Tarimo kasih Angku Armen, kompor MakNgah lah dapek mancaliak yutub.

Iko berita dari Haluan:
http://www.harianhaluan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=6099:pilot-malaysia-tewas-&catid=1:haluan-padang&Itemid=70

Salam,
--MakNgah
Sjamsir Sjarif

--- In rantau...@yahoogroups.com, Armen Zulkarnain <emeneschoobie@...> wrote:
>
> 
> 
> Inyiak, iko link terkait dengan barito mantun
> 
> http://www.metrotvnews.com/read/newsvideo/2011/06/23/130786/Pesawat-Jatuh-di-Padang-Terekam-Video-Amatir
> 
> namun sabalun ambo mintak maaf pabilo kompor inyiak alun juo bisa mancaliak 
> flash player, mudah-mudahan alah cegak panyakiknyo.
> 
> wasalam
> 
> AZ/lk/33th/caniago 
> 
> 
> 
> 
> ________________________________
> Dari: sjamsir_sjarif <hambociek@...>
> Kepada: rantaunet@googlegroups.com
> Dikirim: Jumat, 24 Juni 2011 3:40
> Judul: [R@ntau-Net] Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan 
> Udara Di Padang
> 
> Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.
> Kita ikut berdukacita dengan peristiwa sedih dalam pertunjukan penerbangan di 
> Padang.
> Berita di bawah ini kita baca dari Bernaama.
> Salam,
> Sjamsir Sjarif
> 
> 
> 23 Jun, 2011 23:50 PM
> 
> Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan Udara Di Padang
> 
> JAKARTA, 23 Jun (Bernama) -- Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila 
> pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang 
> Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, 
> Padang, Sumatera Barat, Khamis.
> 
> Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab 
> Penerbangan Diraja Selangor.
> 
> Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang 
> dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.
> 
> Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu 
> Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan 
> kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.
> 
> Difahamkan bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat 
> malang itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.
> 
> Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan satu 
> pesawat PA28.
> 
> Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu 
> sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.
> 
> Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam 
> ke tanah lapang di Jalan Galaksi.
> 
> Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara 
> (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, 
> Padang.
> 
> Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.
> 
> Sementara itu di KUALA LUMPUR, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali 
> berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja 
> Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat 
> penerbangan Berjaya Air.
> 
> Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan telah menyertai 
> Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, 
> Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika 
> dihubungi di sini.
> 
> Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di 
> Padang, Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.
> 
> -- BERNAMA
> 
> http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=596410


-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. E-mail besar dari 200KB;
  2. E-mail attachment, tawarkan di sini & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://forum.rantaunet.org/showthread.php?tid=1
- Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/

Reply via email to