** Wa' Alaikum salam warahmatullahi wabarokatuh,
Angku Abraham IIyas, Mak Ngah Sjamsir dan dunsanak sePelanta yang saya hormati, Makalah ini saya ambil dari website mindamadani.my. Mindamadani di kelolai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia/ABIM. Untuk pengetahuan umum saya kenal peribadi Ustaz Nakhai'ie Hj Ahmad semenjak di kolej lagi. Beliau kini memjawat Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia/YADIM. Ustaz Nakha'ie asal Kedah, lulusan Sarjana Filsafah di Universiti Al Azhar. Isteri beliau asli Minangkabau, lepasan Sekolah Perempuan Diniah, Sumatra Barat dan masih aktif dalam gerakan Islam. Tajdid atau dalam istillah Arab bererti baiki/to repair. Dalam pengertian agama Islam disamaertikan dengan pembaharuan dan dalam Bahasa Inggeris disebut renewal atau revival. Sila rujuk Google search dan taip tajdid. Tajdid bukan membaharui Islam tetapi menghidup semula ajaran Islam yang sebenar kembali dominan dalam cara penghidupan masyarakat. Makna mudahnya, mengembalikan semula ajaran dan roh Islam murni sebagai sistem atau cara hidup yang dominan. Tulisan Ustaz Nakha'ie ini cuba menjelaskan kepada kita bahwa perubahan itu adalah lumrah alam thobi'i/semulajadi . ianya fithrah alamiyyah. Perubahan akan terus berlaku sama ada kita bersetuju atau tidak atau sama ada kita faham atau tidak. Yang amat diperlui oleh sesiapa pun atau masyarakat mana pun pun ialah bagaimana menghadapinya (dan sesiapa pun tidak boleh mengelak), cara bijaksana melayani atau mengurus perubahan itu dan kewajiban kita mengolah atau mencorak atau mewarna'i akan nya sesuai dengan status kita sebagai Wakil Allah di bumi. Tugas para pembaharu sudah pasti berpangkal menyediakan strategic thinking dan disertai dengan strategic planning mengurus perubahan itu. Kupasan konsepsi unsur perubahan beliau ini cukup menarik dan mengingatkan saya kata kata falsafah hidup Minangkabau Alam Takambang Menjadi Guru. Pengertian Takambang itu juga mengambil kira, dalam jangkaan saya, unsur perubahan. Saya belum baca uraian terperinci filsafah Takambang ini tetapi saya yakin telah ada penulisan dan perbahasan filsafah Takambang ini dalam persuratan Minangkabau (Lama). Umumnya, filsafah Takambang ini sudak termaktub dalam ungkapan pepatah petitih Minangkabau dan ungkapan papatah petitih ini menggambarkan Minangkabau Worldview nan indah dan cukup bernilai tinggi dan indah pencernaannya dan dengan penggunaan perbendaharan kata yang tepat dan jitu. Saya yakin Bahasa Jawi yang dipakai telah mempertabatkan lagi filsafah Takambang ini. Unsur ketetapan adalah wilayah agama. Faham Tauhid berdimensikan unsur tetap, kekal dan suci. Faham Tauhid ini inti percayaan Sarwar Islami/Islamic Worldview. Tetapi berbeda dalam hal beragama, yang ada hanya unsur perubahan dan tidak bertaraf suci. Makanya, ianya hak milik kita mengolah dan melakukan *islah sedaya upaya*. Kita dituntut menghormati perubahan agar beragama itu terus dinamik. Tetapi bagaimana cara mengurus perubahan itu? Ustaz Nakha'ie menjawab aturcara melakukan perubahan itu juga tertaklok kepada disiplin keilmuan dan keIslaman dengan harapan pengendalian perubahan itu memberi faedah dan bermanfa'at kepada ummat. Memahami dan melaksana perubahan itu kita mesti berilmu dan mempunyai keintelektualan tinggi. Maka para agen perubahan juga bersifat saorang ilmuwan. Bersifat ilmuwan ini penting kerna mengekal dinamika perubahan tersebut. Selain mengenal dan memahami perubahan dari perspektif global, perspektif budaya lokal perlu juga ada. Pentas kita adalah di Alam Melayu. Kita tidak dapat memisahkan agenda perubahan dengan alam dan budaya Melayu. Agenda perubahan berdimensikan bebas budaya akan menemui kegagalan. Ad din ul Islam yang diterapkan itu mesti berpijak dalam warisan budaya setempat. Dalam hal ini, Ustaz Nakha'ie menjelaskan dengan baik sekali "*kehidupan umat Islam di alam Melayu, tidak hanya dibentuk oleh kekuatan bergama, tetapi juga oleh pengaruh budaya yang diwarisi di zaman Hindu dan anamisme....... budaya Barat turut memainkan peranan dalam mencorak kehidupan masyarakat Islam di seluruh dunia."* Sebab musabab terjadi gerakan Tajdid itu banyak. Walaupun berbeda penyebab tetapi pengisian program perubahan itu tetap dalam mengTauhidkan Allah dengan mengembalikan potensi dominan cara hidup Islam dalam negara atau dalam percaturan perimbangan kuasa antar negara. Kita semua tahu siapa dia Panglima Salahuddin Ayyubi. Kehadiran dan prestasi figur Salahuddin Ayyubi itu bukan secara bersahaja/accidental tetapi melalui proses socio-politico economic engineering dimana misi dan visinya di sediakan, di rancangkan dan di laksanakan setelah melalui strategic thinking dan strategic planning ‘ulama Salafi yang proactif dalam memulih semula potensi keunggulan ummat Islam di ketika itu yang telah di landa musnah oleh bala tentera perang Salabiyyah Medieval Christendom Eropa. Ummatic paradigmatic planning ini dihasilkan dengan kesedaran *pengislahan sedaya upaya *oleh ummat untuk membuat perlawanan ketenteraan menumpas ancaman bala tentera Salabiyyah Eropa dan mengimbang semula balance of powers agar pemerintah dan ummat Islam kembali dominan dan berperanan sebagai pengaman dan pengstabil world order dunia ketika itu. Para pimpinan Salafi ketika itu dan diantaranya Imam Ibnu Qayyum, menyusun kembali program *mengurus* melakukan perubahan dan pengislahan ummat. Alim ulama’ ini begitu proaktif dan partisipatif dalam merangka/strategize program raksasa ini. Mereka bersependapat bahwa kekalahan militer ummat Islam ditangan bala tentera Salib Eropa itu hasil dari symptom penyakit penyakit dalaman yang melanda ummat. Antaranya, ketandusan dan kegersangan pegangan akidah, kebejakan akhlaq dari istana hingga ke yang paling bawah, tidak bermayanya cara hidup Islam, roh Islam di saluti dengan hal kulitan dan kekosongan jiwa, dan lain lainnya. Sistem politik dan kepemerintahan bertunjangkan sistem dinasti telah mengalami kikisan political nihilism dan ketirisan parah dalam perbendaharan negara. Keadilan dan penindasan berajalela. Sistem dinasti Islam ketika itu hanya menanti rebah sahaja. Kekelahan militer itu bukannya dari luar tetapi sudah bertapak dari dalam. Retaknya sudah parah, hanya dengan sentuhan sedikit dari luar sudah pasti roboh. Apabila sudah sefakat dan bersatu hati, para alim ‘ulama berjiwa pembaharuan membuat pembaikan sistem /system repair. Prioritas utama ialah sistem pendidikan berunsurkan roh dan rohani keIslaman. Pembaikan sistem ini berlansung dalam satu generasi dan dari generasi inilah lahirnya bakal pemimpin, panglima, ahli birokrat dan pedagang. Dari kolam regenerasi inilah datangnya Panglima Salahuddin Ayyubi . Panglima Salahuddin Ayyubi adalah diantara nama yang disenaraikan dalam dalam buku The Saviours of Islamic Spirits karangan Maulana Abul Hassan Ali Nadvi. Saya mohon pembetulan dalam tulisan saya ini. Maklumlah banyak kelemahan pada diri ini. -- . Posting yang berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan di tempat lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet http://groups.google.com/group/RantauNet/~ =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi: - DILARANG: 1. E-mail besar dari 200KB; 2. E-mail attachment, tawarkan di sini dan kirim melalui jalur pribadi; 3. One Liner. - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet - Tulis Nama, Umur dan Lokasi pada setiap posting - Hapus footer dan seluruh bagian tidak perlu dalam melakukan reply - Untuk topik/subjek baru buat e-mail baru, tidak me-reply e-mail lama dan mengganti subjeknya. =========================================================== Berhenti, bergabung kembali serta ingin mengubah konfigurasi/setting-an keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe.