Renungan Maal Hijrah 1408H: Manusia masih lupa dan berbangga bangga dengan dosa
   
   
  Assalamualaikumwrwb wahai muslimin dan muslima yang dirahmati Allah
   
   
  Bismillahirrahmanirahim.
   
   
  Bila membaca didalam berita, manusia  mengelapkan mata beribu ribu wang derma 
mesjid, sanggup menindas orang orang miskin, makan duit anak anak yatim, 
membunuh, merogol, buang dan membunuh anak yang baru lahir, melakukan maksiat 
atau dosa dan banyak lagi aibnya dosa. Dimanakah silap kita sebagai orang 
Islam? kenapa tidak mahu berubah walau sedikit pun? kenapa tidak kita 
bermuhasabah dan melakukan hal yang sebaiknya sebagai manusia dan Muslim.  
Seperti surah Al Ma'un ayat ke 107 :
   
  Surah 107
  BANTUAN
  (7 ayat)
   
  Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
  107:1. Sudahkah kamu melihat dia yang mendustakan Agama (Pengadilan)?
  107:2. Itulah dia yang menolak anak yatim,
  107:3. Dan tidak menggesa untuk memberi makan orang miskin.
  107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,
  107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,
  107:6. Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan,
  107:7. Dan mereka enggan memberi bantuan.
  http://www.e-bacaan.com/bacaan_surah.htm
   
  
  Betapa sedihnya kalau kita tidak menjalani kewajiban untuk akhirat sedang 
kita masih berkejar kejar untuk dunia. Ingatlah wahai ummat yang dirahmati 
Allah! dunia hanyalah sementara sedang titik permulaan kita adalah di Akhirat. 
Janganlah kita berbangga bangga dengan dosa, mempamerkan dengan dosa dosa yang 
kita lakukan sehingga lupa akan sebuah kematian yang pasti akan muncul bila 
bila masa. Janganlah kita mati dalam keadaan mengaibkan dan kalau kita tidak 
malu pada manusia, malulah kita pada Allah taala, kerana kita akan di hitung 
segala amalan dan kebaikan kita di Yaumil masyar nanti di saksikan oleh ramai 
orang. Bagaimana kita lihat kejadian penghakiman dan para saksi disebuah 
Mahkamah di dunia. begitu lebih dasyat lagi di Akhirat sana. Makanya sedarlah 
bahawa segala penghitungan di Sana lebih besar dari di dunia ini.
   
   
  Tahun baru masihi yang kita sambut bukanlah untuk kita melakukan maksiat dan 
bukan untuk kita bergembira terlebihan sampai mabuk mabukkan dan lupa diri 
apakah lagi tahun baru Islam iatu tahun Hijrahan bermulanya penghijrahan 
Rasulullaah s.a.w dari kota mekah ke kota Yathrib yang dikenali sebagai kota 
Madinah Al Munawarah untuk mensyiarkan dan  menyebarkan agama Islam yang benar. 
Tahun baru adalah satu peringatkan untuk kita banyak perkara iatu melakukan 
perubahan dalam hidup kita, lakukan lebih baik malah lebih baik dari tahun yang 
lepas, menjaga prestasi diri juga ibadah dalam beribadat kepadaNya, melakukan 
sebaiknya dalam urusan pekerjaan, pelajaran, melakukan banyak pendekatan kita 
kepada kebajikan dan pendekatan kita kepada masyarakat juga segala kebajikan 
untuk dunia dan akhirat. Semoga tahun baru ini 1408H ini membuka pintu 
keberkatan, kebaikan, rezeki, ilmu, surga dan keampunan seluas luasnya. 
Kembalilah ke jalan Allah sebelum pintu taubat itu tertutup. Kita masih
 punya masa untuk kembali kepangkal jalan ( Iddinas sirathal mustaqim)dan 
membuat perubahan dalam hidup kita. Insyaallah semoga apa yang kita lihat dan 
kejadian kejadian bencana alam di mana mana ini bisa menjadikan iktibar pada 
diri kita supaya lebihkan muhasabah diri dan mengingati diri .. segala yang 
kekal tidak selamanya kekal dan segalanya yang kita pinjam dariNya pasti satu 
hari kita harus di kembalikan dan jangan sampai sesuatu yang kita memiliki itu 
hilang begitu sahaja. Ingatlah tiada satu yang kekal kecuali Allah ta'ala. 
Semoga apa yang  kita inginkan, apa yang kita doa dimakbulkan Allah amin amin 
amin ya rabbal alamin
   
   
  Subhanakallahumma wabihamdika nashadu al laailaha illa anta nastarfiruka 
wanatubu ilaik
   
   
  wal asri
  innal insana lafii khusr
  il-ladziina aamanu wa 'amilush shalihaati wa tawaa shau bil haq qi tawaashau 
bish shabr.
   
  wallahualam
   
  wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikumwrwb
   
  segala kebaikan itu datangnya dariNya dan segala keburukkan itu adalah diri 
sendiri.
  ikhlas dari
  salbiah sirat
   


    "Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
  Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
  harta boleh menyebabkan sombong diri, 
  jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
  Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
  sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
  (salbiah sirat)
  http://sarqina.multiply.com
  http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
   



 
---------------------------------
Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke