*Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) ... *
**
*
* Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.
*
*---------------------------------------------------------------*
*
*
*Keutamaan berusaha dan anjuran melaksanakannya *
Mula-mula kita memilih ayat al-Quran yang menganjurkan agar kita
berusaha, di antaranya firman Allah Ta'ala di dalam kitabNya:
"Kami (Allah) menjadikan waktu siang itu sebagai masa untuk
berusaha mencari kenikmatan untuk meneruskan kehidupan." (an-Naba': 11)
Allah Ta'ala telah menjadikan masa siang itu sebagai masa untuk
berusaha mencari kenikmatan untuk meneruskan kehidupan.
Allah berfirman lagi:
"Dan Kami (Allah) jadikan bagi kamu padanya (bumi) sebagai
lapangan kehidupan, tetapi sedikit sekali kamu berterima kasih."
(al-A'raf:
10)
Allah Ta'ala telah menjadikan di sana tempat untuk mendapatkan
kenikmatan, kemudian berterima kasih pula kepadaNya atas kenikmatan yang
diperolehinya itu.
Allah berfirman lagi:
"Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah reszeki dari kurnia
Allah."
(al-Jumu'ah: 10)
Dari Hadis-hadis yang bertujuan untuk perkara ini pula, sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Andaikata seseorang kamu mengambil talinya lalu berusaha
mencari kayu-kayuan yang diikatkan di belakangnya itu lebih utama daripada
dia mendapati seseorang yang diberikan Allah pengurniaanNya, lalu
meminta-minta kepadanya sama ada diberi atau ditolak."
Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w. duduk bersama-sama
pada sahabatnya, maka mereka pun terlibat seorang anak muda yang gagh
perkasa sedang dalam perjalanan untuk berusaha mencari rezeki.
Mereka berkata: Sayang sekali, alangkah baik jika anak muda ini
menggunakan kemudahannya dan kekuatannya untuk berjuang fisabillah?
Mendengar hujah tersebut, baginda lalu menangkis dengan sabdanya:
"Jangan berkata begitu kerana sesungguhnya jika ia keluar
berusaha untuk mencari rezeki bagi anak-anaknya yang masih kecil, niscaya
perjalanannya itu pada sabilillah juga. Jika ia keluar berusaha untuk
mencukupi dirinya, niscaya perjalanannya itu pada sabilillah juga. Tetapi
jika ia keluar berusaha untuk bermegah diri dan menyombong, niscaya
perjalanannya itu poada jalan syaitan"
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Mana satu usaha yang paling
baik? Baginda bersabda:
"Usaha yang paling baik sekali, ialah usaha seseorang dengan
tangannya, dan semua jual beli yang diredhai Tuhan."
Sabdanya lagi:
"Sebaik-baik perusahaan ialah perusahaan seorang pekerja, jika
ia melakukan dengan sebaik-baiknya."
Maksudnya jika ia bertekun di dalam pekerjaannya, kemudian ia
menjauhi penipuan dan membuat kerja dengan sebaik-baiknya supaya orang yang
memilikinya tiada sesal di kemudian hari.
Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Jangan sampai ada orang di
antara kamu yang suka menganggur dan tidak mahu mencari rezeki. Lali ia
berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berikanlah saya kurniaMu! Sedang kamu sekalian
telah mengetahui bahwa langit itu tidak pernah menghujankan emas dan perak.
Berkata Ibnu Mas'ud r.a.: Sebenarnya saya benci melihat
seseorang itu menganggur saja, sama ada dalam urusan dunianya atau pun dalam
urusan akhiratnya.
Ahmad bin Hanbal r.a. pernah ditanya: Apa katamu pada seseorang
manusia yang duduk di rumah ataupun di masjid saja, seraya ia berkata: Saya
tidak akan membuat sesuatu pekerjaan sehingga rezeki saya akan datang nanti.
Ahmad bin Hanbal menjawab: Alangkah jahilnya orang itu! Apakah ia tidak
pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesunguhnya Allah telah menjadikan rezekiku terletak di bawah
lindungan tombakku."
Sambung Ahmad bin Hanbal lagi: Apa tidak pernahkah ia mendengar
sabdanya lagi ketika ia menyebutkan tentang burung yang setiap pagi telah
pergi dalam keadaan lapar, kemudian kembali di waku petang dengan perut yang
berisi makanan. Tentu sekali burung yang keluar pagi-pagi hari itu untuk
mencari rezekinya.
Para sahabat Nabi s.a.w. juga keluar berniaga dengan melanda
darat dan mengharungi laut, kerana mencari rezeki masing-masing. Ada pula
yang bekerja di ladang-ladang kurma mereka sendiri. Memang tidak ada yang
lebih baik, selain dari mencontohi merekadalam segala gerak lakunya,
terutama sekali lagi orang yang tiada menerima harta warisan, maka tiada
jalan lain untuk menyelamatkan diri mereka itu, melainkan dengan berusaha
dan bekerja.
Selanjutnya meninggalkan bekerja itu sememangnya lebih afdhal
bagi seseorang alim yang bekerja untuk mendidik anak bangsa dan mengajar
orang ramai dengan ilmu-ilmunya yang akan memberi manfaat mengenai urusan
keagamaan mereka, seperti mufti yakni yang pakar dalam ehwal ilmu-ilmu Fiqh,
Tafsir, Hadis dan sebagainya. Begitu juga, bagi orang yang mengurus
maslahat-maslahat kaum Muslimin, seperti sultan, hakim dan saksi,
Orang-orang ini sekiranya mendapat habuan dari harta benda yang memang
dkhaskan untuk maslahat kaum Muslimin ataupun dari wakaf-wakaf yang
diperuntukkan khas bagi fakir miskin atau para ulama, maka kecenderungan
mereka dalam hal-ehwal keagamaan dan pendidikan orang ramai itu lebih
utamanya daripada mereka meninggalkan kerja-kerja ini dan lari mencari
rezeki untuk sara hidup mereka. Oleh itu para sahabat telah menunjuk Abu
Bakar as-Siddiq r.a. supaya meninggalkan berniaga di pasar, apabila beliau
dilantik menjadi Khalifah sebab kerja-kerja Khalifah itu terlalu berat yang
tak dapat tidak akan memesongkan dari tanggungjawabnya. Tetapi beliau terus
berusaha untuk mencari sara hidupnya.
Khalifah Abu bakar as-Siddiq hanya mengambil biaya
secukup-cukupnya saja dari harat benda Baitul-Mal dan beliau sendiri
berpendapat yang demikian itu lebih utama. Tetapi, apabila beliau meninggal
dunia diwasiatkan agar semua harta benda yang telah diambilnya dari
Baitul-mal itu dikembalikan semula, meskipun pada mulanya beliau telah
menyetujui bahwa pengambilan harta benda itu adalah suatu pendapat yang
terbaik.
bersambung ...
--
* Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.