FREEMASON:

ULAMA BONEKA  MENGHALALKAN RIBA 

Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam dunia. 

 Walaupun 300 tahun dahulu Mesir bukan negara rujukan ulama dunia, tetapi kini 
fatwa Al-Azhar dirujuk hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan 
pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. 

Apabila seluruh rakyat Mesir telah mengguna-pakai wang kertas maka bank-bank 
mula melakukan bisnes kotor iaitu menawarkan pinjaman dgn faedah kpd org2 awam, 
persatuan, peniaga2 kecil serta badan-badan kerajaan.

Dengan berlakunya lambakan situasi tersebut maka timbullah isu baru dalam dunia 
perundagan Islam Mesir berkaitan riba bank, dan sebagainya. 

Banyak perdebatan berlaku dikalangan ulama dan terdapat banyak pandangan  dalam 
isu tersebut.

Bagi memastikan orang2 Islam Mesir mengambil dan mengguna pakai pinjaman riba 
ini, agen-agen Rothschild di pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih 
ulama-ulama sekular yg cenderung ke arah pemikiran barat dan boleh dipergunakan 
untuk kepentingan bank.

Jadi, ulama manakah yg boleh bersetuju dgn riba ini kerana ia jelas haram?? 

Untuk memastikan perancangan berjalan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di 
Mesir sudah pun mempunyai stok ulama khusus dalam hal ini. 

Maka Rothschild memilih ulama2 Al-Azhar  yang menyertai organisasi Freemason di 
Mesir. 

Ketika itu, ada tiga ulama terkenal yg menyertai Freemason iaitu Jamaluddin 
Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida. 

============================================================================================================================

FATWA  ULAMA FREEMASON MENGHALALKAN RIBA 

Ulama pertama yg dipercayai mengeluarkan fatwa Riba menghalalkan riba bank atas 
keadaan-keadaan tertentu ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. 
Fatwa itu dikeluarkan pada 1904. 

Kesan dari fatwa yg tidak bertanggungjawab itu, maka ramailah ulama2 
kontemporari dari seluruh dunia Islam terpengaruh, tambahan pula pada waktu 
tersebut, dunia Islam dilanda pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri 
fahaman Wahabi di seluruh dunia. 

Ia adalah saat yang menggemparkan ulama-ulama Islam dari seluruh dunia. Ia 
seolah-olah satu pertembungan pendapat antara golongan ulama muda yg ekstrem 
menagih pembangunan sosial dengan ulama pondok yg sudah berpengalaman dengan 
taktik Freemason.

Ulama seluruh dunia tahu bahawa fatwa tersebut adalah  ''berat'' dan 
terselindung pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh 
Jamaluddin Al-Afghani (kelahiran Iran) adalah ahli Freemason di Kaherah yang 
bersekongkol dengan Illuminati. 

Malah Khalifah Uthmaniyah ketika itu, Sultan Abdul Hamid menggelarkan Sheikh 
Jamaluddin Al-Afghani sebagai ''pelawak'' di dalam buku log baginda. Gelaran 
''penghinaan' itu diberikan berikutan baginda telahpun mengetahui bahawa 
Jamaluddin adalah perisik British dan sedang berkomplot menjatuhkannya dengan 
cara menaikkan pemimpin boneka Rothshild di Mekah iaitu Sherif Hussain.

Sebenarnya, perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir adalah hasil dari 
pengaruh Lord Cromer. Pada 1898, ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara 
Mesir, pada masa yang sama juga Majlis Ulamak Al-Azhar telah mengumumkan fatwa 
sistem perbankan riba yg diamalkan oleh bank-bank di Mesir adalah haram. 

Kenyataan rasmi fatwa ini berlawanan dgn kaedah perniagaan Rothschild, maka 
bagi mengkaburi umat Islam dan melawan fatwa ini, Lord Cromer dengan kuasanya 
telah melantik sahabatnya Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir. 
 
Pada 1899, Muhammad Abduh secara rasminya mengumumkan bahawa sistem perbankan 
riba adalah HALAL.

Dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh 
menyebut, 

''Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal, manakala Pejabat Pos melabur 
wang yg diambil daripada orang rama melalui deposit, sedangkan wang itu tidak 
dikira sebagai pinjaman kepada pihak pos.
Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu 
perkongsian dalam qirad.''

(Majalah Al-Manar, Vol.VI, bab18, ms 717) 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatwa riba sebagai halal diteruskan lagi penggunaannya  oleh Mufti Mesir 
selepas itu  iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, juga seorang Wahabi Salafi dan 
anak murid kepada Muhammad Abduh.

 Perlantikan Rasyid Rida seorang warga Syria sebagai Mufti juga sudah tentu di 
atas restu British kerana beliau membawa fahaman fatwa yg sama. Tambahan pula, 
Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin juga merupakan ahli Freemason 
yang berpangkat di Kaherah. 

Ketiga-tiga ulama Freemason ini juga giat melancarkan fahaman menentang 
ulama-ulama tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama-ulama 
berkenaan

* (Malangnya, di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al 
Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh ditulis sebagai pemimpin pembaharuan rakyat 
Mesir, sedangkan kedua-duanya adalah tali barut British-Freemason)

=========================================================================================================================

MUFTI AL AZHAR DIPERMAINKAN ROTHSCHILD

Rothschild amat teliti dalam urusan fatwa ini. Rothschild memilih menguasai 
Mesir satu ketika dahulu melalui pembelian saham Terusan Suez supaya negara 
Mesir dapat dikuasai. 

Apabila pimpinan kerajaan Mesir dikuasai, secara automatisnya autoriti melantik 
mufti,  jawatankuasa ulama dan proses menggubal perlembagaan negara juga 
dikuasai. 

Rothschild memerlukan satu perkataan sahaja yang keluar dari Mufti Al-Azhar 
iaitu HALAL.  Selepas itu, seluruh jiwa dan raga rakyat  Islam seluruh dunia 
akan berjaya dicengkam.

Mengapa mesti Mufti Al-Azhar?

 Ianya kerana seluruh umat Islam  dunia lebih tertumpu kepada pandangan para 
ulama Al-Azhar.
Menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam seluruh dunia.

============================================================================================================================

MAJLIS FATWA ROTHSCHILD

Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah majlis propaganda yg dibina 
sendiri oleh Rothschild. Darul Iftaa dibina untuk melawan fatwa ulama Al-Azhar 
lain yg bersifat bebas.

Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan pendapat umat 
Islam.

Kemudian Rothschild telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut 
Abdel Rahman, kewujudan tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan sekian lama 
umat Islam Mesir. 

============================================================================================================================

''ULAMA-ULAMA SYAITAN''  BERFATWA TENTANG FAEDAH BANK

JIka golongan ulama sebegini berani memutar beli ayat al-Quran dan melabelkan 
yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama 
sebegini  ''Ulama Syaitan''.  

Ulamak tersohor, Imam Habib Abdullah Haddad menyebut dalam kitabnya An-Nashaih 
Ad-Diniyyah Wal Washaaya al-Imaniyah;

''Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kpd org awam 
cara2 mudah utk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan utk 
membelit atau menipu...'''

''Orang alim yg bersikap seperti ini  ialah syaitan yg durjana, pengingkar dan 
penentang Allah dan RasulNya. Sebenarnya ia telah dilantk oleh Syaitan untuk 
menjadi wakilnya di dunia, agar ia biasa menabur fitnah dajjal dan menunjuk 
kepada kesesatan dan kekeliruan...''

============================================================================================================================

Riba bank khususnya atas 'pinjaman' adalah satu kaedah Rothschild bagi 
memufliskan sesebuah negara. Negara yg dahagakan permodenan kemudahan asas 
terpaksa membayar kepada syarikat2 kejuruteraan luar. 

Memandakangkan kos upah yg tinggi maka syarikat2 kejuruteraan akan mencadangkan 
bank-bank kroni mereka utk memudahkan kerajaan membuat pinjaman, maka 
berhutanglah sesebuah negara sehingga akhirat tanpa kesudahan bayaran. 

Malangnya, ulama kontemporari sekarang menganggap wang kertas adalah satu aspek 
lain dalam penentuan hukum riba perbankan. 

Ulama ini terpesona dgn ''zauq'' istilah ''prinsip darurah'' yg berlegar2 dalam 
''riba-al nasiah''.   Mereka juga mengelak daripada membincangkan isu berkenaan 
penggunaan wang kertas.

==========================================================================================================================

PENIPUAN SEJARAH

Sejarah mencatatkan Shiekh Muhammad Abduh dan gurunya melalui gerakan Islam 
mengajak umat Islam Mesir menentang penjajahan British tetapi dalam masa yang 
sama, beliau menyertai Freemason Kaherah dan mengeluarkan fatwa menghalalkan 
riba bank sedangkan beliau sendiri mengetahui ketika itu bank-bank Rothschild 
sudah mula membuka cawangan di Mesir. 

Sehingga kini Mesir mempunyai lebih 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah 
kedua-duanya benar2 menentang British atau  ''diarah'  untuk berlakon menentang 
British?? 

Adakah sejarah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak pandai membaca 
fakta? 

''Whoever controls the media, controls the mind..''

Rothschild mengawal sejarah dunia agar sentiasa palsu pada skala-skala tertentu 
dan tidak menonjolkan gerak kerja konspirasi mereka.  

Rothschild tidak ada masalah untuk mengugut, membunuh dan merasuah ahli  
sejarah peringkat  noble trophy bagi menyembunyikan kegiatan jahat mereka. 

Hatta pemimpin diktator dunia sendiri pun mampu diperkudakan mereka apatah lagi 
ahli sejarah dunia yang tidak mempunyai pengikut ekstrem.

Kelangsungan dari pengaruh Rothschid ini, harus kita pelajari dan memahami di 
manakah penipuan yang berlaku dalam pendidikan Sejarah agar maklumat dan 
peristiwa yg benar sahaja dapat disumbat dalam ruang-ruang buku sejarah.

==========================================================================================================================
 

KESIMPULAN

Semua jenis manusia sama ada ulama-ulama, ahli politik, cendekiawan, ahli 
sejarah, saintis, mahu pun ulama Islam, sami sami, tuan-tuan guru pondok, maka 
disimpulkan semuanya mampu dipengaruhi Rothschild, hanya dengan pengaruh wang 
dan pangkat. 

Sogokan, rasuah, pangkat kemasyuran dan sebagainya mudah diberikan untuk 
memanipulasi seseorang agar mengikut kehendak mereka.

Tetapi ada jenis manusia yang tidak boleh ditembus oleh Rothschild & Dajjal, 
iaitu  Waliyullah atau lebih terkenal sebagai ahli ahli sufi. 

Golongan ini muncul hasil kesepaduan ilmu tasawuf yang diberikan oleh 
Rasullullah S.A.W secara bersanad dan tidak boleh belajar melalui peperiksaan 
awam, kerana ia melibatkan praktikal hati.

Disebabkan golongan ini jugalah yang dijanjikan Allah tergolong dalam Rijal 
Qhaib yang bakal menjadi tentera Imam Mahdi kelak menentang tentera Dajjal. 

(Gambar) Ulama Freemason : 
 Muhammad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Rashid Rida.


Sangenek




AnwarDjambak
Alam Takambang Jadikan Guru
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Google 
Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke rantaunet+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Kirim email ke