular dan mikrovaskular), PAD selalunya merujuk pada penyekatan pada arteri besar pada kaki yang menyebabkan masalah klinikal. "Majoriti pesakit PAD biasanya tidak tahu mereka mengalami masalah itu. Ini kerana hampir 50 peratus pesakit tidak berhadapan dengan sebarang simptom," katanya. Pesakit hanya tahu mereka berhadapan dengan PAD apabila berasa penat pada betis atau paha ketika berjalan dalam jarak tertentu. Kepenatan ini akan memaksa pesakit berehat beberapa minit untuk melegakan kesakitan sebelum menyambung semula perjalanan. Dr Mazri berkata, keadaan itu disebabkan bertambahnya permintaan darah oleh otot kaki ketika berjalan. Bagaimanapun, pada masa yang sama bekalan darah tidak mencukupi disebabkan penyempitan saluran darah. Simptom ini akan menjadi bertambah teruk dan akhirnya akan mengganggu kehidupan pesakit. Lama kelamaan, keupayaannya untuk berjalan semakin terhad. Malah, apabila keadaan semakin teruk bergerak beberapa langkah pun boleh mengundang kesakitan. PAD yang lebih serius dan kritikal berlaku apabila pesakit berasa sakit pada hujung kaki walaupun dalam keadaan rehat atau luka atau gangrene mula kelihatan. Kesakitannya terasa seakan menekan dan sukar untuk lega. Selalunya kaki yang terjejas akan berwarna unggu (seakan lebam) dan sejuk apabila disentuh. Dalam kebanyakan kes, pesakit hanya tahu masalah arteri tersumbat apabila terjadi luka atau gangrene pada kaki. "Ulser pada kaki sebenarnya memerlukan darah yang mencukupi untuk sembuh. Jika salur darah tersumbat atau menyempit maka luka tidak akan mendapat bekalan darah yang diharapkan dan ini akan melambatkan proses penyembuhan luka. "Sekiranya terlalu sedikit bekalan darah, penyembuhan adalah hampir mustahil. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan bekalan darah," katanya. Sebelum rawatan diberikan, beberapa ujian imbasan dibuat bagi menentukan kesesuaian cara rawatan. Sekiranya penyempitan saluran darah pendek, angioplasti adalah rawatan yang terbaik. Angioplasti membabitkan prosedur pembesaran salur darah menggunakan belon angioplasty. "Jika penyempitan atau penyumbatan salur darahnya panjang, pembedahan pintasan saluran darah adalah cara yang sangat berkesan. "Biasanya saluran darah vena pesakit digunakan sebagai saluran pintasan baru. Bagaimanapun, jika semua salur darah tersumbat dan tidak boleh dipulihkan, memotong kaki yang rosak adalah cara terbaik bagi mencegah jangkitan kuman," katanya. *UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI. <http://www.biovco.com/?ref=yg>* *TESTIMONI PENGGUNA <http://www.biovco.com/testimoni.php>* Ibu saya pengidap kencing manis sejak umurnya awal 40-an lagi (sekarang 57 tahun) dan menjadi lebih serius sehingga terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari. Kakinya juga sudah tidak berasa, pandangan matanya kabur dan sering sesak dada, cepat penat dan pucat. Setelah mencuba BioVCO selama 2 minggu...beliau boleh menonton tv dan membaca surat khabar dengan jelas, mukanya lebih ceria dan boleh melakukan kerja-kerja rumah dengan bertenaga. Dulu bacaan untuk kandungan gula dalam darahnya melampaui 12 TETAPI sekarang adalah 5.6 ** *Pn. Zainidar* Klang Selangor *Baca lain lain TESTIMONI - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/testimoni.php>* *APA KATA PELANGGAN <http://www.biovco.com/apa-kata-pelanggan.php>* Saya telah menerima bungkusan BioVCO saya melalui Poslaju dalam tempoh kurang 24 jam selepas pesanan saya diproses. Terima Kasih kerana menyediakan perkhidmatan yang sungguh efektif dan efisyen ini. Diharap pihak syarikat BioVCO teruskan usaha murni ini untuk menolong memperbaiki taraf kesihatan rakyat Malaysia dengan Perkhidmatan Dunia Kelas Pertama. Sekian, terima kasih, *Muhammad Najib Bin Sahari* Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Tel : 013-471XXXX *BACA APA KATA PELANGGAN LAIN - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/apa-kata-pelanggan.php> * **** Tertakluk kepada terma dan syarat (penghantaran akan dibuat pada hari yang sama jika pembayaran & maklumat penghantaran diterima oleh pihak BioVCO.Com sebelum pukul 12 t/hari)* =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Produk BioVCO dijual terus kepada pengguna, Belian secara online atau menggunakan SMS *KLIK DISINI UNTUK BELIAN ONLINE / KAD KREDIT<http://www.biovco.com/beli.php> * *Penghantaran secara PERCUMA menggunakan Pos Laju* Untuk membuat pembelian & dapatkan no akaun sila tulis : *MBB* dan hantar ke *013-3014262 * *HARGA 1 Botol (MKD1): RM34.00 (Semenanjung) / RM39.00 (Sabah & Sarawak) HARGA 2 Botol (MKD2): RM60.00 (Semenanjung) / RM70.00 (Sabah & Sarawak) HARGA 4 Botol (MKD4): RM110.00 (Semenanjung) / RM120.00 (Sabah & Sarawak)* Hanya buat pembayaran & SMS nama & alamat untuk penghantaran, Contoh SMS : *Nor Asmidawati Md Nor, 9C Jln BK 5/2 47100 Bdr Kinrara Sel, MKD4, MBB, RM110, 9:20am* Pembelian pertama melayakkan pelanggan untuk menjadi ahli BioVCO.Com. Sebagai ahli pelanggan layak untuk memperolehi harga ahli. Sila tulis AHLI dan SMS atau hubungi 013-3014262 untuk maklumat keahlian & harga. =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Info kesihatan ini dihantar dari masa kesemasa kepada ahli group berdaftar. Untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk info berikutnya sila daftar melalui : http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/ . Sila fowardkan kepada rakan dan kenalan, semuga ia memberi manafaat dan berguna untuk mereka.
