Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang mu'min kepada seorang mu'min yang lain itu adalah seperti bangunan yang sebahagiannya mengukuhkan bahagian yang lainnya," dan beliau s.a.w. menjalinkan antara jari-jarinya."
(Muttafaq 'alaih) * Sebuah bangunan besar seperti KLCC terdiri daripada gabungan beratus ribu bahagian binaan, lalu membentuk sebuah struktur yang besar dan kukuh. Peranan seorang muslim adalah seperti salah satu bahagian-bahagian tersebut, sama-sama bantu-membantu dalam hal kebaikkan untuk menjadi satu umat yang kukuh. -- * Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke atas apa yang disebarkan.
