Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang Muslim adalah saudaranya orang Muslim yang lain. Janganlah ia berkhianat kepada saudaranya itu dan jangan pula mendustainya, juga jangan menghinakannya (juga enggan memberikan pertolongan padanya bila diperlukan). Setiap Muslim terhadap Muslim lainnya itu adalah haram kehormatannya(tidak boleh dinodai, dimalukan), haram hartanya (tidak boleh dirampas) dan haram darahnya (tidak boleh dibunuh tanpa dasar kebenaran). Ketakwaan itu di sini (di hati). Cukuplah seseorang itu menjadi orang hina, jikalau ia menghinakan saudaranya yang muslim."
(Riwayat Tirmizi, hadith hassan) -- * Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke atas apa yang disebarkan.
