Inyiak, iko link terkait dengan barito mantun

http://www.metrotvnews.com/read/newsvideo/2011/06/23/130786/Pesawat-Jatuh-di-Padang-Terekam-Video-Amatir

namun sabalun ambo mintak maaf pabilo kompor inyiak alun juo bisa mancaliak 
flash player, mudah-mudahan alah cegak panyakiknyo.

wasalam

AZ/lk/33th/caniago 




________________________________
Dari: sjamsir_sjarif <hamboc...@yahoo.com>
Kepada: rantaunet@googlegroups.com
Dikirim: Jumat, 24 Juni 2011 3:40
Judul: [R@ntau-Net] Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan 
Udara Di Padang

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.
Kita ikut berdukacita dengan peristiwa sedih dalam pertunjukan penerbangan di 
Padang.
Berita di bawah ini kita baca dari Bernaama.
Salam,
Sjamsir Sjarif


23 Jun, 2011 23:50 PM

Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan Udara Di Padang

JAKARTA, 23 Jun (Bernama) -- Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila 
pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 
2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, 
Sumatera Barat, Khamis.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab 
Penerbangan Diraja Selangor.

Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang 
dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu 
Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan 
kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Difahamkan bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat malang 
itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.

Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan satu 
pesawat PA28.

Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu 
sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.

Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke 
tanah lapang di Jalan Galaksi.

Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara 
(TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.

Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali 
berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja 
Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat 
penerbangan Berjaya Air.

Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan telah menyertai 
Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, 
Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika 
dihubungi di sini.

Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di Padang, 
Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=596410

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. E-mail besar dari 200KB;
  2. E-mail attachment, tawarkan di sini & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://forum.rantaunet.org/showthread.php?tid=1
- Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/

Kirim email ke