Perjalanan Maal Hijrah
Perjalanan yang panjang tapi singkat
kita tidak pasti bila kita akan dikembalikan
kita mencari keRedhaNya setiap saat dan setiap detik
kita mencari siapa diri kita ini
Dalam perjuangan kita menuju ke Maal Hijrah
Capailah maksud yang tersirat
tanamkan ibadat di dalam dada
nawaitu yang ikhlas
kejujuran yang ada
semua apa yang dilakukan
untuk Allah Taala
Semoga penghijrahan kita dalam
setiap masa saat dan detik ini
dapat restu dariNya.
Insyaallah Amin
salbiah sirat
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dalam perjalanan maal hijrah dimana penghijrahan Baginda s.a.w ke kota
Yathrib di situlah bermulanya Islam berkembang luas. dan dalam sejarah
penghijrahan itu, sama samalah kita mengambil ikhtibar darinya.
Perjalanan kita sebagai manusia menentukan kemana arah yang harus kita tuju.
Memang tahun baru Islam tidak sperti masihi. Terasa sedih sangat dimana tahun
baru masihi kelmarin masih banyak yang mengambil kesempatan meraihkannya dengan
tidak kenal erti dosa dan pahala. Mempamerkan minum minum arak, mabuk mabukan
dan berteriak teriak histeria. paling memalukan itu.. bangsa kita melayu
beragama Islam. Sampai bila kita harus bermegah dengan dosa yang kita lakukan,
dengan maksiat yang masih meluasa. Lihatlah bencana alam di mana mana. Banjir,
gempa bumi, gunung mulai meledak, tenggelamnya kapal dll. Ada yang mengatakan
tanda tanda tsunami akan tiba lagi. Bila harus kita sedar hal ini dan bila kita
sedar bahawa setiap manusia yang hidup akan mati. dan setiap bermula ada
berakhirnya. Kalau Israfil a.s meniup semboyan kehancuran bumi, dimana harus
kita lari. pada saat itu tiada siapa yang tidak bisa melakukan apa apa. seperti
surah AZ-ZALZALAH
Surah 99
KEGONCANGAN
(8 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
99:1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang keras,
99:2. Dan bumi mengeluarkan beban-bebannya,
99:3. Dan manusia berkata, "Mengapakah ia?"
99:4. Pada hari itu, ia menceritakan beritanya,
99:5. Kerana apa yang Pemeliharanya mewahyukannya.
99:6. Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat
amalan-amalan (perbuatan) mereka,
99:7. Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya,
99:8. Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya.
dan janganlah kita termasuk golongan orang orang musyrikin dan terlupa.
Kerana Allah telah mengingati kita dalam surah Al Qiyamah saat saat kita
menghadapi kiamat :
Surah 75
HARI KIAMAT
(40 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
75:1. Tidak! Aku bersumpah dengan Hari Kiamat.
75:2. Tidak! Aku bersumpah dengan jiwa yang mencela.
75:3. Apa, adakah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan
tulang-tulangnya?
75:4. Ia, Kami berkuasa untuk membentukkan semula jari-jarinya.
75:5. Tidak, tetapi manusia menghendaki untuk membuat kejahatan di hadapannya,
75:6. Dengan menanyai, Bilakah Hari Kiamat?
75:7. Tetapi apabila pandangan menjadi keliru,
75:8. Dan bulan digerhanakan (ditelan),
75:9. Dan matahari dan bulan dikumpulkan bersama,
75:10. Pada hari itu, manusia berkata, Ke mana hendak lari?
75:11. Tidak sekali-kali! Tidak ada tempat berlindung.
75:12. Pada hari itu, tempat menginap adalah kepada Pemelihara kamu.
75:13. Pada hari itu, manusia diberitahu apa yang dia mendahulukan, dan yang
dia menangguhkan.
75:14. Tidak, manusia menjadi satu bukti yang nyata terhadap dirinya,
75:15. Walaupun dia melemparkan alasan-alasannya.
75:16. Janganlah menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya,
75:17. Atas Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya.
75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya.
75:19. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya.
75:20. Tidak sekali-kali! Tetapi kamu mencintai yang cepat (dunia),
75:21. Dan meninggalkan akhirat.
75:22. Pada hari itu, muka-muka berseri-seri,
75:23. Memandangi Pemelihara mereka,
75:24. Dan pada hari itu, muka-muka masam,
75:25. Kamu menyangka bahawa kecelakaan akan diperbuatkan kepada mereka.
75:26. Tidak sekali-kali! Apabila ia sampai di tulang-tulang selangka,
75:27. Dan dikatakan, Siapakah dia penjampi?
75:28. Dan dia menyangka bahawa ia adalah perpisahan,
75:29. Dan betis bertaut dengan betis,
75:30. Pada hari itu, kepada Pemelihara kamu penghalauannya.
75:31. Kerana dia tidak mengesahkan, dan tidak menyembah,
75:32. Tetapi dia mendustakannya, dan dia berpaling,
75:33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
75:34. Lebih dekat dengan kamu, dan lebih dekat,
75:35. Kemudian lebih dekat dengan kamu, dan lebih dekat!
75:36. Apa, adakah manusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan berjalan-jalan
sewenang-wenangnya?
75:37. Bukankah dia setitis mani yang ditumpahkan?
75:38. Kemudian dia setitik dadih darah, dan Dia menciptakan, dan Dia
membentukkan,
75:39. Dan Dia membuatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.
75:40. Apa, tidakkah Dia berkuasa untuk menghidupkan yang mati?
sampai bila kita jadi seprang pelupa seperti Allah berfirman dalam surah Al
Ashr :
Surah 103
MASA
(3 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
103:1. Demi masa!
103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
Sempena kita akan menyambut Maal Hijrah tidak lama lagi dan jatuh tanggal
haribulan 19 jan ini. Marilah kita muhasabah dan membaiki diri supaya jadi
manusia yang lebih baik dari tahun tahun yang lepas. Semoga kita dapat
petunjuk, tambahkan ilmu dan terus bertaubat kepadaNya
amin amin amin ya rabbal alamin
wallahualam
wal billahi taufiq wal hidayah.. assalamualaikumwrwb
jazakillah khair
salbiah sirat
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
(salbiah sirat)
http://sarqina.multiply.com
http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
---------------------------------
The fish are biting.
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
[Non-text portions of this message have been removed]