Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) ...


--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

------

Keutamaan yang halal dan kecelakaan yang haram

*  *

Allah telah berfirman:



*"Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang saleh."
*   (al-Mu'minun:
51)



Tuhan telah memerintah kita menahan barang-barang yang baik, sebelum membuat
amalan yang saleh. Makanan yang baik, maksudnya makanan yang halal.



Allah telah berfirman lagi:



*"Janganlah setengah kamu, memakan harta setengah yang lain dengan cara
kebatilan." *(al-Baqarah: 188)



Berfirman Allah:



*"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta benda anak-anak yatim secara
aniaya, sebenarnya mereka menelan api ke dalam perut-perut mereka, dan
mereka nanti akan dihumban ke dalam neraka yang benama Sa'ir." *


(an-Nisa': 10)



FirmanNya lagi:



"*Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan tinggalkanlah
sisa-sisa dari riba, jika kamu sekalian sebenarnya orang-orang
Mu'min."<ぐ颵ᇏ芻ꨀ봀௎scroll> *        (al-Baqarah: 278)



Seterusnya Allah berfirman lagi:



*"Jika kamu sekalian tidak mengerjakan, maka izinkanlah dengan peperangan
dari Allah dan RasulNya."   *

**                                    (al-Baqarah: 279)



Dan firmanNya:



"Jika kamu bertaubat, maka bolehlah kamu mengambil semula pokok harta
kamu."(al-Baqarah: 279)



FirmanNya lagi:



"Dan barangsiapa mengulangi lagi, maka mereka itu adalah ahli-ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya." (al-Baqarah: 275)



Allah s.w.t. telah menjanjikan pemakan riba pada permulaan kalinya dengan
peperangan dari Allah, dan pada pengakhirannya dengan ancaman masuk neraka.
Ayat-ayat yang berhubungan dengan perkara yang halal dan haram amat banyak
sekali.



Ibnu Mas'ud r.a telah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. katanya:



"Mencari yang halal itu adalah wajib atas setiap Muslim."



Setengah para ulama mentafsirkan Hadis berikut:



* "Menuntut ilmu pengetahuan wajib atas setiap Muslim." *



Maksudnya menuntut ilmu yang boleh membedakan yang halal dan yang haram.
Nyatakan maksud dari kedua Hadis tersebut itu sama.



Apabila disebutkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang orang yang amat
memberatkan urusan keduniaan, baginda bersabda:



* "Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu
lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan
pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram,
diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!
Bagaimana boleh Tuhan mengabulkannya." *



Bersabda Rasulullah s.a.w lagi:

* "Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama
baginya."*



Dari Atsar atau cerita-cerita para sahabat di antaranya:



Diceritakan bahwa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. pada suatu hari telah
minum susu dari usaha seorang hamba sahayanya, kemudian tergerak hatinya
untuk bertanya kepada hamba sahaya itu. Dia berkata: Susu itu diberikan
kepada saya, setelah saya meramalkan sesuatu pada sekelompok manusia. Maka
Abu Bakar pun memasukkan jarinya ke dalam mulut dan menggorek anak tekaknya
untuk memuntahkan susu tadi. Saya lihat Abu bakar kemudian muntah-muntah,
sehingga saya sangka isi perutnya seperti kehendak terkeluar. Sesudah itu,
Abu Bakar berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon keampunan terhadap
apa-apa yang telah mengalir dalam urat-urat apa-apa yang telah bercampur
aduk di dalam tali perut.



Peristiwa serupa ini pernah juga berlaku kapad Umuar Ibnul Khattab apabila
belian tersalah minum dari susu unta sedekah. Belian juga mencucuk
anak-tekaknya dengan jari sehingga termuntah-muntah.



Sahal at-Tasturi berkata: Seseorang itu tidak akan mencapai keimanan yang
hakiki sehingga ada padanya empat perkara berikut:



(1)                            Menunaikan segala fardhunya dengan diiringi
sunnat-sunnat

(2)                            Memakan yang halal dengan penuh kewara'an

(3)                            Menjauhi segala larangan Allah lahir dan
batin

(4)                            Bersabar dalam keadaan serupa itu sehingga
akhir hayat.



Bisyr al-Hafi r.a. adalah salah seorang yang terkenal kewara'annya. Ia
pernah ditanya; Dari mana datangnya makananmu? Jawabnya: dari Sumber yang
sama kamu mendapat makananmu. Tetapi takkan sama orang yang makan sambil
menangis, dengan orang yang makan sambil ketawa. Seterusnya ia
berkata: Adatangan lebih pendek dari tangan yang lain, dan ada suapan
lebih kecil dari
suapan yang lain.



Demikianlah keadaan mereka itu dalam menjaga diri daripa perkara-perkara
yang syubhat.

Kirim email ke