Saya memohon sebanyak banyak ma’af kerna terlambat menjawab permintaan Angku 
Arman Bahar. Bukan kerna kesibukan waktu tetapi terlupa. Sekali lagi saya mohon 
ma’af. 
  
Pertama tama kali ingin saya nyatakan bahwa jawapan saya ini bukan bermaksud 
memperkenal-dagangkan Partai Keadilan Rakyat Malaysia di mailing list RN ini. 
Kalau ada mirip ini saya mohan ma’af. Bukan saya sengajakan. Saya masih 
menyokong sikap nonpartisan politik RN. Dan, memang sepatutnya begitu. Platform 
nonpartisan dan bersikap netral berpolitik kepartaian perlu wujud di diri RN. 
RN adalah landasan maklumat untuk semua, tidak kira Minang atau NonMinang. 
  
Semenanjung Tanah Melayu telah menjadi tumpuan perantau dari pelusuk Nusantara. 
Boleh di katakan ada sahaja suku tempatan di Rantau ini atau di Nusantara 
mempunyai perwakilan mereka di Semenanjung. Ma’na perwakilan ini ialah mereka 
mereka yang telah bermaustatin atau tinggal tetap di Semenanjung turun menurun 
hingga sekarang. 
  
Dinamika merantau atau berhijrah telah di samaertikan atau di identitikkan 
dengan Rantau ini. Dinamika wilayah rantau ini lebeh banyak di ertikan dengan 
sikap berhijrah oleh penduduknya.  Rantau ini hidup dan menghidup kerna 
perangai atau thobi’at merantau ini. Mungkin kedudukan strategis Semenanjung 
itu lah maka tumpuan utama perantau di wilayah ini menumpu ke Semenanjung Tanah 
Melayu. 
  
Salah satu pengunjung atau perantau yang telah mendirikan wilayah perantauan 
nya  di Semenanjung secara besar besaran dan akhirnya terbentuk satu pakatan 
entiti politik kenegerian ialah orang Minang di Negri Sembilan. Perantau lain, 
Bugis, Jawa, Acheh DLLnya belum berjaya melakukan hal ini. 
  
Malaya dan kemudian Malaysia telah menerima hakikat peranan dan sumbangan 
perorangan dan masyarakat Minang dalam sejarah dahulu maupun sekarang. 
Penglibatan mereka boleh dikatakan di semua gelanggang. Idzinkan saya nyatakan 
satu perkara. Ada satu persamaan yang ketara diantara masyarakat Melayu dan 
masyarakat Minang (termasuk juga Bangsa Moro di Selatan Filipina). Kedua duanya 
memakai “pakaian politik” Islam dan perkenalan jati diri bangsanya dengan  
Islam itu sendiri. Islamic political dressing ini di samakan/equate dengan 
identiti ethnik Minang atau Melayu itu sendiri. Perkenalan jati diri bangsa/ 
masyarakat/ kesukuan/  bangsa/ commune bagi suku Melayu dan Minang “di padu 
kan” dengan Islam  telah mendarah daging. Hanya bedanya, masyarakat Melayu di 
Semenanjung telah berjaya menta’rifkan erti Melayu secara perlembagaan dan 
sekali gus politically defined. Ma’nanya secara perlembagaan /constitutionally 
Melayu itu Muslim. Sekiranya saorang
 Melayu itu tidak Muslim, gugur hak istemewa Melayunya. 
  
Mengapa saya menonjolkan perkara dinamika dan hidupnya Rantau hasilan dari 
amalan merantau dan identiti ethnik dan ta’rif politik orang dan masyarakat 
Melayu dalam tulisan ini? Kerna, teras Malaya ialah Semenanjung, dan sekarang 
Semenanjung sudah membesar menjadi Malaysia. Kini Malaysia telah di taqdirkan 
menjadi negara majmuk, masyarakat nya serba ugama, serba budaya, serba ethik. 
It is plural society. Kemajmukan Malaysia bukan kehendaknya tetapi kehendak 
penjajah British. 
  
Amalan dan budaya berhijrah atau merantau saperti dulu dulunya sudah di tidak 
berterusan.  Dinamika Rantau yang dulu dulunya di hidupkan dengan penghayatan 
merantau telah di ganti baru. Gantiannya kini berbentuk penghijrahan yang di 
sebut pekerja pendatang/ migrant workers. Sedeh tetapi kenyataan. Ini semua 
dari angkara mendewakan sistem rupa bangsa/nation state system. Cabaran kita 
yang masih serumpun dan masih berjiran tertangga ialah walaupun merantau kini 
di ertikan secara sempit, namun pilihan kita meneruskan dinamika Rantau hatta 
dengan pengertian sempit ini.  Rantau harus meneruskan budaya merantau. 
Indonesia dan Malaysia mesti terus berjiran tetangga dan terus berserumpun. 
Waima sekali pun kita di kotak kotakkan secara politis, yakni Malaysia dan 
Indonesia, potensi kemajuan dan mara kehadapan yang lebeh tinggi dan bererti 
di kedua dua negara ini lebeh memerlukan kepada berganding bahu, bekerjasama 
dan menjangkau/beyond dari paradigma dua
 hala/paradigm of bilateralism sahaja. 
  
Walaupun negara Malaysia sudah majmuk,teras politik dan budayanya masih 
keMelayuan. Persoalan Malaysia kini ialah sejauh mana mau di erti-barukan ke 
Malayu an  itu. Tulang belakang politik Malaysia berteraskan Melayu wajib di 
pertahankan. Pada nada yang sama konsep bumiputra khusus Melayu  juga 
memerlukan perluasan ma’na memasukkan kaum Kadazan Sarawak dan Iban Sabah. 
Pemahaman politik tulang balakang Melayu dan perluasan ma’na bumiputra ini 
sangat penting. Adakah kemajmukan bangsa di Malaysia membolehkan membuat tapak 
dan dasar Malaysia for all Malaysian? Bolehkah Malaysia for all Malaysians ini  
menafikan kedaulatan politik Melayu? Adakah perlu perumbakan mendasar dan 
berwajah baru untuk mengganti struktur politik meng-akomodasi kemajmukan 
Malaysia saperti yang di alami di Lebanan atau di Fiji? Soalan ini menuntut 
jawapan pasti. 
  
Phenomena berpolitik berdasarkan Muslim majoriti/Muslim majority politics 
saperti di Turki atau di Pakistan maupun di Indonesia memang payah di amalkan 
di Malaysia. Muslim minority politics di India, Thailand maupun di Kampuchea 
apatah lagi di Amerika Syarikat tidak dapat panutan di Malaysia. Malaysia boleh 
di katakan duduk di tengah tengah.  Cabaran pimpinan Islam di Malaysia ialah 
bagaimana mengekal Cara Hidup Islam di situasi di mana nisbah penduduk Muslim 
dan NonMuslim nya lebeh kurang hampir 50: 50. Tulisan dan rujukan syiasah 
syar’iyyah yang ada hanya merujuk kepada Muslim majority paradigm dan model. 
Nampakanya tidak ada pilihan pimpinan Islam Malaysia kecuali berikhtiar mencari 
satu pendekatan politik dan da’wah Islami yang unik dan berpijak di bumi 
Malaysia. Malaysia is truly unique politically and sociologically. Keunikan 
kedudukan politik Malaysia ini hasilan dari colonial legacy.  Keunikan yang 
istimewa inilah yang akhirnya melahirlah
 pendekatan Malaysia/ Manhaj al Malazy. Satu kaedah dinamika berpolitik atau 
menjanakan proses pengislaman politik Malaysia pasca merdeka. Pendekatan 
berpolitik/politicalizing sekali gus berfungsi Islamic cultural renewal khusus 
untuk Malaysia   
  
Di zaman penjajahan pasca 1950an pemimpin Islam dan para aktivis/ da’i 
mendekati persoalan negara dan masyarakat dengan secara apa yang kini disebut 
fiqh haraki/ fikah gerakan. Pimpinan dan aktivis Islam belajar bergerak dan 
berpolitik bersandarkan pendekatan pendekatan gerakan gerakan Islam Ikhwan al 
Muslimun, Jama’at Islami dan gerakan Badiuzaman Said Nursi. Pendekatan 
pendekatan ini telah banyak di ubahsuai dengan warna tempatan. 
  
PAS, di zaman Persekutuan Tanah Melayu/ Malaya, di lahirkan dengan menerima 
pendekatan fiqh haraki dan membentuk partai politik Islam untuk membuat 
perlawanan politik melawan penjajah dan  serentak menuntuk dan merebut 
kemerdekaan. Mereka terpaksa melawan arus ketika itu kerna penjajah British 
berpehak dan membantu menjayakan politik kaum nasionalis Melayu yang tidak 
radikal dan bersedia berkerjasama dengan penjajah. Apa yang terjadi dalam 
percaturan politik ketika di tahap menuntuk kemerdekaan dan mengisi 
kemerdekaan, PAS telah menjadi partai pembangkang/oposisi. Sekali gus, Islam 
telah menjadi second class dan Islam dijadikan atau di gambarkan satu hambatan 
bukanya rahmatan lil alamin.  Pendekatan partai politik Islam  di Malaysia 
ketika ini begitu gersang dengan menghidupkan dan menghayati sistem hidup 
Islami. Malang sekali political Islam diertikan jumud. Islam di kecualikan di 
public square and sphere. Public decision making process di Malaysia
 tidak mengambil kira politik Islam. Status second class ini berlanjutan hingga 
di awal 1970an. Lanjutan ini merugikan umat Islam Malaysia. Ada satu macam 
kelesuan politik Islam di peringkat nasional Malaysia. 
  
Di Indonesia, di awal tahun 1950an, MASYUMI, telah melakukan percubaan politik 
parliamentary democracy/ constitutional democracy.  Pimpinan MASYUMI yakin 
dengan masa depan negara dengan keberadaan constitutional democracy. Ijtihad 
politik ini telah di fikirkan dengan semasak masakanya oleh para aktivis 
MASYUMI. Mereka telah melihat apa yang berlaku di dunia Islam di ketika itu dan 
yakin model parliamentary democracy adalah jalan terbaik untuk masa hadapan 
Indonesia. Mereka telah meletakkan batu asas parliamentary democracy di 
Indonesia. Memang menyedihkan dan merugikan Indonesia apabila constitutional 
democracy ala Inonesia ini di leraikan oleh demokrasi terpimpin ala Presiden 
Sukarno. Amalan constitutional democracy ini terus di punah-matikan oleh rezim 
Suharto & ABRI & Orde Baru. Diganti dengan amalan berpolitik feudal Kraton Jawa 
Tengah. Pemesongan constitutional democracy ini dan di pesongkan dengan 
pemuatan dan pengisian amalan berpolitik dan
 berekonomi feudal Kraton Jawa Tengah ini telah menyusahkan dan menjerihkan 
daya usaha pendemokrasian Indonesia yang sedang marak sekarang ini.   
  
Kelesuan politik Islam Malaysia terhenti dengan kehadiran ABIM (Angkatan Belia 
Islam Malaysia). ABIM di peringkat awal masih meneruskan pendekatan fiqh 
haraki. Perlahan lahan tetapi mantap ABIM menapak maju selangkah dengan 
pendekatan fiqh hadari-fekah tamaddun. Bagi ABIM, pendekatan fiqh peradaban ini 
sesuai dengan pendekatan  manhaj Al Malazy. Pemikir pimikir ABIM terus 
memperkukuhkan keilmiyyahan manhaj al Malazy ini. Pendekatan fiqh hadari boleh 
di identitikkan dengan dinamika pemikiran kelompok Ikhwan Muslimum yang 
mempunyai pemikiran politik sederhana. Salah satu nya pemikir politik sederhana 
ini ialah Sheikh Yusuf Al Qaradawi. Sumbangan pemikiran Imam Hassan Al Bnna, 
Asshahid Syed Qutb, Asshahib Abdul Qadir Audah, Hassan Al Hudhaibi, Hassan al 
Turabi, Abul A’la Syed Maududi, Abul Hassan Ali Nadwi, Syed Muhammad Naquib al 
Alatas, Muhammad Natsir tetap besar dan berkesan. ABIM telah melakukan 
penyesuaian uslub ud da’wah yang di pinjam dari
 gerakan gerakan Islam dan MASYUMI dalam konteks Malaysia. 
  
Pimpinan kampus dan aktivis ABIM mendapat “political apparenticeship and 
stewardship” dari kehadiran  Pak Natsir dalam DDII. Penglibatan Buya Natsir dan 
tokoh tokoh MASYUMI di arena politik da’wah di Indonesia dan di Malaysia 
senantiasa di manfa’atkan di Malaysia. Gerakan pembaharuan Norcholis Madjid 
tidak menjejaskan kemaraan dan pengunaan fiqh hadari di Malaysia.  Ada semacam 
rasa kejiranan daan keserumpanan di antara pimpinan MASYUMI dengan para aktivis 
muda ini. Mungkin tidak berlebehan kalau saya ungkapkan semula pandangan 
allahyarham Bang Immad tentang  memang adanya pe-masyumi-an/  masyumi-tization 
politik kampus di Malaysia.          
  
Partai Islam se Malaysia (PAS) dan Partai Keadilan Rakyat Malaysia (PKRM) dan 
badan badan da’wah Islamiyyah telah sefakat melakukan program penghayatan 
manhaj al Malazy ini. Pengukuhan pendekatan terus di gencarkan.   
  
Sekarang ini Sdr. Anwar Ibrahim telah kembali proaktif dalam arena politik 
resmi Malaysia. Beliau sekarang memegang peranan sebagai ketua pembangkang. 
Tetapi walaupun sebagai ketua pembangkang dan juga mewakili partai  politik 
pembangkang, Islam tidak mengalami status second class. Islam tidak lagi 
berwajah atau berstatuskan second class lagi. Islamic Universalism telah di 
terapkan dan di jadikan asas pembangunan bangsa Malaysia. Maqasid Asyari’ah 
telah mendasari platform merakyatkan ekonomi Malaysia. Tujuan utama ialah 
membangun semula pembangunan bangsa melalui prinsip prinsip kesejagatan Islam. 
  
Kaedah yang di turuti oleh pimpinan Anwar Ibrahim ialah menghayati dan 
menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan. Dalam konteks ini Anwar Ibrahim 
saorang constitutionalist saperti Buya Natsir dan pimpinan MASYUMI. 
  
Penghayatan demokrasi mesti di bangun sama serentak dengan pembangunan ekonomi 
rakyat. Political democracy should hand in hand with economic democracy. 
Kelansungan  political democracy lebeh bererti dengan meningkatkan kekukuhan 
ekonomi. 
  
Anwar Ibrahim mengajak dan meyakinkan rakyat bahwa masa depan Malaysia mestilah 
dengan amalan demokrasi bukannya dengan budaya rasuah/korupsi. Bagi beliau 
amalan demokrasi dan amalan rasuah tidak dapat serentakkan. Ialah adalah satu 
zero sum game. Samada memilih di teruskan budaya rasuah atau demokrasi. Rakyat 
harus membuat pilihan. 
  
Dengan keberadaan Anwar Ibrahim dalam politik partai pembangkang dan dalam 
arena politik nasional Malaysia, Islam di ikut sertakan secara berani. 
Penglibatan Islam dalam negara yang bukan berkiprahkan state sponsored Islamic 
puritanism. Kehadiraan Islam bukan di bawah telunjuk negara. Malah yang 
terbalik terjadi. Islam adalah hak Allah. Islam bukan hak milik peribadi dan 
tunggangan politik negara. Tugas kita memperlihatkan dan menjadikan Islam satu 
rahmah kepada manusia.  Bagaimana meneruskan rahmatan lil alamin di Malaysia 
terutama di tengah gelanggang kemajmukan masyarakat dan kelansungan peninggalan 
penjajah/ British colonial legacy yang telah menukarkan wajah Malaysia silam. 
Bagaimana caranya meneruskan program pemakmuran rakyat dan membasmi kemiskinan 
yang masih bermaharajalela di Rantau ASEAN ini. Bagaimana menghidupkan semula 
dinamika Rantau dan merantau menjelma kembali gagah menghidupkan ruh serumpun, 
sejiran dan serantau. Kita lakukan ini
 dengan kembali kepada cara Islami. 
    
P/S (tugas ini bukan tujuan meng-iklan) 
  
1.      Untuk mengetahui lebeh lanjut Partai Keadilan sila berkunjung ke 
Website mereka di http://www.keadilanrakyat.org/ 
2.      Sila berbicara dengan Sdr. Anwar Ibrahim di WebBlognya sendiri di 
http://anwaribrahimblog.com/

--- On Fri, 1/16/09, arman bahar <armanba...@gmail.com> wrote:




 


      
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi/dibanned:
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi di setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
- DILARANG: 1. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
2. Posting email besar dari 200KB; 3. One Liner
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: rantaunet-unsubscr...@googlegroups.com 
Daftarkan email anda yg terdaftar disini pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke